CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Abang Askar Menangis, Hampir Rebah Lihat Potret Arwah Ibu

26-9-2023 05:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4754| Komen: 19

PETALING JAYA – Pennguna media sosial sebak selepas melihat video tular memparkan tindakan sebuah keluarga menghadiahkan bingkai gambar memaparkan potret ibu mereka kepada seorang tentera yang tamat latihan perajurit muda.


Difahamkan hanya bapa serta adik-beradik sahaja yang dapat hadir pada majlis tamat latihan itu berikutan ibu mereka sudah meninggal dunia.

Tentera tersebut dilihat tidak mampu menahan kesedihannya sebaik sahaja membuka bungkusan berisi bingkai gambar tersebut sebelum ditenangkan oleh anggota keluarganya yang lain.



“Semua adik-beradik, ipar yang saksi video ini tak sangka semua menangis. Termasuk abah, seumur hidup 32 tahun tak pernah nampak abah menangis,” tulis kapsyen pada video tersebut.

Di ruangan komen, rata-rata pengguna turut meluahkan rasa sebak selain mengucapkan tahniah kerana berjaya menamatkan latihan.

“Kuat mana pun seorang lelaki, tapi kalau bab mak akan tewas juga,” kata Sulaiman.


Loading FB Post...

“Segagah dan sekuat mana pun bila pasal ibu kita akan lemah kerana dialah segalanya di dunia ini. Semoga tabah dan terus berjuang untuk ibu dan keluarga serta negara” kata Eddy.

“Kalau arwah mak dia ada pasti dia bangga,moga Hidayat teruskan semangat hingga pencen,alfatihah untuk arwah emak kamu,” kata Ijat. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slavehunter 26-9-2023 07:23 PM
Tahniah. Be a good and proud boy to your arwah mak.
Quote mawardia 26-9-2023 08:16 PM
Alamak. Sedih lak. Arwah mak dia meninggal masa dia tgh training ke? Cantik arwah mak dia.
Elok2 la Dayat. Hg jadi la manusia berguna.
Jgn belasah org.
Jgn pau org.
Buat la kerja dgn telus.
Biar la mati dalam kejujuran drpd mati dalam penghinaan.
Semoga mendapat kejayaan dunia dan akhirat.
Quote naina 26-9-2023 08:34 PM
Tak patut sebenarnya bagi frame gambar mak yang mana buat lagi sedih dan hiba je. Nasib tak pitam kesedihan. Benda dah lepas Dahla..yang hidup kena teruskan. Takyah dikenang2 cmtu..hari bahagia dia patut semua happy2 je. Aku tak setuju cara cmni.
Quote CiliPadiSedap 26-9-2023 10:40 PM
Kalau kaka silap2 pengsan

Memang urusan family xboleh ye keluar dari kem? Curious.
Quote eyansss 27-9-2023 09:17 AM
CiliPadiSedap: Kalau kaka silap2 pengsanMemang urusan family xboleh ye keluar dari kem? Curious.


kalau kematian boleh…  rasanya maybe dia tak sempat jumpa arwah mak dia sebelum mak dia meninggal…
Quote Decaffeinated 27-9-2023 11:39 AM
Satu ja nak cakap. Bingai!
Quote UMMI_MAI 27-9-2023 11:54 AM

setuju sangat2 . saje nak suh budak tu sedih dah kenapa ? pastu ambik video upload social media ...Apa motif ????? . Kuarga dia je sedih sebab kematian ? org lain x sedih ??? apa la pangai tak matang2 semua benda nak upload seantero dunia tengok adik dia nangis ...

Quote kakikuDibibirmu 27-9-2023 11:58 AM
[youtube]hSjIz8oQuko[/youtube]
Quote sangbara2020 27-9-2023 02:37 PM
bnde cmni nak naikkan rating je ni...
bodowww
Quote mejaputih 27-9-2023 03:35 PM
kesian adik dia sepatutnya dah tamat pengajian bagi la kegembiraan pada adik utk raikan kejayaan dia...ni bagi potret maka sedih la dia...saje je nk bagi adik sedih tu kenapa?
Quote prettyuglybabe 27-9-2023 03:42 PM
demi content..
semoga jadi askar yang berguna..
jangan ikut perangai miang mat terap..
go malbat.. tiber
Quote ladybugz 27-9-2023 06:44 PM
why are you recording this n uploading this? this is supposed to be a private moment. nowadays, people just dont know how to be private.
Quote eLiaD 27-9-2023 07:27 PM
yup it's harder than people think n many don’t seem to understands its heartbreaking and traumatizing




RiP
Quote isseliparjepun 27-9-2023 07:30 PM
Decaffeinated replied at 27-9-2023 11:39 AM
Satu ja nak cakap. Bingai!

Setuju.

Amende la.
Quote MarryPottet 27-9-2023 11:10 PM
Turut bersimpati
Nak nanges & rakam itu hak mereka
Tapi tak perlulah share di socmed for all to see
Now dah viral, intel negara lain terutama China dah tahu antara kelemahan tentera kita ialah bila ditunjuk gambar arwah ibu mereka
This might sound stupid to some but believe me, ada tentera disesetengah negara dilarang keras dari tayang kesedihan di socmed kerena itu menandakan kelemahan
Quote boo03 17-11-2024 05:17 PM
Do you want me to?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.046781 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top