CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guna Peruntukan KPM RM70,000, Tandas Di Sekolah Cantik Macam Hotel

26-9-2023 04:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9323| Komen: 87

PETALING JAYA – Tandas di Sekolah Kebangsaan (SK) Air Hitam Labu, meraih perhatian ramai kerana sangat cantik seperti di hotel.

Menerusi perkongsian Tuan Fairuz Tuan Ismail di Facebook, transformasi tersebut dibuat menggunakan peruntukan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) sebanyak RM70,000.



Foto: FB

“Wajah tandas sebuah sekolah di Ipoh yang menggunakan peruntukan RM70,000 oleh KPM. Tahniah pihak kerajaan dan kontraktor, tulisnya.

Menerusi hantaran sama, dia turut berkongsi gambar-gambar terkini keadaan tandas tersebut, sekali gus menerima pelbagai respons.

“Terbaik KPM,” komen Dinata Kirana.

“Alhamdulillah, jaga kebersihan tandas elok-elok ya anak-anak semua,” kata seorang lagi pengguna.

Malah ada juga yang merancang untuk menghantar anak ke sekolah swasta, membatalkan hasrat itu kerana mengutamakan kebersihan tandas.


“Bagusnya. Kalau macam ini, bolehlah pertimbangkan hantar anak ke sekolah kerajaan. Saya baru cadang hantar anak ke sekolah swasta, antara sebabnya adalah kemudahan tandas,” kata Muhammad Hazman.

Julai lalu media melaporkan, KPM mengagihkan peruntukan RM70,000 kepada setiap sekolah di seluruh negara.

KPM dalam masa sama, memberi tempoh tiga bulan kepada setiap sekolah untuk menyelesaikan kerja-kerja penyelenggaraan tandas untuk keselesaan setiap pelajar. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 26-9-2023 04:42 PM
Bapa Jamban Negara tersenyum sinis
Quote menjad 26-9-2023 04:45 PM
Tak der maknanya. Ada jer yang asal buat.
Quote Thunderclouds 26-9-2023 05:22 PM
Sat je tu.
Purcaya lah.
Ramai yg tader sivik.
Habit suka memunah.
Quote Skuau 26-9-2023 05:26 PM
Boleh la mula berlajar kat tandas...isnin depan....#BnykSgtDuit
Quote MissYouSayang 26-9-2023 06:00 PM
Murid sekolah ada beribu tapi jamban ada 2 jer ke
Jamban gitu dah 70k?
Quote dua_chzy 26-9-2023 06:03 PM
MissYouSayang replied at 26-9-2023 10:00 AM
Murid sekolah ada beribu tapi jamban ada 2 jer ke  
Jamban gitu dah 70k?

Ok lagi ni 70k.

Tempat aku ada 1 sekolah buat jamban gini dengan interior design jauh lagik hauk, kos 300k. Hahaha.

Meka panggil jamban kayangan. Ni masa wak sembab jadik muntri KPM.

Quote _blackbird 26-9-2023 06:11 PM
tgk sekolah kot. sek aku dulu jamban sentiasa bersih dan kering. ada cleaner lagi cuci jamban. tapi sek aku pon tak ramai student 800 org je pong dan 99.99% melayu. yg buat tandas kotor busuk ni sebab pas kencing tak reti nak flush pastu suka spray air merata
Quote insulin 26-9-2023 06:22 PM
Tak pernah masuk hotel ke? Ni level tandas RNR. Tandas hotel ada hand dryer, ada pewangi essential oil dll.
Quote Suchi 26-9-2023 06:26 PM
Edited by Suchi at 26-9-2023 06:27 PM

Kenapa masih ada nak perlekehkan pasal tandas ni ye?
Maybe anak memasing sek swasta so taktau kot betapa pentingnya tandas yg berfungsi dgn baik ni.
Haritu baca status fb kawan iols dia ni influencer juga laa
Anak dia darjah 1 setiap hari nangis takmo g sekolah salah satu alasan sbb tandas tak ok.
Tak larat nk tahan kencing setiap hari.
Bila baca komen2 ramai je mak2 komen hal yg sama anak memasing tahan kencing kat skolah.

Menda ni bkn masalah baru tp dah lamaaaaaaa sgt sejak zaman iols sekolah rendah lagi dan mungkin lebih lama drpd itu.

