CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Khairul Aming Tak Ada Rumah, Tak Ada Kereta Mewah-Hanya Ada Bezza

27-9-2023 12:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11753| Komen: 154

Khairul Aming lebih gemar melabur dalam perniagaan sambal yang diusahakan daripada membeli barangan mewah untuk diri sendiri.

Katanya, pembelian aset yang memberi pulangan wang semula seperti mesin sambal adalah lebih baik berbanding memanjakan diri dengan kereta atau rumah mewah.





“Saya memang tak ada rumah, saya tak ada kereta mewah, ada satu kereta yang baru saya beli pada mak saya tapi bukan untuk saya. Aset saya semua kilang sahaja.

“Saya memang jenis suka melabur dalam bisnes, duit daripada bisnes akan berkembang untuk bisnes semula.

“Bab bisnes saya tidak berkira macam contoh staf nak pakai atau beli mesin ini, okey beli. Tetapi kalau saya nak beli barang sendiri, pergi kedai ini, tengok mahal, letak balik la,” kongsinya menerusi satu klip video yang dimuat naik menerusi TikTok @syaz_aa semalam.

 Khairul Aming turut mendedahkan dirinya tidak suka membuat pinjaman peribadi atau bank semata-mata untuk memenuhi kehendak dan menganggap kehidupan bebas hutang adalah jauh lebih baik.


“Saya memang tak ada loan (pinjaman), satu-satunya yang saya ada ialah kereta Perodua Bezza itu sahaja, yang lain semua aset yang dah dibeli dah habis bayar termasuklah dekat kilang.

“Dekat kilang semua mesin juta-juta itu semua dah habis bayar, itu semua aset saya.

“Kalau la satu hari nanti saya mati, bisnes saya tak jalan, keluarga saya boleh jual semua mesin-mesin yang ada, boleh dapat duit daripada itu untuk mereka,” katanya.

Di ruangan komen, ramai yang memuji sikap yang ditunjukkan Khairul Aming kerana tahu membezakan kehendak dan keperluan hidup.

“Khairul Aming, jutawan yang patut dicontohi. Baguslah nak beli apa-apa fikir dahulu, jangan beli ikut nafsu nanti kemudian hari mendatangkan kesusahan,” puji Azura.

Menurut seorang lagi pengguna TikTok, Nina Kirana, kekayaan yang sebenar seseorang itu adalah mereka yang bebas daripada tanggungan hutang. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 27-9-2023 12:19 PM
Dengar tu founder MLM produk timbang kilo stok2 kelas 5 Sastera F.
Quote kakikuDibibirmu 27-9-2023 12:21 PM
Ummah LGBTQ+ gay dalam almari tersenyum sinis

Flag-for-History-1-1024x681.png
Quote Purplehaz 27-9-2023 12:24 PM
Woww harus dicontohi...
Untung diberi utk keperluan bisnes..staff
Patutlah bisnes makin maju..ramai yg happy kerja dgn dia.
Quote Purplehaz 27-9-2023 12:27 PM
Apapun ada untung lebih..beli lah rumah, tanah..keperluan utk keluarga jua nnti..
Atau esok2 boleh wakafkan utk jln kebaikan ...untung Dunia akhirat
Quote stingergrumpy 27-9-2023 12:27 PM
dua_chzy replied at 27-9-2023 12:19 PM
Dengar tu founder MLM produk timbang kilo stok2 kelas 5 Sastera F.

Bahagian masing masing ler chzy....ko yg mungkin straight A's student pun...end up jadi barua laki kena kuar kerja...

Besa ler asam garam dunia kheunz?
Quote MissYouSayang 27-9-2023 12:31 PM
Tapi awk ada sy
Quote prettyuglybabe 27-9-2023 12:43 PM
kalau dia betul bijak, beli rumah kereta under nama company..
dapat la pengecualian cukai..
rumah dengan kereta dah jadi keperluan nijam..
jangan jadi kelantan bila tua balik kampung rebut rumah pusaka dengan adik beradik..
masa mampu ni, beli je la rumah or tanah buat rumah..
Quote vespa_oren 27-9-2023 12:48 PM
Edited by vespa_oren at 27-9-2023 01:27 PM

sama lak dgn kereta aku, kereta plg berbaloi
tapi aku gie kerja naik motor, pastu hntr anak aku sekolah
downgrade sungguh
Quote misc 27-9-2023 12:49 PM
At least ada rumah sebijik jadi la. Kecik pun ok janji rumah sendiri.
Quote helicornia 27-9-2023 12:51 PM
aku respek la dia jimat tak mewah tu
tapi kete perlu jugak yg selesa
tambah2 dia bisnesman mesti selalu travel
tk perlu mahal2 sgt honda city ke vios ke x50 pun ok
bezza bawak laju sikit dh bergegar
tk tau la plak kot dia pakai company car
Quote menjad 27-9-2023 12:51 PM
nak carik kerul aming lah nak soh simpan emas
Quote zehra2 27-9-2023 12:53 PM
ya betul. keta local je. hutang 3 thn. byr cash nanti lhdn cari pulak. bukan nya kita ada kilang pun. asal cukup masuk 2 carrier kucing cukup lah.
apa de kisah pandangan org. asal kita ada duit. suka hati kita lah nk beli apa pun.
jgn berhutang sbb nak bergaya.
Quote VespaSilbe 27-9-2023 12:58 PM
Dia duit kepoks.. kalau tak beli bila tua nak pindah randah tak larat uit..
Quote Orix 27-9-2023 01:36 PM
sambal dia katanya so-so sajok ?
Quote asamfish 27-9-2023 01:39 PM
dua_chzy replied at 27-9-2023 12:19 PM
Dengar tu founder MLM produk timbang kilo stok2 kelas 5 Sastera F.

5 Sastera F terus cikgu bagi haaaaaa......hahaha.....

Quote asamfish 27-9-2023 01:42 PM
duit kepok2....anytime je kot dia 'terpaksa' beli rumah beli kereta, selonggok je dia letak duit....good move KA.  dan rasanya dia kesana kemari pun dia hire org ...share bisnes dgn org lain jgk..
Quote imanjannah 27-9-2023 01:46 PM
beli la tanah dan rumah, itu aset juga, nak jual mesin2 tu susah juga, nanti, jam itu nanti kita x tau, ekonomi bagaimna
Quote hareeeesah 27-9-2023 01:57 PM
Dia xde family lg bkn keperluan utk dia kn.. kalau nk beli tu sure anytime je.
Quote juruterra 27-9-2023 01:57 PM
asamfish replied at 27-9-2023 01:42 PM
duit kepok2....anytime je kot dia 'terpaksa' beli rumah beli kereta, selonggok je dia letak duit.... ...

seeloknya kalau byk duit hasil bisnes tu beli rumah cash saja. tak perlu berhutang, untung2 lain boleh rollover bisnes.
Kereta elok la pakai yg boleh speeding x goyang2....skrg saya pakai jazz merempit sikit je rasa melambung.
Bawak BMW bole rempit steady je rasanya. jimat2 sgt pun nanti mati rugi je tinggal semua utk org lain

Lihat semua komen(154)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.056159 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top