CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu Daesh: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 10 Tahun Terhadap Bekas Penjual Cendol

26-9-2023 09:15 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1472| Komen: 4

Putrajaya: Mahkamah Persekutuan, hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang bekas penjual cendol terhadap sembilan kesalahan, antaranya memiliki dan mengedar barangan berkaitan pengganas Daesh serta memberi sokongan kepada kumpulan itu, enam tahun lalu.


Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan sebulat suara selepas menolak rayuan akhir Nahzatulazran A Rahman, 44, terhadap hukuman penjara itu.


"Kami mendapati hukuman yang diputuskan terhadap kamu oleh Mahkamah Rayuan tidak terlalu berat yang memerlukan mahkamah ini campur tangan. Oleh demikian, rayuan perayu (Nahzatulazran) ditolak dan hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan dikekalkan," kata Hakim Mohamad Zabidin yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abu Bakar Jais.

Pada 5 Februari 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun terhadap Nahzatulazran selepas didapati bersalah terhadap sembilan pertuduhan berkaitan Daesh.


Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 18 Julai 2022 mengurangkan hukuman penjara 16 tahun kepada 10 tahun.

Bagi tiga pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan Daesh, lelaki itu didakwa mempromosi kumpulan pengganas terbabit antaranya melalui pengedaran bendera, kain putih dan hijau muda dengan tulisan Jawi kepada tiga individu.

Ketiga-tiga kesalahan mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara seumur hidup atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan terbabit.

Bagi dua pertuduhan memiliki item berkaitan Daesh, Nahzatulazran didakwa memiliki sehelai bendera putih, dua papan berukir kalimah dalam bahasa Arab, dua bingkai gambar, gambar dan video berkaitan kumpulan pengganas itu mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda dan hendaklah juga dilucutkan hak ke atas barang terbabit.

Sementara itu, bagi empat pertuduhan mengedar item berkaitan Daesh, dia didakwa mengedar sehelai bendera hijau bertulisan hitam, empat helai bendera hitam dan dua helai kain putih serta hijau mengandungi tulisan Jawi kepada beberapa individu yang didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di beberapa lokasi antaranya sekitar kampung di Melaka Tengah dan di sebuah rumah di Kepong, di sini pada Januari hingga September 2017.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Tetralina Ahmed Fauzri memohon supaya rayuan ditolak dan hukuman penjara 10 tahun dikekalkan terhadap Nahzatulazran.

"Keterangan saksi pakar menunjukkan video berkaitan pemilikan item dan tahanan-tahanan daripada kumpulan Daesh, manakala keterangan saksi terlindung pula menyatakan bahawa perayu memintanya menyediakan RM500 bagi membolehkannya ke Filipina untuk menyertai kumpulan tersebut," katanya.

Peguam Usha Kulasegaran dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang mewakili perayu, berkata anak guamnya hanya merayu terhadap hukuman penjara dan mencadangkan supaya perayu dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun.

"Anak guam saya telah berada dalam penjara hampir enam tahun dan dia dijangka dibebaskan pada 10 Mei 2024, namun anak guam masih berhasrat meneruskan rayuan ini agar hukuman tersebut dikurangkan," kata peguam itu dan menambah bahawa perayu mempunyai dua anak berusia 13 dan 15 tahun.


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sambaldurian 26-9-2023 11:57 PM
Aiyo alang dijangka tahun dpn , tunggu jela.sbb merayu nk kurangkan knp. Bersyukurla dlm penjara kt Msia, buatnya jd g filipina tu ko jd perisai badan daesh je. Lagi haru. Duduk dlm penjara boleh belajar skil, dgn harapan jgn la ko keluar join benda mengarut lg. Hidup le dgn neutral dan biasa2.
Quote stingergrumpy 27-9-2023 12:40 AM
Bahan pengganasan yg bahaya  gets 10 yrs prison term....najib, duit org masukkheun dlm akaunnyer tanpa pengetahuannyer...gets 12 tahun...

Dimanakeww keadilan?

Kahkahkahkahkahkah
Quote limesherbet 26-9-2024 01:22 PM
Harap syed the raper kekal juga hukuman dia
Quote Naftalena 26-9-2024 01:26 PM
Sedapnya cendol.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.047720 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top