Alasan sekolah tak cukup peruntukkan utk baiki tandas dan lagi satu mentaliti anak2 laa
Tandas tak ok pun sbb dorang juga gagal nak jaga dgn baik so ajarlah anak2 sejak kecik cara menjaga kemudahan awam dgn betul, flush setiap kali guna.
Jgn buang tisu/sampah/pad dlm mangkuk tandas tu.

Quote Suchi 26-9-2023 06:30 PM
_blackbird replied at 26-9-2023 06:11 PM
tgk sekolah kot. sek aku dulu jamban sentiasa bersih dan kering. ada cleaner lagi cuci jamban. tapi  ...

Sekolah di bandar skrg murid tersangat ramai.
Ada sekolah murid sampai 3 ribu lebih.
Melimpah ruah, sampai tak muat bila perhimpunan tu kena sambung beratur kat belakang bagai.

Quote _blackbird 26-9-2023 06:43 PM
Suchi replied at 26-9-2023 06:30 PM
Sekolah di bandar skrg murid tersangat ramai.
Ada sekolah murid sampai 3 ribu lebih.
Melimpah ruah ...

sek aku kat bandar ler.. tapi student tak ramai. sek aku yg 1st baik sek ren / men toilet mmg kotor student ramai sampai ribu2, 2 sesi, yg second sek aku toilet bersih baik sek ren / men, second sek tu 1 sesi je. sek ren less dari 500 sek men dlm 800 org. budak cina masa zaman aku sek lepas kencing tak reti nak flush, mmg hancing pastu asik tersumbat je sapa ntah yg bodoh pi buang pad dlm lubang jamban (ni masa sek first).
Quote shamsadis 26-9-2023 07:00 PM
daripada gambar tu aku masih tidak berpuas hati. sebab, saliran air di lantai kurang, kalau tengok tandas dekat RnR, walaupun saliran air di lantai ada, tapi masih basah, ini yang saliran air kurang dari lantai, ermmm
Quote lostnfaun 26-9-2023 07:12 PM
Teringin nak tengok sekolah lain yang sama macam nie berapa kos dia. Jangan just simen, cat balik & tukar pintu jer. Nampak sangat kontraktor mark up lebih.
Quote tungkai 26-9-2023 07:24 PM
2 jamban aje ke? Kalau full house, tercirit la ko kat luar tu
Quote sharlenetexas 26-9-2023 07:26 PM
Jaga kebersihan ye adik2.

Quote CiliPadiSedap 26-9-2023 07:28 PM
dua_chzy replied at 26-9-2023 06:03 PM
Ok lagi ni 70k.

Tempat aku ada 1 sekolah buat jamban gini dengan interior design jauh lagik hauk, ...

300k patut sangkutlah kes cmtu. banyak sangat sakau.

let say tandas rosak or ada vandalism. sekolah korek duit daripada mana? pibg or duit petty cash? curious..
Quote CiliPadiSedap 26-9-2023 07:29 PM
Suchi replied at 26-9-2023 06:26 PM
Kenapa masih ada nak perlekehkan pasal tandas ni ye?
Maybe anak memasing sek swasta so taktau kot be ...

kt sekolah ada macam2 background macam2 family education. jd xpelik kalau ada vandalism buang air merata . berak xpam.  sampai sekarang tiada siapa dapat tackle isu ni, harapkan makcik cleaner jelah
Quote Budakmomok 26-9-2023 07:45 PM
Setiap level macam ni ke toiletnya?
Quote opie5662 26-9-2023 07:47 PM
lostnfaun: Teringin nak tengok sekolah la ...


Harga semua sama setiap sekolah. Ini bkn sebutharga nk markup2. Ada yg untung lebih sbb dpt tandas yg x teruk. Ada yg untung sket sbb tandas teruk. Tp mana2 yg tak byk repair tandas tu, selalu kontraktor akan tambah sket keje2 lain yg sekolah rasa perlu. Ada jgk kontraktor yg buat amal jariah repair benda lain sikit2. Dan ada jgk yg buat ala kadar. Tp nnt naik la rekod kontraktor buat ala kadar tu

Sbb job ni job undi.  Ikut nasib je sapa yg dpt.

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.160552 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top