CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7233|Reply: 47

KKM Siap Siaga Kemungkinan Wujud Virus X

[Copy link]
Post time 30-9-2023 01:34 PM | Show all posts |Read mode
Shah Alam: Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kesiapsiagaan tinggi menghadapi segala kemungkinan, berhubung kewujudan Penyakit X di negara ini, kata Timbalan Menterinya Lukanisman Awang Sauni.


Lukanisman berkata persediaan itu antaranya, berpandukan pengalaman menangani situasi pandemik Covid-19 termasuk beberapa penyakit lain seperti virus nipah, sindrom pernafasan akut teruk (SARS) dan Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV) sebelum ini, malah jelasnya penyakit berkenaan belum lagi dikenal pasti kewujudannya.





Beliau berkata KKM akan sentiasa membuat pemantauan berhubung sebarang perkembangannya di dalam dan luar negara, serta memperkukuhkan sistem kesihatan negara untuk menghadapi sebarang kemungkinan.


"Saya berharap rakyat tidak bimbang dan maklumat mengenai sebarang penyebaran penyakit atau virus akan terus diuar-uarkan kepada umum," katanya ketika ditemui selepas program 'Lotus's Ceria Charity Run' di Setia Alam bersempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera hari ini.


Sementara itu Lukanisman berkata kempen Bulan Malaysia Sihat Sejahtera yang dilaksanakan pada September setiap tahun itu menjadi antara inisiatif KKM mempromosikan gaya hidup sihat kepada masyarakat.


Beliau berkata penganjuran kempen itu juga bertujuan mengukuhkan jalinan kerjasama antara rakan strategik khususnya membabitkan pihak swasta dan ia seiring dengan salah satu strategi dalam Kertas Putih Kesihatan yang dibentangkan di Parlimen Jun lalu.





Sumber: Harian Metro




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2023 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
So kena ready install apps mysejahtera dah la ni? mysejahtera laaamaa dah uninstall sejak tak payah check in check out tuu..tapi kena install balik sebab klinik kerajaan pakai apps ni utk booking appointment. Terkejut betoi aii bila tau kena booking appointment klinik dekat mysejahtera. Tak boleh walk in mcm biasa. Kalau xdak appointment kena sidai dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2023 10:18 AM | Show all posts
orkid_amani replied at 1-10-2023 09:41 AM
So kena ready install apps mysejahtera dah la ni? mysejahtera laaamaa dah uninstall sejak tak payah  ...

subsidi b40 m40 tu pun silap2 guna my sejahtera .
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2023 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
dh lama xbkk my sejahtera..
kena pakai mask balik la ni? i baru je mcm xpakai mask sgt skrg..tp kdg i pakai jgk p ofis tu..tp i pakai sbb mls nk lyn org pastu buat2 batuk sikit
kalau keluar memana mmg jrg sgt pakai
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2023 11:32 AM | Show all posts
Semoga kita sentiasa bersedia dengan apa-apa yang bakal berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2023 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
yelahhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2023 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Virus X updated via X (twitter)
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2023 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
i baru lepas shoping mask berkotak2
Tengah murah ni chuolas rm5 je sekotak dkt shopee..
Lps ni nak prep beras dan makanan kering
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2023 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
zuriey replied at 1-10-2023 12:29 PM
i baru lepas shoping mask berkotak2
Tengah murah ni chuolas rm5 je sekotak dkt shopee..
Lps ni nak p ...

Hang prep beras dan makanan kering pakai apa?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2023 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 1-10-2023 12:36 PM
Hang prep beras dan makanan kering pakai apa?

Pakai duitlah     
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2023 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
#rindupkp97%
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2023 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 1-10-2023 12:40 PM
Pakai duitlah

Takkan pakai tenungan mata yg mengasyikkan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2023 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
harap travel setel sblm katup
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2023 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
patut la ada member cite masa mak dia masuk hospital baru2 ni...pihak petugas hospital cpt2 je suruh pesakit kluar mana yg dah ok sikit tu dan dorg pun mcm bersiap siaga utk sesuatu. Bila member tanya apasal semacam je persiapan hispital ni...petugas tu x mau cerita dia cuma minta kita hati2 di luar dan pakai mask kalau perlu dan sanitize tgn selalu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2023 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ye o je lah kau.. nak create virus baru sbb business memasing dah sendu ke
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2023 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by limesherbet at 1-10-2023 02:10 PM

Tak kuasa nak layan penipuan kkm ni dah main la sorang2 while i sip my mocktail
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2023 02:13 PM | Show all posts
Nak kena cocok berapa dos nih.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2023 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 1-10-2023 02:17 PM

I dah lama tak pakai mask kat public pun. Nak kena pakai mask balik la ni.

Hari tu tengok mask Jovian lawa2 plak tapi tak beli pun sebab dah lama tak pakai. Mask pun ada lagi separuh kotak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2023 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 1-10-2023 10:18 AM
subsidi b40 m40 tu pun silap2 guna my sejahtera .

Yg Peka40 tu mmg kena pakai mysejahtera.. outpatient private clinic pun pakai mysejahtera jugak..yg skali visit xlebih rm200 kot consultant & ubat..kalau aii xsilap. unnntooong banyak la gov sebab xramai yg guna mysejahtera mmg jiiimaaat banyak laa..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2023 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
zuriey replied at 1-10-2023 12:29 PM
i baru lepas shoping mask berkotak2
Tengah murah ni chuolas rm5 je sekotak dkt shopee..
Lps ni nak p ...

Mask yg belambak2 borong sebelum pakmail cakap kena ada cop sirim tuu boleh guna lg tak?  Tapi skg ni tengah haze pulak..xsure la sekolah wajibkan fm @ tak.ke kena tgu bacaan IPU merah baru wajibkan mask. Aii rasa kalau IPU merah sekolah cuti kot..tak ingat laa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.072397 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list