View: 5928|Reply: 49
|
Terjun Dari Kereta, Minta Tolong Selepas 'Dilarikan' Pemandu E-Hailing
[Copy link]
|
|
Shah Alam: "Dia (pekerja) hubungi saya beritahu terjun dari kereta dan meminta tolong," kata Ayuni Dean, 44, mengenai kejadian pekerja perempuannya yang berdepan detik cemas 'dilarikan' pemandu e-hailing.
Menceritakan kejadian, pengusaha katering itu berkata, kejadian berlaku pada Rabu lalu ketika pekerjanya berusia 30 tahun dalam perjalanan ke tempat acara di Glenmarie, di sini.
Menurutnya, pekerja dipanggil Neera menghantar WhatsApp beritahu menaiki Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) kerana kereta yang diparkir dihalang kenderaan lain.
Katanya, Neera menaiki LRT Subang Jaya ke Glenmarie sebelum menempah e-hailing untuk ke tempat acara yang terletak tidak jauh dari stesen berkenaan.
"Ketika menaiki kereta, Neera beritahu pemandu kereta bahawa dia mahu buat bayaran secara tunai tetapi lelaki itu hanya diam.
"Sepanjang perjalanan, dia tanya soalan sama berulang kali tapi pemandu itu hanya memandangnya dan diam sebelum membawanya melalui lorong sunyi serta terdapat bangunan kosong.
"Neera pelik dan bertanya ke mana mahu pergi tapi lelaki itu diam lalu dia hubungi talian 999 minta bantuan. Pegawai khidmat pelanggan memintanya memasang pembesar suara untuk bercakap dengan lelaki itu tapi dia tetap diam dan meneruskan perjalanan.
"Apabila sampai di satu bangunan kosong, lelaki itu memperlahankan kereta seolah mahu berhenti dan Neera terus terjun serta lari menyelamatkan diri," katanya kepada Harian Metro.
Ayuni berkata, Neera kemudian menghubunginya meminta bantuan selain mendapatkan bantuan pengawal keselamatan berhampiran.
Berikutan kejadian, Ayuni membawa pekerjanya itu membuat laporan polis.
"Saya bersyukur Neera selamat dan tidak cedera. Saya tak sangka pula perkongsian kisah itu di laman sosial Facebook menjadi tular dan berharap menjadi pengajaran kepada masyarakat," katanya.
Ayuni turut menasihati penumpang e-hailing supaya mengamalkan tips keselamatan seperti mengambil gambar kenderaan sebelum menaikinya dan berkongsi maklumat pemandu serta 'live location' dengan ahli keluarga.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan sedang dijalankan.
Beliau berkata, polis sedang giat mengesan pemandu e-hailing terbabit bagi membantu siasatan.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Hadoi lepas ni nak naik grab kena bawa senjata la pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Grab secure. Ehailing tak semestinya grab |
|
|
|
|
|
|
|
Sebijik macam kat India yang kes rogol dalam Uber tu sebab nak jatohkan Uber. Aku tidak pircaya ini bukan konspirasi..  |
|
|
|
|
|
|
|
Reveal lah e-hailing mana... |
|
|
|
|
|
|
|
Iols baca dalam group Shah Alam katanya grab
Kete axia biru |
|
|
|
|
|
|
|
Adoiiii..rasa seram la.pulak mcm ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Grab n passenger kan siap ada details info pemandu tu. Gila pe nak buat jenayah. Mental ke?
 |
|
|
|
|
|
|
|
scaryyyyy..
lepas ni kene get ready dalam beg, multiknives tula kot..and pepper spray..pape je jadi spray je senang.. |
|
|
|
|
|
|
|
scaryyyyy..
lepas ni kene get ready dalam beg, multiknives tula kot..and pepper spray..pape je jadi spray je senang.. |
|
|
|
|
|
|
|
nasib tk panik. dan berani. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik org buat jahat mcm ni mmg nak kena tangkap ke apa...semua maklumat dah ada mmg x leh lari mana.. |
|
|
|
|
|
|
|
I kene dgn drebar taxi masa study. Cite lucah2 romen2 kene raba kt peha. Bkn sng nak bawa keluar cutter atau apa2 benda nk pertahankan diri sbb kita takut dia bertindak lagi agresif. Ya mgkin terjun lebih baik setelah adik ni pikir bnyk kali. |
|
|
|
|
|
|
|
Adakala muka di notification lain.
Ku perhati ini bila sampai makanan ku. Sebab ku fikir mereka cari rezeki ku starkan semua. Janji makanan ku sampai. |
|
|
|
|
|
|
|
i rasa kalau grab mcm selamat jer sbb ada butang emergency tu kn..tp i suka guna in driver yg aa punya tu..laju je..sbb murah sikit...
tp tiap kali naik grab ke apa mmg berdebar tu ada sbb sorg |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pengecatbintang at 1-10-2023 09:59 PM
kes ni da selesai
pompuan tu tarik balik laporan sbb salah paham
diver tu oku pendengaran..
dia x dengar apa pompuan tu katA
pompuan tu gabra bila driver tu x cakap apa2 dan driver tu asek tengok pompuan tu melalui rear mirror
driver tu baru start keje ehailing
so, masa bawak pompuan tu, dia salah jalan
so, dia sedang cari uturn
masa kete tu gerak perlahan, pompuan tu kuar dr kete
driver tu teruskan perjalanan sbb ada pelanggan lain sedang tunggu
|
|
|
|
|
|
|
|
Dh ada update kes ni. Pemandu tu OKU pendengaran. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau grab, kita leh share our ride to track location. In terms of safety, grab and AA paling strict. Naik teksi or e-hailing, always duduk belakang. Dulu masa zaman aku selalu kena stayback 3, 4 5 pagi aku penah kena ngan driver weng. Tujam zaman teksi tahan-tahan tepi jalan. Masa naik, driver tu dah kuar bunga-bunga sewel dia. Aku pun buat-buat la call bapak aku..padahal bapak aku dah meninggal. Berlakon tanya abah aku bila abis shift kat balai siap bitau aku katne, naik teksi no. plate apa. Pas babai, terus driver teksi tu diam. Let say dia buat gile lock kete, aku memang dah standby ngan kunci umah. Tikam mana yg patut. |
|
|
|
|
|
|
| |
|