Selepas Engku Emran bercerai dengan Noor Nabila, timbul pelbagai spekulasi dan kontroversi mengenai keruntuhan rumah tangganya yang ketiga ini. Di Instagram, Engku Emran ada memuat naik beberapa tangkap layar perbualan dengan dua orang individu yang sering menjadi penasihatnya apabila dilanda masalah menerusi Instagram Storiesnya.
Dia mengakui bahawa fitnah yang tersebar di media sosial mengenai perceraiannya yang ketiga ini sangat menguji kesabarannya. “Cuma itulah fitnah-fitnah yang bertebaran tentang perceraian kali ketiga ini betul-betul menguji kesabaran saya,” katanya. Malah, dia menyatakan dia mampu untuk mengendahkan perkara ini namun berasa kesal apabila keluarga dan anaknya terpaksa berdepan dengan fitnah sebegini. “Saya kesian pada ayah dan anak saya terpaksa mengadap cerita-cerita sampah macam ni. Saya sendiri boleh telan semua tapi kesian la keluarga dan sahabat-sahabat mereka pun mungkin terasa malu juga,” tulisnya. Tambahnya, dia meminta nasihat daripada dua individu itu agar tidak membuat apa-apa tindakan yang dapat merugikan diri sendiri. Menerusi perbualannya itu, rakan-rakannya itu saling menasihatinya untuk terus bersabar dengan ujian dan memintanya untuk sibukkan diri dengan beribadah.
|
prince_marhaen replied at 27-9-2023 09:58 AM
yihhhhh...lorattt yekk..manja nak mati yekk.. padahal kau yang spoiled... dapat kawin semua ratu, bi ...
zuriey replied at 27-9-2023 09:47 AM
Erkk perlu ke
Kak nab aman2 je g obersi bergesel dgn rocix
prince_marhaen replied at 27-9-2023 09:58 AM
yihhhhh...lorattt yekk..manja nak mati yekk.. padahal kau yang spoiled... dapat kawin semua ratu, bi ...
ADVERTISEMENT