Petaling Jaya: Dua penerjun berpengalaman negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg dan Nur Dhabitah Sabri meraih pingat gangsa acara 10 meter (m) platform seirama Sukan Asia Hangzhou dalam keadaan penuh mendebarkan sebentar tadi.
Gandingan terbaik negara itu bermula cemerlang apabila berada di kedudukan kedua di belakang pasangan juara dunia dari China, Quan Hongchan-Chen Yuxi pada percubaan pertama aksi final di Pusat Akuatik Olimpik Hangzhou.
PANDELELA (kiri) dan Dhabitah meraih pingat gangsa acara 10m platform seirama Sukan Asia Hangzhou sebentar tadi. - AFP
Bagaimanapun, Pandelela-Dhabitah ‘tergelincir’ ke kedudukan ketiga pada terjunan kedua sebelum jatuh ke tempat keempat dalam dua percubaan seterusnya.
Mujur terjunan terakhir Pandelela-Dhabitah berjaya melonjakkan mereka kembali ke kedudukan ketiga dengan 266.94 markah, mengatasi Nayun Moon-Eunbi Cho dari Korea Selatan yang jatuh ke tempat keempat (263.49 mata).
Hongchan-Yuxi menepati ramalan selaku pemenang pingat emas dengan 375.50 markah diikuti gandingan Jepun, Matsuri Arai-Minami Itahashi di tempat kedua menerusi 290.04 mata.
Ini adalah kali ketiga berturut-turut skuad terjun negara meraih pingat gangsa bagi acara 10m platform seirama wanita selepas edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan dan 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia.
Pencapaian terbaik negara untuk acara berkenaan adalah pingat perak dimenangi Pandelela ketika bergandingan dengan Datuk Leong Mun Yee sewaktu edisi 2010 di Guangzhou, China.
Post time 1-10-2023 12:30 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by stingergrumpy at 1-10-2023 12:33 AM
VespaSilbe replied at 1-10-2023 12:22 AM
Hat gold medalist tu herlok kan sting... Wow gituh.. takpa la gangsa pun okey la.. cuma kalau heol ...
Too pendek for my liking...aku sendiri 1.82m...kalo nak comolot takkheun dia nak kena terjengkit jengkit?
Si azeem iteww imej memang macam iteww? Imej tak mandi ...rambut berserabai.....
The chinese winner iteww nampak kemas fresh and confident kheunz?
Aku takda hal ko dapat gangsa tapi aku.harap sangat he continues to stay focus....he is still very young after all...aku takmo jadi macam siapa iteww hafiz jantan keww apo nama ...terus macam dah twnggelam ditelan titanic...apa jadi dgnnyer skg?...
Anyway nobita sejak kawen dah agak menurun prestasinyer...itewwler org kita...kawen je...out....
Post time 1-10-2023 04:09 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tahniah Dhabitah
Ms olimpik hr tu dia dpt no.4...lagi sedihhhh sbb lagi sikit je bleh dpt top 3.....kalo dpt no 6 ke,7 ke, x rasa la sgt..tp ni no.4...menangis2 sheols ms olimpik tu
Post time 1-10-2023 10:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tunakimchi replied at 1-10-2023 06:49 PM
Tahniah. Dhabitah ni dia x consistent sgt kan. Tp dapat gangsa tu pun dah ok.
Tak jgk...rsnya dia still consistent...yg terbaru sync 3m..dia n ng yan yee dpt perak...ng ni rsnya nak retired dah...pandalela pun cedera belakang jgk tu....but tgk squad laki ada juniors dr sarawak agaknya...muda lg..menang bronze...yg sorang dpt tmpt dah dah ke olimpik
Post time 30-10-2023 12:20 AMFrom the mobile phone|Show all posts
stingergrumpy replied at 30-9-2023 04:30 PM
Too pendek for my liking...aku sendiri 1.82m...kalo nak comolot takkheun dia nak kena terjengkit j ...
Manakkkkkk ko dah kenapaaaa hanatttt..semua benang kalau ko tagged aku macam ni aku boleh mati manakkk.. kebabian sungguhlah kau ni yeeeee..dushhhhhh aku terajang kau