Oleh Izzah Abbasy
Anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) iaitu Edra Global Energy Bhd, menjual semua asetnya kepada China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya (CGN Group) untuk RM9.83 bilion.
Kredit Foto : www.freemalaysiatoday.com
Menjadikan perjanjian gabungan dan pembelian terbesar dalam sektor tenaga Asia setakat ini.CGN Group akan membayar dalam tunai, nilai ekuiti RM9.83 bilion dan akan menanggung semua hutang kasar berkaitan dan tunai syarikat operasi Edra, berdasarkan tarikh penilaian pada 31 Mac 2015.Transaksi itu, yang dijangka selesai pada Februari 2016 juga satu kejayaan besar dalam pelan rasionalisasi 1MDB, sebagaimana dibentangkan kepada kabinet pada 29 Mei 2015. "CGN Group adalah pelabur yang beranggungjawab. Kami akan bekerjasama rapat dengan Edra, platform global berpangkalan di Malaysia dan dijalankan Malaysia, dan secara bersama akan membawanya ke peringkat lebih tinggi,"CARI Infonet
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|