Penyanyi Nadeera Zaini tampil membuat laporan polis terhadap seorang penata gaya pada Jumaat susulan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap dia dan pengurusnya iaitu Zizi Hadid. Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 30, berkata, pihaknya juga sedang menelitii sebarang unsur ugutan dan bakal mengambil tindakan saman sekiranya isu tersebut berlarutan.
"Saya mengambil serius isu fitnah yang mendakwa saya diperlakukan secara tidak profesional oleh pihak pengurus. Atas nasihat peguam satu laporan polis telah dibuat. "Saya dan pihak pengurusan Woodwind Records sedang meneliti semua perkara yang dimuat naik dan bersedia mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat unsur ugutan dan fitnah. "Saya dan pengurus tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara ini berlanjutan," katanya. Nadeera menulis perkara tersebut dalam satu kenyataan yang juga dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Sabtu.
Isu berkenaan dipercayai timbul apabila seorang penata gaya secara terbuka mendakwa Zizi sebagai seorang yang tidak amanah termasuk melarikan duit bayaran persembahan.
|
ADVERTISEMENT