Nineveh, Iraq: Lebih 100 terbunuh, manakala 150 lagi cedera dalam kebakaran di majlis perkahwinan di daerah Hamdaniya di wilayah Nineveh Iraq, menurut media negara Iraq awal pagi ini. Timbalan Gabenor Nineveh, Hassan al-Allaq memberitahu Reuters 113 mangsa disahkan meninggal dunia, dengan media kerajaan menyatakan angka kematian sekurang-kurangnya 100, dengan 150 orang cedera.
Kebakaran membabitkan sebuah dewan acara besar di wilayah timur laut selepas bunga api dinyalakan ketika sambutan itu, kata pertahanan awam tempatan, menurut media kerajaan. "Kami melihat api marak dari dewan. Ada yang berjaya keluar dan ada yang gagal," kata Imad Yohana, 34, yang berjaya menyelamatkan diri. Video daripada wartawan Reuters di tapak menunjukkan anggota bomba memanjat rangka bangunan yang hangus.
Maklumat awal menunjukkan bangunan itu diperbuat daripada bahan binaan yang sangat mudah terbakar, kata media kerajaan. Ambulans dan anggota perubatan dikejarkan ke lokasi oleh pihak berkuasa persekutuan Iraq dan pihak berkuasa di wilayah Kurdistan separa autonomi Iraq, menurut kenyataan rasmi. Saksi di lokasi kejadian berkata, bangunan itu terbakar kira-kira jam jam 10.45 malam waktu tempatan (1945 GMT) dan ratusan orang hadir pada masa kejadian. - REUTERS Sumber: BH Online |
ADVERTISEMENT