Shah Alam: Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kesiapsiagaan tinggi menghadapi segala kemungkinan, berhubung kewujudan Penyakit X di negara ini, kata Timbalan Menterinya Lukanisman Awang Sauni. Lukanisman berkata persediaan itu antaranya, berpandukan pengalaman menangani situasi pandemik Covid-19 termasuk beberapa penyakit lain seperti virus nipah, sindrom pernafasan akut teruk (SARS) dan Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV) sebelum ini, malah jelasnya penyakit berkenaan belum lagi dikenal pasti kewujudannya.
Beliau berkata KKM akan sentiasa membuat pemantauan berhubung sebarang perkembangannya di dalam dan luar negara, serta memperkukuhkan sistem kesihatan negara untuk menghadapi sebarang kemungkinan. "Saya berharap rakyat tidak bimbang dan maklumat mengenai sebarang penyebaran penyakit atau virus akan terus diuar-uarkan kepada umum," katanya ketika ditemui selepas program 'Lotus's Ceria Charity Run' di Setia Alam bersempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera hari ini. Sementara itu Lukanisman berkata kempen Bulan Malaysia Sihat Sejahtera yang dilaksanakan pada September setiap tahun itu menjadi antara inisiatif KKM mempromosikan gaya hidup sihat kepada masyarakat. Beliau berkata penganjuran kempen itu juga bertujuan mengukuhkan jalinan kerjasama antara rakan strategik khususnya membabitkan pihak swasta dan ia seiring dengan salah satu strategi dalam Kertas Putih Kesihatan yang dibentangkan di Parlimen Jun lalu. Sumber: Harian Metro
|
orkid_amani replied at 1-10-2023 09:41 AM
So kena ready install apps mysejahtera dah la ni? mysejahtera laaamaa dah uninstall sejak tak payah ...
zuriey replied at 1-10-2023 12:29 PM
i baru lepas shoping mask berkotak2
Tengah murah ni chuolas rm5 je sekotak dkt shopee..
Lps ni nak p ...
Tinot7 replied at 1-10-2023 12:36 PM
Hang prep beras dan makanan kering pakai apa?
kakikuDibibirmu replied at 1-10-2023 12:40 PM
Pakai duitlah
CiliPadiSedap replied at 1-10-2023 10:18 AM
subsidi b40 m40 tu pun silap2 guna my sejahtera .
zuriey replied at 1-10-2023 12:29 PM
i baru lepas shoping mask berkotak2
Tengah murah ni chuolas rm5 je sekotak dkt shopee..
Lps ni nak p ...
ADVERTISEMENT