View: 4503|Reply: 12
|
Wanita Terkejut Jumpa Batu Geliga Dalam Telur Ayam
[Copy link]
|
|
Bangkok: Seorang wanita di wilayah Rayong, timur Thailand terkejut apabila menemui ketulan keras seperti batu di dalam kuning telur yang dimasaknya, lapor laman berita Thaiger.
Patcharin Jaisuk, 55, yang berniaga menjual nasi kukus selama lebih 30 tahun berkongsi kejadian dengan jirannya semalam.
Batu itu dikatakan mempunyai permukaan lebih lembut berbanding batu sebenar. - KhaoSod
Rumah Patcharin yang terletak di daerah Kram, kemudian menarik perhatian penduduk setempat.
Sebilangan jiran berkunjung ke kediaman tersebut untuk melihat batu misteri berukuran kira-kira 1 sentimeter itu. Ia diletakkan di dalam sebuah kotak berwarna emas.
Batu itu berwarna kemerah-merahan, berbintik kuning, berbentuk aneh dan beratnya sekitar 100 gram. Teksturnya pula berbeza daripada batu biasa.
Menurut Patcharin, dia menemui batu tersebut di dalam telur ayam rebus yang dibelinya dari pasar dua hari lepas.
Pada hari kejadian, dia merebus empat biji telur dan tergigit batu keras itu ketika makan bersama suaminya.
Dia pada awalnya menyangka ia adalah kulit telur, namun setelah diperiksa, mereka mendapati objek tersebut sebutir batu.
Setelah dibersihkan, objek itu didapati mempunyai permukaan lebih lembut berbanding batu sebenar, mendorong Patcharin menyimpannya sebagai azimat. – Agensi
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin Sudin punya..yg dia buang ke longkang dlu tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Shikin tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru nak cakap benda yg sama. Kalau manusia, dah kena operate.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jahat pun tajuk nye.. terang2 tu batu kerikil |
|
|
|
|
|
|
|
"Rumah Patcharin yang terletak di daerah Kram, kemudian menarik perhatian penduduk setempat."
Kalau berlaku kat negara seberang, satu kelurahan akan turun tengok. |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 28-9-2023 01:55 PM
"Rumah Patcharin yang terletak di daerah Kram, kemudian menarik perhatian penduduk setempat."
Kalau ...
Silap2 satu kabupaten perasap sembah batu tu mcm dorang sembah sexdoll yg hanyut di hujung kpg dulu, bidadari turun dr langit katanya |
|
|
|
|
|
|
|
tikusmontok replied at 28-9-2023 03:16 PM
Silap2 satu kabupaten perasap sembah batu tu mcm dorang sembah sexdoll yg hanyut di hujung kpg dul ...
Tu pentingnya edukesyen. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kt negara Shah Rukh Khan mesti dh kena sembah dh batu tu. Siap buat kuil lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kt negara Shah Rukh Khan mesti dh kena sembah dh batu tu. Siap buat kuil lagi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|