Johor Bahru: "Saya ingin menghabiskan saki baki hayat saya dengan tenang, namun perkara sebaliknya berlaku apabila saya sekeluarga menerima ugutan daripada ceti haram," kata penghidap barah pangkal rahim tahap empat, Foo Chi Chin, 54.
Ibu tunggal itu berkata, ia berpunca daripada perbuatan tidak bertanggungjawab anak lelaki bongsunya yang berulang kali berhutang dengan ceti haram. Menurutnya, sehingga kini dia sekeluarga terpaksa membayar hutang lelaki itu kira-kira RM100,000 termasuk menggunakan wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya serta dipinjam daripada saudara-mara dan kenalan. Katanya, keluarganya tidak sanggup untuk terus dipergunakan anak lelakinya itu bagi melangsaikan hutang dan menampung kos hidup kerana menganggur.
"Saya tidak mampu bertahan lagi dengan sikap anak yang mula menagih dadah sejak 18 tahun dan sudah dua kali dimasukkan ke pusat pemulihan. "Selain berhutang dengan ceti haram, dia juga pernah reka cerita kononnya dia diperangkap sebuah sindiket di Thailand dan meminta kami untuk membayar wang tebusan RM20,000. "Kali terakhir saya bertemu dengannya pada Jun lalu dan ketika itu dia masih meminta wang sebelum menghilangkan diri," katanya yang didiagnos menghidap barah sejak dua tahun lalu. Chi Chin berkata, pada 25 September lalu, anak sulungnya menerima mesej menerusi WhatsApp yang mendakwa Chia Jun membuat pinjaman RM2,000 daripada ceti haram. Menurutnya, ceti haram berkenaan juga ugut mahu menyimbah cat, membakar rumah dan akan mengganggunya hingga anak sulungnya membuat laporan polis di Balai Polis Desa Cemerlang di sini pada 25 September lalu. "Saya hanya bergantung kepada bantuan anak sulung ketika ini dan saya juga berulang-alik ke Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi menjalani kemoterapi sebulan sekali. "Akibat bimbang dengan ugutan itu, saya terpaksa tinggal di rumah ibu di Mersing buat masa ini. "Saya sudah menjalani 16 kali rawatan kemoterapi dan doktor menyatakan saya perlu menjalani beberapa sesi rawatan bagi membolehkan saya bertahan. "Kerana masalah ini, saya terkesan daripada segi mental dan bimbang ia boleh memburukkan lagi keadaan kesihatan," katanya yang membuat aduan kepada Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse di sini hari ini. Jimmy Puah berkata, pihaknya akan berbincang dengan pihak polis dalam usaha membantu wanita itu. "Ibu tunggal berkenaan tidak bersalah dan dia juga tidak memberi sebarang jaminan atau menandatangani dokumen ketika anaknya mendapatkan pinjaman daripada ceti haram," katanya. Sumber: Harian Metro |
ninja boy: Edited by ninja boy at 28-9-2 ...
Buritan replied at 29-9-2023 04:06 AM
Adik akuu tuu lelaki tauu.. kote besar lg.. tapi mmg celaka.. aku bg duit kat mak aku dia mintak.. k ...
Suchi replied at 29-9-2023 07:15 AM
Adik uols penah tayang totey dia ke? Atau sekadar sembang kata besar?
Dalam keluarga mesti ada so ...
Buritan replied at 29-9-2023 07:24 AM
Mana ade tayang . Aku kata sbb dia dah besar mesti le kote beso tp prangai .....
Buritan replied at 29-9-2023 07:24 AM
Mana ade tayang . Aku kata sbb dia dah besar mesti le kote beso tp prangai .....
Suchi replied at 29-9-2023 07:32 AM
Oh hahhaah ni kira metafora laa
Jarang org sebut gitu biasa org sebut dah besar berbulu atas ...
CiliPadiSedap replied at 29-9-2023 07:44 AM
normal. kalau dalam perkahwinan ada biawak hidup. dalam family pun ada.
Buritan replied at 28-9-2023 11:50 PM
Ye le gamaknyaa.. Allah bg aku adik beradik bewak.. tp Dia bg somi alhmdlh... mcm tu laa kot..
A ...
CiliPadiSedap replied at 29-9-2023 07:44 AM
normal. kalau dalam perkahwinan ada biawak hidup. dalam family pun ada.
CikNano replied at 29-9-2023 09:05 AM
Aku pulak, adik beradik perempuan yg gigih kerja..adik beradik lelaki (ada yang tu dah lebih 10 ta ...
ADVERTISEMENT