View: 16955|Reply: 17
|
Anak Pinjam Ceti Haram, Ibu Penghidap Barah Jadi Mangsa
[Copy link]
|
|
Johor Bahru: "Saya ingin menghabiskan saki baki hayat saya dengan tenang, namun perkara sebaliknya berlaku apabila saya sekeluarga menerima ugutan daripada ceti haram," kata penghidap barah pangkal rahim tahap empat, Foo Chi Chin, 54.
Ibu tunggal itu berkata, ia berpunca daripada perbuatan tidak bertanggungjawab anak lelaki bongsunya yang berulang kali berhutang dengan ceti haram.
CHI Chin mengadu permasalahannya kepada Jimmy Puah Wee Tse. FOTO Mary Victoria Dass.
Menurutnya, sehingga kini dia sekeluarga terpaksa membayar hutang lelaki itu kira-kira RM100,000 termasuk menggunakan wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya serta dipinjam daripada saudara-mara dan kenalan.
Katanya, keluarganya tidak sanggup untuk terus dipergunakan anak lelakinya itu bagi melangsaikan hutang dan menampung kos hidup kerana menganggur.
"Saya tidak mampu bertahan lagi dengan sikap anak yang mula menagih dadah sejak 18 tahun dan sudah dua kali dimasukkan ke pusat pemulihan.
"Selain berhutang dengan ceti haram, dia juga pernah reka cerita kononnya dia diperangkap sebuah sindiket di Thailand dan meminta kami untuk membayar wang tebusan RM20,000.
"Kali terakhir saya bertemu dengannya pada Jun lalu dan ketika itu dia masih meminta wang sebelum menghilangkan diri," katanya yang didiagnos menghidap barah sejak dua tahun lalu.
Chi Chin berkata, pada 25 September lalu, anak sulungnya menerima mesej menerusi WhatsApp yang mendakwa Chia Jun membuat pinjaman RM2,000 daripada ceti haram.
Menurutnya, ceti haram berkenaan juga ugut mahu menyimbah cat, membakar rumah dan akan mengganggunya hingga anak sulungnya membuat laporan polis di Balai Polis Desa Cemerlang di sini pada 25 September lalu.
"Saya hanya bergantung kepada bantuan anak sulung ketika ini dan saya juga berulang-alik ke Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi menjalani kemoterapi sebulan sekali.
"Akibat bimbang dengan ugutan itu, saya terpaksa tinggal di rumah ibu di Mersing buat masa ini.
"Saya sudah menjalani 16 kali rawatan kemoterapi dan doktor menyatakan saya perlu menjalani beberapa sesi rawatan bagi membolehkan saya bertahan.
"Kerana masalah ini, saya terkesan daripada segi mental dan bimbang ia boleh memburukkan lagi keadaan kesihatan," katanya yang membuat aduan kepada Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse di sini hari ini.
Jimmy Puah berkata, pihaknya akan berbincang dengan pihak polis dalam usaha membantu wanita itu.
"Ibu tunggal berkenaan tidak bersalah dan dia juga tidak memberi sebarang jaminan atau menandatangani dokumen ketika anaknya mendapatkan pinjaman daripada ceti haram," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Betul2 anak derhaka.. dahla mak sakit kanser.. lepastu asik buat hutang.. Semoga anak dia ni terima balasan la... |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan urusan ya aunty.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak dia mati...abang dia pulak Jadi mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 28-9-2023 07:25 PM
Anak bongsu perabis duit harta mak bapak taw, anak umur atas2 bagi wang sara parent hujung2 parent bagi semua duit kepada anak bongsu, Itulah masa dulu2 parent backup anak bongsu semua dpt, anak atas2 bersusah payah taw |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy: Edited by ninja boy at 28-9-2 ...
Yeppp setujuuu... aku ni pompuan... tp kawin pakai duit sendirii.. sekupang pun tak guna duit mak pak.. adik aku kawinn semua pakai duit mak pak.. janji nak bayo tp haremmmm... |
|
|
|
|
|
|
|
Adik akuu tuu lelaki tauu.. kote besar lg.. tapi mmg celaka.. aku bg duit kat mak aku dia mintak.. kereta beli kete bm secondhand.. pas tuu dibiarnyaa pas tuu suruh bpk aku settlekan.. hari tuu eksidenn... pdn mukaa . Kena siat kulit hidup hidup... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian, kenapa ya memilih utk menyusahkan family?
Padahal family tu jugaklah yg akan ada setiap masa bila diperlukan.
