CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Terkejut Jumpa Batu Geliga Dalam Telur Ayam

28-9-2023 11:56 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4602| Komen: 13

Bangkok: Seorang wanita di wilayah Rayong, timur Thailand terkejut apabila menemui ketulan keras seperti batu di dalam kuning telur yang dimasaknya, lapor laman berita Thaiger.

Patcharin Jaisuk, 55, yang berniaga menjual nasi kukus selama lebih 30 tahun berkongsi kejadian dengan jirannya semalam.


Batu itu dikatakan mempunyai permukaan lebih lembut berbanding batu sebenar. - KhaoSod

Rumah Patcharin yang terletak di daerah Kram, kemudian menarik perhatian penduduk setempat. 

Sebilangan jiran berkunjung ke kediaman tersebut untuk melihat batu misteri berukuran kira-kira 1 sentimeter itu. Ia diletakkan di dalam sebuah kotak berwarna emas.

Batu itu berwarna kemerah-merahan, berbintik kuning, berbentuk aneh dan beratnya sekitar 100 gram. Teksturnya pula berbeza daripada batu biasa.

Menurut Patcharin, dia menemui batu tersebut di dalam telur ayam rebus yang dibelinya dari pasar dua hari lepas.


Pada hari kejadian, dia merebus empat biji  telur dan tergigit batu keras itu ketika makan bersama suaminya.

Dia pada awalnya menyangka ia adalah kulit telur, namun setelah diperiksa, mereka mendapati objek tersebut sebutir batu.

Setelah dibersihkan, objek itu didapati mempunyai permukaan lebih lembut berbanding batu sebenar, mendorong Patcharin menyimpannya sebagai azimat. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 28-9-2023 11:59 AM
[youtube]Q8jhb5NnADM[/youtube]
Quote Skuau 28-9-2023 12:08 PM
mungkin Sudin punya..yg dia buang ke longkang dlu tu...
Quote shernazz 28-9-2023 12:38 PM
Shikin tu
Quote sambaldurian 28-9-2023 01:28 PM
Ke batu karang ayam tu.
Quote nolya 28-9-2023 01:36 PM

Baru nak cakap benda yg sama.  Kalau manusia, dah kena operate.
Quote green~tea 28-9-2023 01:44 PM
Jahat pun tajuk nye.. terang2 tu batu kerikil
Quote airfilterkotor 28-9-2023 01:55 PM
"Rumah Patcharin yang terletak di daerah Kram, kemudian menarik perhatian penduduk setempat."

Kalau berlaku kat negara seberang, satu kelurahan akan turun tengok.
Quote CiliPadiSedap 28-9-2023 02:08 PM
ayam berak batu
Quote tikusmontok 28-9-2023 03:16 PM
airfilterkotor replied at 28-9-2023 01:55 PM
"Rumah Patcharin yang terletak di daerah Kram, kemudian menarik perhatian penduduk setempat."

Kalau ...

Silap2 satu kabupaten perasap sembah batu tu mcm dorang sembah sexdoll yg hanyut di hujung kpg dulu, bidadari turun dr langit katanya
Quote airfilterkotor 28-9-2023 09:45 PM
tikusmontok replied at 28-9-2023 03:16 PM
Silap2 satu kabupaten perasap sembah batu tu mcm dorang sembah sexdoll yg hanyut di hujung kpg dul ...

Tu pentingnya edukesyen.
Quote TomyamPuteh 28-9-2023 10:56 PM
Kalau kt negara Shah Rukh Khan mesti dh kena sembah dh batu tu. Siap buat kuil lagi.
Quote TomyamPuteh 28-9-2023 10:56 PM
Kalau kt negara Shah Rukh Khan mesti dh kena sembah dh batu tu. Siap buat kuil lagi.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.182016 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top