CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mcdonald’s Dedah Cerita Sebenar Insiden Peket Sos Cili Dicaj RM1 Satu Peket

27-9-2023 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7565| Komen: 102

PETALING JAYA – Tidak sengaja beri jumlah sos cili yang tidak mencukupi,punca seorang pelanggan berang sehingga tercetusnya insiden caj RM1 untuk sepeket sos cili.

McDonald’s Taman Buaya menjelaskan, walaupun krew bertugas ketika itu menyediakan peket tambahan sos cili dengan segera, namun ia tidak meredakan keadaan, malah membuatkan pelanggan tersebut marah.


Foto: kosmo

“Selepas jalankan siasatan dalaman dan menyemak rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), kami dapati terdapat kesilapan awal di pihak kami di mana pelanggan secara tidak sengaja diberikan jumlah sos cili yang tidak mencukupi.

“Kakitangan kami kemudiannya menyediakan peket tambahan sos cili dengan segera apabila diminta oleh pelanggan.

“Walau bagaimanapun pada ketika itu, pelanggan menjadi sangat marah dan agresif secara lisan terhadap kakitangan kami,” kata kenyataan tersebut.


Susulan itu kenyataan sama berkata, pelanggan tersebut berkeras untuk membayar tambahan 10 peket sos cili dan menggesa krew terbabit untuk mengeluarkan resit untuk pembelian berkenaan.

“Walaupun krew kami cuba jelaskan bahawa sos cili disediakan secara percuma, pelanggan itu dengan marah berkeras untuk dikenakan bayaran untuk 10 peket itu.

McDonald’s Malaysia katanya, amat kecewa dengan tindakan pelanggan itu, yang bukan sahaja menunjukkan keagresifan terhadap kakitangannya, tetapi juga menyiarkan maklumat tidak tepat mengenai kejadian itu di media sosial.

“Kami telah laporkan kejadian ini kepada polis untuk memastikan keselamatan kakitangan kami memandangkan tingkah laku agresif pelanggan.

“Kami ingin mengulangi bahawa McDonald’s Malaysia menawarkan semua pelanggan kami sos cili tanpa kos tambahan.

“Di samping itu, McDonald’s Malaysia memandang tinggi kakitangan kami sebagai barisan hadapan yang secara konsisten berusaha memberikan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia,” tambah kenyataan itu. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pengecatbintang 27-9-2023 11:17 AM
itu hari

spaer ntah porumer cari blamed gomen madani sbb sos ni kena bayar tambahan

porumer tu berniat jahat
Quote B40tastePosh 27-9-2023 11:20 AM
Aku dah laknat dah berader ni dalam FB dia.

Tak malu minta sos lebih...dari dia kerja kayuh basikal tu lebih baik dia kerja apa patut tambah duit poket untuk beli sos.

Dia minta sos lebih sebab McD mahal..korang rase logik ke takulan camtu?
Kalau rasa mahal tak payah beli, cermin diri tu.
Quote stingergrumpy 27-9-2023 11:22 AM
Lakarkhen notes seperti berikut..

"We are committed to serve our customers to the best of our abilities and we have the right to protect our staff from.any abuse from.customers"Management.
Quote BENTARA 27-9-2023 11:24 AM
dengar kata porumer tu mantan calun PRN bebaru ni... dari parti bunga......
kat tik tok dah bairel pasal ni dan sapa punya angkara hahhaahah
Quote alesandra 27-9-2023 11:24 AM
Padan muka dari nak petik2 kerajaan terus kena dgn geng kapitalis.rasain.dia ni citernyer dulu penah jadi calon  adun parti atok saka....
Quote _blackbird 27-9-2023 11:35 AM
mohon mcd hantar agen yahudi freemason ke rumah bro ni utk simbah dinding rumah beliau dengan sos cili dan lempar tulang ayam mcd extra pedas ke punai nya

Quote shi_jewel 27-9-2023 11:40 AM
B40tastePosh replied at 27-9-2023 11:20 AM
Aku dah laknat dah berader ni dalam FB dia.

Tak malu minta sos lebih...dari dia kerja kayuh basikal ...

ada muka dia tak?
Quote B40tastePosh 27-9-2023 11:59 AM
shi_jewel replied at 27-9-2023 11:40 AM
ada muka dia tak?

Yang ni ha sis

FB_IMG_1695787057548.jpg FB_IMG_1695787043165.jpg
Quote sayurmayur88 27-9-2023 12:02 PM
McD sila saman . selayaknya...
Quote shi_jewel 27-9-2023 12:05 PM

rongak eh?
semua nan hado je rupa
sila rendam dgn sos...

Quote AbukRokok 27-9-2023 12:06 PM
muka mcm mahaldohni clan
Quote Firenzza 27-9-2023 12:06 PM
Customer is not always right
Quote B40tastePosh 27-9-2023 12:07 PM
shi_jewel replied at 27-9-2023 12:05 PM
rongak eh?
semua nan hado je rupa
sila rendam dgn sos...

Sebelah yang rongak tu
Quote batmana 27-9-2023 12:08 PM
baik mcdonald malaysia ni

tk silap fast food negara asing penah saman pelanggan yg buat dajal cmni

syarikat billionaire tu, mampusla customer tu
Quote shi_jewel 27-9-2023 12:09 PM

set2x tua2x dah nak mamposss kata p ramlee..
muka pun jenis yg suka provoke. barangkali dia diajar begitu dan mengajar yg bawahnya utk berkelakuan begitu juga.
Quote pengecatbintang 27-9-2023 12:15 PM
Edited by pengecatbintang at 27-9-2023 12:17 PM
shi_jewel replied at 27-9-2023 12:09 PM
set2x tua2x dah nak mamposss kata p ramlee..
muka pun jenis yg suka provoke. barangkali dia diajar ...

ooo...

calon parti atok dalam PRU sblm ni...

patut ler porumer2 porumcari tumpang sekaki kutuk gomen dlm isu mcD ni

bila mcd da bagi penjelasan ni...

x der saper porumer cari yg kutuk gomen (isu mcD) sblm ni, muncul kat thread ni utk komen
Quote B40tastePosh 27-9-2023 12:16 PM
shi_jewel replied at 27-9-2023 12:09 PM
set2x tua2x dah nak mamposss kata p ramlee..
muka pun jenis yg suka provoke. barangkali dia diajar ...

Katanya Calon PRU lepas Parti Atok Saka.
Quote shi_jewel 27-9-2023 12:16 PM
pengecatbintang replied at 27-9-2023 12:15 PM
ooo...

calon PEE een dlam PRN baru2 ni...

aaaaaaaaaaaaaa.... i see.

no wonder. calon pee enn mmg semua rupa mcm tu eh
Quote B40tastePosh 27-9-2023 12:17 PM
Edited by B40tastePosh at 27-9-2023 12:19 PM
batmana replied at 27-9-2023 12:08 PM
baik mcdonald malaysia ni

tk silap fast food negara asing penah saman pelanggan yg buat dajal cmni


Bodoh diorang ni kacau kapitalis....jawabnye basikalnye terpaksa lelong.

Langsung tak cakap minta maaf.

McD tu dh level restaurant mewah dah even anggap fast food ke ape...sesuka hati buat macam kedai² mek mek.

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.053455 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top