CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terjun Dari Kereta, Minta Tolong Selepas 'Dilarikan' Pemandu E-Hailing

30-9-2023 04:07 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5673| Komen: 49

Description: Shah Alam: "Dia (pekerja) hubungi saya beritahu terjun dari kereta dan meminta tolong," kata Ayuni Dean, 44, mengenai kejadian pekerja perempuannya yang berdepan detik cemas 'dilarikan' pemandu e-hail ...
Shah Alam: "Dia (pekerja) hubungi saya beritahu terjun dari kereta dan meminta tolong," kata Ayuni Dean, 44, mengenai kejadian pekerja perempuannya yang berdepan detik cemas 'dilarikan' pemandu e-hailing.


Menceritakan kejadian, pengusaha katering itu berkata, kejadian berlaku pada Rabu lalu ketika pekerjanya berusia 30 tahun dalam perjalanan ke tempat acara di Glenmarie, di sini.


Menurutnya, pekerja dipanggil Neera menghantar WhatsApp beritahu menaiki Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) kerana kereta yang diparkir dihalang kenderaan lain.

Katanya, Neera menaiki LRT Subang Jaya ke Glenmarie sebelum menempah e-hailing untuk ke tempat acara yang terletak tidak jauh dari stesen berkenaan.

"Ketika menaiki kereta, Neera beritahu pemandu kereta bahawa dia mahu buat bayaran secara tunai tetapi lelaki itu hanya diam.

"Sepanjang perjalanan, dia tanya soalan sama berulang kali tapi pemandu itu hanya memandangnya dan diam sebelum membawanya melalui lorong sunyi serta terdapat bangunan kosong.


"Neera pelik dan bertanya ke mana mahu pergi tapi lelaki itu diam lalu dia hubungi talian 999 minta bantuan. Pegawai khidmat pelanggan memintanya memasang pembesar suara untuk bercakap dengan lelaki itu tapi dia tetap diam dan meneruskan perjalanan.

"Apabila sampai di satu bangunan kosong, lelaki itu memperlahankan kereta seolah mahu berhenti dan Neera terus terjun serta lari menyelamatkan diri," katanya kepada Harian Metro.

Ayuni berkata, Neera kemudian menghubunginya meminta bantuan selain mendapatkan bantuan pengawal keselamatan berhampiran.

Berikutan kejadian, Ayuni membawa pekerjanya itu membuat laporan polis.

"Saya bersyukur Neera selamat dan tidak cedera. Saya tak sangka pula perkongsian kisah itu di laman sosial Facebook menjadi tular dan berharap menjadi pengajaran kepada masyarakat," katanya.

Ayuni turut menasihati penumpang e-hailing supaya mengamalkan tips keselamatan seperti mengambil gambar kenderaan sebelum menaikinya dan berkongsi maklumat pemandu serta 'live location' dengan ahli keluarga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan sedang dijalankan.

Beliau berkata, polis sedang giat mengesan pemandu e-hailing terbabit bagi membantu siasatan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 30-9-2023 04:21 PM
Hadoi lepas ni nak naik grab kena bawa senjata la pulak
Quote Radzor 30-9-2023 04:27 PM
margo20 replied at 30-9-2023 04:21 PM
Hadoi lepas ni nak naik grab kena bawa senjata la pulak

Grab secure. Ehailing tak semestinya grab
Quote tumpanglalu74 30-9-2023 04:29 PM
Sebijik macam kat India yang kes rogol dalam Uber tu sebab nak jatohkan Uber.  Aku tidak pircaya ini bukan konspirasi..
Quote midori888 30-9-2023 04:29 PM
Reveal lah e-hailing mana...
Quote shernazz 30-9-2023 04:32 PM
Iols baca dalam group Shah Alam katanya grab
Kete axia biru
Quote imanda 30-9-2023 04:37 PM
scary giler
Quote aku_best 30-9-2023 05:12 PM
Adoiiii..rasa seram la.pulak mcm ni..
Quote ezacbee 30-9-2023 05:32 PM
Grab n passenger kan siap ada details info pemandu tu. Gila pe nak buat jenayah. Mental ke?

Quote haprak4042 30-9-2023 11:39 PM
scaryyyyy..

lepas ni kene get ready dalam beg, multiknives tula kot..and pepper spray..pape je jadi spray je senang..
Quote haprak4042 30-9-2023 11:39 PM
scaryyyyy..

lepas ni kene get ready dalam beg, multiknives tula kot..and pepper spray..pape je jadi spray je senang..
Quote zehra2 1-10-2023 09:26 AM
nasib tk panik. dan berani.
Quote grouper 1-10-2023 09:37 AM
Pelik org buat jahat mcm ni mmg nak kena tangkap ke apa...semua maklumat dah ada mmg x leh lari mana..
Quote kalchi 1-10-2023 09:43 AM
I kene dgn drebar taxi masa study. Cite lucah2 romen2 kene raba kt peha. Bkn sng nak bawa keluar cutter atau apa2 benda nk pertahankan diri sbb kita takut dia bertindak lagi agresif. Ya mgkin terjun lebih baik setelah adik ni pikir bnyk kali.
Quote mehmet 1-10-2023 11:13 AM
Adakala muka di notification lain.

Ku perhati ini bila sampai makanan ku. Sebab ku fikir mereka cari rezeki ku starkan semua. Janji makanan ku sampai.
Quote kakikuDibibirmu 1-10-2023 11:17 AM
Terjun tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada ter memang tak apa
Quote edayildiz 1-10-2023 11:18 AM
i rasa kalau grab mcm selamat jer sbb ada butang emergency tu kn..tp i suka guna in driver yg aa punya tu..laju je..sbb murah sikit...
tp tiap kali naik grab ke apa mmg berdebar tu ada sbb sorg
Quote pengecatbintang 1-10-2023 09:52 PM
Edited by pengecatbintang at 1-10-2023 09:59 PM

kes ni da selesai

pompuan tu tarik balik laporan sbb salah paham

diver tu oku pendengaran..

dia x dengar apa pompuan tu katA

pompuan tu gabra bila driver tu x cakap apa2 dan driver tu asek tengok pompuan tu melalui rear mirror

driver tu baru start keje ehailing

so, masa bawak pompuan tu, dia salah jalan

so, dia sedang cari uturn

masa kete tu gerak perlahan, pompuan tu kuar dr kete

driver tu teruskan perjalanan sbb ada pelanggan lain sedang tunggu





Quote TomyamPuteh 1-10-2023 10:12 PM
Dh ada update kes ni. Pemandu tu OKU pendengaran.
Quote Sazreena 1-10-2023 11:20 PM
Kalau grab, kita leh share our ride to track location. In terms of safety, grab and AA paling strict. Naik teksi or e-hailing, always duduk belakang. Dulu masa zaman aku selalu kena stayback 3, 4 5 pagi aku penah kena ngan driver weng. Tujam zaman teksi tahan-tahan tepi jalan. Masa naik, driver tu dah kuar bunga-bunga sewel dia. Aku pun buat-buat la call bapak aku..padahal bapak aku dah meninggal. Berlakon tanya abah aku bila abis shift kat balai siap bitau aku katne, naik teksi no. plate apa. Pas babai, terus driver teksi tu diam. Let say dia buat gile lock kete, aku memang dah standby ngan kunci umah. Tikam mana yg patut.

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-7-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.407902 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top