CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Jerantut Terkejut Nampak Kilat Merah Tanpa Guruh, Wanita Digelar Pengikut Dajal Sebab Kongsi Video Langit 'Rosak'

27-9-2023 10:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2596| Komen: 21

"Langit rosak ke malam ni?" kapsyen yang ditulis seorang wanita selepas dia memuat naik video fenomena langit aneh yang berlaku di kampungnya di Jerantut, Pahang pada 15 September lalu.

Lenda Mohamad, 31, menyatakan dia terkejut melihat kilat tanpa bunyi guruh yang berwarna merah, malah cahaya itu juga bergerak secara horizontal sehingga menerangi langit malam.




"Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 malam, ketika itu azan Isyak berkumandang. Saya keluar rumah untuk buang sampah. Saya perasan langit lip lap lip lap. Biasanya kilat, cahayanya ke bawah. Tapi saya nampak kilat berjalan... horizontal dari kiri ke kanan, warnanya merah.

"Terus saya panggil adik untuk ambilkan telefon. Masa telefon sampai, cahaya itu dah tak ada. Jadi saya tak sempat rakam. Tapi saya rasa kagum dapat saksikan cahaya kilat berwarna merah dalam masa kira-kira limat saat," ujarnya kepada mStar.



Tidak lama selepas kejadian cahaya kilat berwarna merah tanpa bunyi guruh, Lenda berkata dia turut menyaksikan keadaan langit malam bertukar terang yang mana ia sempat dirakam menggunakan telefon miliknya.

"Yang menakutkan adalah langit jadi terang benderang. Bukan keseluruhan langit, tapi hanya sebahagian yang menjadi terang. Saya terdiam sekejap. Yang ini saya sempat rakam.

"Untuk kepastian, video itu saya masukkan dalam aplikasi Capcut. Dalam Capcut, saya buat slowmotion dan saya boleh tengok dengan jelas cahaya terang yang menerangi sebahagian langit.

"Ia sekejap saja tapi berlaku secara berkala," ujar Lenda yang bekerja sebagai eksekutif di sebuah kilang pengeluaran produk bayi di Kuala Lumpur.

Video yang dikongsikan di media sosial itu dihujani pelbagai komen termasuklah yang melabelkannya sebagai pengikut dajal selepas ruangan komen TikTok miliknya dihujani dengan teori konspirasi.

"Saya kongsi di TikTok. Ada orang komen cakap saya pengikut dajal. Ada juga yang kata saya berfikiran kolot dan tak percaya kekuasaan Tuhan. Saya tak tahu tentang fenomena 'kilat gajah' apa semua. Ia memang kali pertama saya tengok cahaya macam ni.

"Di sebalik kecaman, ada juga yang kongsi ilmu. Mereka terangkan tentang kejadian 'kilat gajah'. Kemudian saya pun buat carian sendiri. Kalau ada sesiapa boleh terangkan tentang kejadian ini, saya terima saja," ujarnya.

Tambah Lenda, dia juga berharap agar semua pengguna media sosial menjaga tutur kata mereka, apatah lagi ketika berbicara dengan orang yang lebih berusia.

"Cuma saya terkilan dengan komen biadab. Ada seorang makcik komen, dia kata kembalilah kepada Allah kerana kejadian itu merupakan teknologi dajal. Saya tengok ramai anak muda reply kurang ajar.

"Saya harap orang ramai dapat hormati orang lebih tua. Janganlah guna perkataan yang menggores hati orang lebih tua," ujarnya lagi.-CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 27-9-2023 10:21 AM
Akak lagi suka peraduan gores dan menang
Quote Thunderclouds 27-9-2023 10:22 AM
Halah.
Halah.
Halah.

Quote _blackbird 27-9-2023 10:47 AM
so skang ni kita nak kecam sapa. dajal dan agenda dan teknologinya? netijen mulut hangsuang IQ negative? atau akak ignorant cepat sentap ni?
Quote Minahkucing 27-9-2023 10:48 AM
Obvious ade kilat. Bodoh pekat betol
Quote airfilterkotor 27-9-2023 12:44 PM
Tu pentingnya edukesyen.
Quote B40tastePosh 27-9-2023 12:52 PM
Kilat dan Petir berbeza

Quote jejaka_hensem 27-9-2023 12:54 PM
Babi dapat melihat ke atas dengan menjatuhkan dirinya sendiri.
Quote kakikuDibibirmu 27-9-2023 12:56 PM
Ini musti senjata cuaca HAARP ummah suci yehudi yang cemburu dengan pencapaian ummah
Quote ninja boy 27-9-2023 02:26 PM
Film star war main perang2
Quote honam 27-9-2023 02:27 PM
haarp haprak
Quote honam 27-9-2023 02:28 PM
haarp tuihhh
Quote I.K.A888990 27-9-2023 03:33 PM
apa benda jela
Quote tri-max 27-9-2023 05:26 PM
gaya penceritaan tak menyampaikan maksud sebenar
wasted my 2 minutes
blerhhhh
Quote bakingsoda 27-9-2023 11:09 PM
kalau akak tu kena sambar petir masa merakam, dia pulak jd content orang
Quote green~tea 27-9-2023 11:20 PM
jejaka_hensem replied at 27-9-2023 12:54 PM
Babi dapat melihat ke atas dengan menjatuhkan dirinya sendiri.

Babi walau takde tengkuk.. tp mampu ye buat somersaults.. depan i dia buleh tungging tong sampah dgn gaya tu
Quote jejaka_hensem 28-9-2023 12:10 AM
green~tea replied at 27-9-2023 11:20 PM
Babi walau takde tengkuk.. tp mampu ye buat somersaults.. depan i dia buleh tungging tong sampah d ...

Hebat babi2 sekarang,selain menyondol,pandai buat somersaults juga
Tapi anak babi comel.
Cute je ikut belakang mak dorang cari makan.
Quote _kelly 28-9-2023 01:01 AM
ish zaman teknologi di hujung jari tapi masih ramai yang bodoh pekat ye
Quote boo03 17-11-2024 05:18 PM
Do you want me to?

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.046291 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top