CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wajah Sugul Bongkar Sengsara, Pembantu Rumah Warga Indonesia Jadi Mangsa Rogol Dan Pukul Majikan Di Kepong

27-9-2023 12:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2523| Komen: 21

Kuala Lumpur: Seorang pembantu rumah warga Indonesia berwajah sugul yang dilihat berdiri di pintu jeriji sebuah unit kondominium di Kepong,  membongkar kesengsaraan dirinya apabila mendakwa menjadi mangsa pukul dan rogol oleh majikannya.


Dalam kejadian jam 3 petang Jumaat lalu, wanita berusia 29 tahun itu dilihat berada di pintu rumah selama 15 minit sambil memerhatikan pekerja sebuah syarikat logistik memindah masuk barang di rumah jirannya.

Wanita itu kemudian memberanikan diri meminta bantuan daripada pekerja terbabit untuk membantu menyelamatkannya dengan menghubungi pihak berkuasa.

Foto: Harian Metro

Menceritakan semula kejadian, penghantar barangan terbabit yang mahu dikenali sebagai Hafis (bukan nama sebenar), 33, berkata, dia ketika itu sedang memindahkan barangan milik penghuni yang berpindah masuk ke unit kondominium berkenaan.

Menurutnya, sebelum itu dia menyedari wanita terbabit hanya berdiri di depan pintu rumahnya dan melihat mereka memindahkan barangan.


"Tidak lama kemudian, wanita terbabit memanggil saya dan merayu-rayu supaya menyelamatkan dia dengan meminta untuk menghubungi polis.

"Dia memberitahu saya bahawa majikannya memukulnya dengan batang besi dan turut mengambil kesempatan ke atas dirinya," katanya kepada Harian Metro.

Hafis berkata, wanita terbabit juga menunjukkan kesan lebam di badannya akibat dipukul majikannya.

"Simpati dengan nasibnya, saya kemudian menghubungi polis dan meninggalkan nombor telefon saya kepada wanita itu. Polis kemudian meminta saya datang ke balai untuk membuat laporan," katanya.

Susulan laporan polis dibuat lelaki itu, polis yang menerima maklumat kemudian menyerbu rumah terbabit dan menyelamatkan mangsa.

Menurut sumber, mangsa dipercayai menjadi mangsa rogol majikannya sekitar Ogos lalu, namun sedang menjalani pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan kejadian berkata, siasatan berkenaan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, sepasukan polis yang menyerbu rumah berkenaan turut menahan suspek bagi membantu siasatan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 27-9-2023 12:18 PM
Betul2 dibuat macam hamba abdi ya.

Quote B40tastePosh 27-9-2023 12:35 PM
Kasihan @Friska
Quote imanda 27-9-2023 12:36 PM
kesiannya.
kalau betula majikan nya jahat tq org yg tlg dia dan semoga majikan tu dihukum setimpal.
Quote doubleA 27-9-2023 12:37 PM
Kondo? Majikan tu kelamin ke bujang?
Quote gigahertz 27-9-2023 02:31 PM
dua_chzy: Betul2 dibuat macam hamba abdi ya.

kepong kubu kuat DAP. 15 kali PRU tak pernah kalah.

Quote Skuau 27-9-2023 02:55 PM
abesla kadubes Msia kena lempar taik nt....
Quote kelapaparut 27-9-2023 03:07 PM
majikkannye bangse ape ye
Quote zehra2 27-9-2023 03:09 PM
moga dapat keadilan.
apa jenis manusia majikan nya ni.
Quote umbut 27-9-2023 03:13 PM
kelapaparut replied at 27-9-2023 03:07 PM
majikkannye bangse ape ye

Aku tikamm... cha ya nun alif
Quote darkness 27-9-2023 03:19 PM
Semoga dipermudahkan urusan..
Quote noor2 27-9-2023 03:25 PM
Bangsatnya majikan....
Quote I.K.A888990 27-9-2023 03:29 PM
aku nk tgk muka majikan lahanat ni
persis haiwan apa si lahanat ni
Quote prettyuglybabe 27-9-2023 04:40 PM
cerita babu indon ni kadang kena siasat dulu..
Quote antikorok 27-9-2023 05:09 PM
KEPONG? Dah taukk puak2 mana yg dudok. Majoriti besar namampos menang PRU.
Mesti spesis sama yg dera ala2 Nirmala Bonat letewww

Kalau berita ni pelakunya ummah asal tanah ayer ni kemain media canang nama siap dengan nama bapak, datok segala dan gambar segala sejibik perangai PRISKIESSS yg suka letak gambor OKG/OKT takde censored2 dah
Quote Ayda89 27-9-2023 08:06 PM
Cino ni mmg selagi boleh nak free je kan. Ko ingat pakej ke orang gaji sekali seks. Shibalnya perangai
Quote honeybee1802 27-9-2023 08:11 PM
umbut replied at 27-9-2023 03:13 PM
Aku tikamm... cha ya nun alif

Kap ya pa wow nga kan...betul ka aku eja ntah...
Quote mawarika 27-9-2023 08:12 PM
Yg baru masuk mmg naif bodo2 je.. manjang kena dera. Mmg niat dtg nak kerja pembantu. Tp kalau yg bijak keluar masuk senang je.. jadi maid kejap lepas tu lari. Dulu mak aku amek maid baru Sbb maid lama anak dah besar so dia balik la. Dtg maid baru ni body mmg lawa.. kuku cantik.. kdg tu ternampak dia baca buku form6 adik aku. Mcm bukan kaleng2 minah ni.. sekali tu lari wey masa ajak g pasar.. gro rupanya. Padan la kuku kau bercolorkan..
Quote boo03 17-11-2024 05:16 PM
Do you want me to?

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.081048 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top