Elokla sumbat balik ke dalam, kesian mak dan abang2 dia nk kena hadap pangai dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 29-9-2023 04:06 AM
Adik akuu tuu lelaki tauu.. kote besar lg.. tapi mmg celaka.. aku bg duit kat mak aku dia mintak.. k ...
Adik uols penah tayang totey dia ke? Atau sekadar sembang kata besar?
Dalam keluarga mesti ada sorang gini, lahir utk jadi ujian bagi org lain |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 29-9-2023 07:15 AM
Adik uols penah tayang totey dia ke? Atau sekadar sembang kata besar?
Dalam keluarga mesti ada so ...
Mana ade tayang . Aku kata sbb dia dah besar mesti le kote beso tp prangai ..... |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 29-9-2023 07:24 AM
Mana ade tayang . Aku kata sbb dia dah besar mesti le kote beso tp prangai .....
Oh hahhaah ni kira metafora laa
Jarang org sebut gitu biasa org sebut dah besar berbulu atas bawah
Kawan toksik boleh buang tapi adik badik hadaplah sampai sudah |
|
|
|
|
|
|
|
normal. kalau dalam perkahwinan ada biawak hidup. dalam family pun ada.
|
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 29-9-2023 07:32 AM
Oh hahhaah ni kira metafora laa
Jarang org sebut gitu biasa org sebut dah besar berbulu atas ...
Yepp.. ontahlaa dah mak pak aku sayang.. aku nk ckp ape kann.. adekala aku rasa aku ni anak angkut ... hahahaha.. |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 29-9-2023 07:44 AM
normal. kalau dalam perkahwinan ada biawak hidup. dalam family pun ada.
Ye le gamaknyaa.. Allah bg aku adik beradik bewak.. tp Dia bg somi alhmdlh... mcm tu laa kot..
Aku ni dr kecik rimas bpk aku asyik ckp takde duit.. dah kawin ni baru lega.. laki aku takde zikir takde duit . Takde le laki aku kayee.. aku pun takde lee mintak emas kat dia . Kalo takat nak beli brg keperluan pun tadak duit mmg aku rimass |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pulak, adik beradik perempuan yg gigih kerja..adik beradik lelaki (ada yang tu dah lebih 10 tahun menganggur, yang si bongsu ikut jejak langkah abg dia dah dekat 6 bulan xkerja) duduk rumah jadi Tuan Besar, buat mak ayah aku mcm hamba. Ayh aku tukang hulur duit, mak aku tukang hantar/hidang makanan bw masuk bilik. Nak jadi apa tatau, bila suruh kerja masing-masing jadi baran. Ayh aku pencen dah, patutnya duit pencen tu ayh dah boleh 'berjoli' dengan mak aku pergi bercuti sana sini atau beli barang yg diidamkan but end up jadi tukang bayar hutang2 adik-adik lelaki aku.
Kadang aku rasa ni mmg kifarah buat mak ayah aku sebb sedari dari kecil diorg duk berzikir depan anak perempuan diorg yg diorg ckp diorg 'xhingin' anak ppuan sbb bg diorg ppuan ni menyusahkan diorg & terlampau manjakan & agungkan adik beradik lelaki aku yg katanya akan jaga diorg di hari tua. Adik-beradik lelaki aku ni lagi la take for granted sbb ayh aku dah janjikan harta warisan dia pd diorg, tu la sbb kot diorg xnak kerja
|
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 29-9-2023 07:44 AM
normal. kalau dalam perkahwinan ada biawak hidup. dalam family pun ada.
Aah tuu laa dulu aku ingat bewak utk somi jee rupanyaa bewak pun utk jntn keparat dlm keluarga |
|
|
|
|
|
|
|
CikNano replied at 29-9-2023 09:05 AM
Aku pulak, adik beradik perempuan yg gigih kerja..adik beradik lelaki (ada yang tu dah lebih 10 ta ...
Jahakkan.. sbb tuu aku anak pompuan ke lelaki dua dua sayang dua dua kerah... baikk aku puji.. salahh aku bebell mcm keretapi.. skrg pun sama.. anak aku siap ckp.. mama garangg tp kalo nak ngadu mesti cari aku jugak hahahaha..
Jahaknyaa abg koo.. aku kalo pemalas mcm tuu aku kata kote dah beso gajah pun malas lg.. bkn ko yg malas tp tu haa kote tuu.. hahahaha.. anak aku malu kalo aku carut mcm tuu so mmg tak berani nak malass |
|
|
|
|
|
|
|
yang kata tolong2 mangsa along tu pun ada fees cuma bagusnya dia orang boleh matikan bunga tu je.
xde orang nak buat kerja percuma kt dunia. tandas masuk pun bayar |
|
|
|
|
|
|
| |
|