CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3530|Reply: 10

Penata Gaya Fitnah Pengurus Larikan Duit, Nadeera Buat Laporan Polis

[Copy link]
Post time 30-9-2023 10:46 AM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Nadeera Zaini tampil membuat laporan polis terhadap seorang penata gaya pada Jumaat susulan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap dia dan pengurusnya iaitu Zizi Hadid.


Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 30, berkata, pihaknya juga sedang menelitii sebarang unsur ugutan dan bakal mengambil tindakan saman sekiranya isu tersebut berlarutan.






"Saya mengambil serius isu fitnah yang mendakwa saya diperlakukan secara tidak profesional oleh pihak pengurus. Atas nasihat peguam satu laporan polis telah dibuat.


"Saya dan pihak pengurusan Woodwind Records sedang meneliti semua perkara yang dimuat naik dan bersedia mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat unsur ugutan dan fitnah.


"Saya dan pengurus tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara ini berlanjutan," katanya.


Nadeera menulis perkara tersebut dalam satu kenyataan yang juga dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Sabtu.


Isu berkenaan dipercayai timbul apabila seorang penata gaya secara terbuka mendakwa Zizi sebagai seorang yang tidak amanah termasuk melarikan duit bayaran persembahan.


  



Menafikan perkara tersebut, Nadeera juga menegaskan mereka bekerja secara profesional dan tidak pernah berlaku sebarang masalah seperti mana yang menjadi bualan sebelum ini.


"Tuduhan dilemparkan terhadap pengurus saya seolah-olah dia telah melarikan duit bayaran persembahan dan tuduhan lain juga menggambarkan saya sebagai mangsa.


"englibatan saya dalam industri seni di bawah seliaan pengurus saya adalah secara profesional. Tidak pernah langsung timbul masalah berkaitan kewangan dan profesionalisme," jelasnya.


Penyanyi ni juga memaklumkan pihaknya tidak lagi bekerjasama dengan individu berkenaan.


Dalam masa sama, Nadeera memohon agar tidak mudah percaya dengan sebarang kenyataan yang memburukan namanya tanpa sebarang usul periksa.


  



"Saya menggesa individu terbabit untuk berhenti memburukkan keadaan. Pihak kami juga sudah tidak mempunyai sebarang kaitan dengan individu ini sejak isu timbul.


"Saya mohon orang ramai tidak mudah percaya dengan kenyataan yang berniat jahat sebaliknya menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk siasatan lanjut," ujarnya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2023 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
pengurus dia ade keluarkan statement x?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2023 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar baju coklat tu kenapa macam ada sesuatu yang cacat ye? Terlalu mencuba untuk nampak classy ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2023 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Zizi Hadid ex manager Aina Abdul?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2023 02:43 PM | Show all posts
Awal naw pulak aku masuk.. ke benang ni yang sendu diaidilfitri
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2023 03:49 PM | Show all posts
macam pondan2 begaduh je ni...
buang masa je layan nyah2 ni berdrama...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2023 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah macam nek nita rupa kau nyah
Sori, takde daya penarik nak jadi retis
Kalau nak glamor mcm ainabedol, buat la gimik.
Tp percaya la, kau glamor sbb gimik je nnti.
Takde bnd lain pun utk dibanggakan mcm anak bedol tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2023 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ku kira Anita Sarawak tadi. Badan pelik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2023 09:44 AM | Show all posts
100% kembar Eina Bedul, versi freehair, baju bersiap sikit tapi muka & fesyen takleh go... hihihi.. masing2 ada masalah ngan team, semua nak clarify... eina bedul ngan ex manager pun kekwat demand nak mampos feeling diva....orang tu blah malas nak layan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 10:02 AM | Show all posts
panjangnya statement, tak nampak benda dah tulis dia

btw elok la dia ni tukar stylist

selalu nampak style dia lagi tua dari usia

both makeup dengan baju
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 11:26 AM | Show all posts
style dia tak sesuai dengan umur. sama masalah dengan azharina
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.100085 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list