PETALING JAYA –Majoriti ibu bapa mula berhati-hati untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah berasrama kerana bimbang pengaruh sosial yang semakin teruk. Zaman kini anak-anak semakin terdedah dengan pengaruh media sosial termasuklah penglibatan ke dalam dunia Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).
Seorang pengarah urusan sebuah syarikat, Fahdi Ghazali berkongsi kisah rakannya yang enggan menghantar anak mereka ke sekolah berasrama kerana melihat lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. “Kawan saya doktor bagitahu dia tak akan masukkan anak-anak dia ke sekolah asrama penuh. Saya terkejut sebab kawan saya ni asalnya dari sekolah asrama penuh. Dia kata sekarang semuanya berbeza. “Anak-anak kita sekarang terdedah dengan dunia luar. Contohnya LGBT sebenarnya sudah meresap ke dalam anak-anak kita tapa sedar. Sebab mereka selalu tengok video-video.
“Kalau mereka terjebak dari awal, mereka susah nak kikis benda tu bila mereka dah tua,” katanya menerusi perkongsian video di TikTok. Menurut Fahdi, ibu bapa harus memainkan peranan sewajarnya dengan memantau pergerakan serta aktiviti anak-anak termasuklah ketika mereka berada di rumah. “Jadi jaga-jaga tengok anak-anak kita tengok apa. Apa yang berlaku kebobrokan (kehancuran) masyarakat akan bermula dan dia bermula dengan serius,” pesannya. Selain itu, Fahdi sempat bertanya kepada rakannya itu mengenai perancangan yang perlu diberikan kepada anak-anak bagi mengelakkan perkara itu berlaku. “Sudah tiba masanya untuk penuhkan dada mereka dengan apa yang Islam ajar. Suruh mereka pandai silaturahim, jangan duduk dalam bubble sorang-sorang, selalu bercakap dengan yang lain. “Selain itu, pastikan mereka dekat dengan agama,hantar ke sekolah agama peringkat awal ni supaya mereka tahu halal dan haram,” terangnya. Di ruangan komen, ramai ibu bapa bersetuju dengan pendangan tersebut dan ada yang berkongsi kisah anak-anak mereka setelah dihantar ke sekolah berasrama. “Ini kisah anak saya sendiri, masa tingkatan tiga saya hantar dia ke sebuah sekolah berasrama dengan harapan dia lebih fokus dalam pelajaran. “Namun, saya silap, selepas tiga bulan perangai anak mula berubah, setiap kali balik rumah dia akan berkunci duduk dalam bilik. Satu hari aktiviti anak saya terbongkar apabila saya ke biliknya ketika dia tertidur dan lupa kunci pintu bilik. “Terkejutnya saya sebagai ibu lihat telefon anak saya sedang pasang video lucah pasangan gay. Bila dipaksa anak mengaku, akhirnya dia bercerita dipengaruh kawan-kawan asrama, dan mereka di bilik bebas berhubungan songsang,” luah seorang pengguna dengan kecewanya. Katanya, sejak dari peristiwa itu dia dan suami mengambil keputusan menukarkan anaknya ke sekolah menengah harian biasa dan sentiasa memantau setiap aktiviti yang dilakukan. Seorang lagi pengguna TikTok, Asyura Idham turut bersetuju apabila masalah sosial banyak tercetus dan bermula di sekolah berasrama gara-gara ibu bapa tidak dapat memantau anak-anak selalu sehingga mereka berani melakukan sesuatu di luar jangkaan. -CARI Sumber: Kosmo
|
Dwdrum replied at 29-9-2023 10:23 AM
Simpan anak lelaki bawah ketiak.... If tidak explore sexuality di boarding school... College/univers ...
manehnya replied at 28-9-2023 06:29 PM
kadang, anak kita baik, tp di rosakkan oleh anak yg asuhan dia x baik, yg dr rumah pigeon hole git ...
Dwdrum replied at 29-9-2023 10:31 AM
Banyak jantan gay ini birah.... Suka kacau/flirt lelaki straight seperti cuba grooming kah apa unt ...
manehnya replied at 29-9-2023 10:34 AM
itulah.. sapa yg penah skolah asrama lelaki saja tahu la kan... ergh.. aku mmg masih simpan anak j ...
manehnya replied at 29-9-2023 10:28 AM
indeed.. tapi tak dapat di elakkan, sbb lepas tingkatan 3, masuk tingaktan 4 mmg kena pandai cari lu ...
Dwdrum replied at 29-9-2023 10:23 AM
Simpan anak lelaki bawah ketiak.... If tidak explore sexuality di boarding school... College/univers ...
green~tea replied at 29-9-2023 10:39 AM
Betul lah tu.. katil2 asrama lelaki bergoyang2 bila tutup lampu dorm
manehnya replied at 29-9-2023 10:57 AM
herm... asrama puteri pun ada jugak.. huhu...
aechae replied at 29-9-2023 10:57 AM
Laki iols kata skolah semua laki normal lh ada kes2 mcm ni..tp ikut ats individu jugak pndai bawa di ...
brownstone replied at 29-9-2023 10:34 AM
Sejahat2 kaum lgbtq+ ni belum lagi yg aku dengar diorang robek rahim dan bakar betina yg dibuntingka ...
ADVERTISEMENT