Seorang pelajar dibelasah teruk oleh empat orang gurunya gara-gara melihat ke luar tingkap semasa waktu kelas. India Today melaporkan, kejadian yang berlaku di Delhi, India itu menyaksikan mangsa merupakan pelajar berusia 16 tahun mendakwa telah dipukul di sekolahnya.
Ibu remaja itu mendakwa, anaknya telah memohon maaf sambil menangis namun tidak diendahkan malah dihalau keluar dari kelas. Dia kemudian dibawa ke bilik berasingan dan dibelasah sekali lagi oleh tiga orang guru lain serta diugut jika mengadu tentang insiden tersebut. Selepas remaja itu pulang ke rumah, dia mendedahkan perkara sebenar kepada ahli keluarganya dan enggan ke sekolah kerana takut. Susulan itu, kejadian tersebut telah dilaporkan kepada pengetua sekolah terbabit manakala empat guru yang terlibat telah disiasat oleh pihak polis.-CARI
|
ADVERTISEMENT