PETALING JAYA – Seorang lelaki berkongsi pengalaman ‘menggelikan’ adiknya yang menemui beberapa ekor anak tikus di dalam penapis pendingin hawa (air conditioner filter) kereta milik pelanggannya.
Aizat Fadzli menerusi ciapannya di Twitter berkata, kehadiran anak-anak tikus berkenaan hanya disedari apabila pelanggan di tempat adiknya bekerja itu mengadu keretanya berbau bangkai. “Adik aku cakap pelanggan nak tukar sport rim ni ‘complain’ (merungut) kereta dia bau bangkai. Adik aku buka ‘aircond filter’ dia, sekali jumpa ni,” ciapnya. Aizat turut berkongsi beberapa keping gambar bersama ciapan tersebut, sekali gus mendapat pelbagai reaksi orang ramai. “Saya boleh ‘bau’ gambar ni sebab pernah kena, perit sangat bau dia. Berhari-hari tak jumpa punca, lagi buka pendingin hawa, lagi busuk!,” kongsi Zariqa Dang Suri. “Baca komen baru tau apa, aku ingat jari manusia,” komen Ayu.
“Aku ingat janin manusia rupanya bangkai tikus,” kata seorang lagi pengguna. – CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT