CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Simbah Air Panas, Berang Anak Habiskan Data Internet

26-9-2023 04:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6862| Komen: 36

MELAKA – Seorang ibu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyimbah air panas terhadap anak kandungnya berusia 13 tahun gara-gara berang mangsa menghabiskan data internet telefon bimbitnya, tahun lalu.


Tertuduh yang berusia 37 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas anak lelakinya berusia 13 tahun dengan cara menyimbah air panas ke arah mangsa.


Foto: Kosmo

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 2.56 pagi di sebuah rumah di Sungai Udang pada 27 Jun 2022.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan hendaklah dikenakan denda atau dengan sebat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun yang sama.


Difahamkan, tertuduh bertindak demikian selepas berang mangsa yang merupakan anak kedua daripada empat beradik telah menghabiskan data internet di telefon bimbitnya.

Tertuduh sebelum ini juga didakwa sering memukul anaknya, namun perkara itu tidak dilaporkan dan hanya terbongkar selepas rakan remaja itu menyedari kotoran seperti kesan luka pada baju sekolah dipakai mangsa.

Rakan mangsa kemudian memaklumkan kejadian itu kepada ibunya sebelum kes dilaporkan kepada pihak polis.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Nazrin Ali Rahim memohon agar jaminan tidak dibenarkan dengan mengambil kira faktor tertuduh dan mangsa tinggal di rumah yang sama.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun tidak membuat sebarang rayuan bagi jaminan.

Mahkamah kemudian bersetuju dengan pihak pendakwaan dan menetapkan tarikh 26 Oktober depan sebagai sebutan semula kes. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 26-9-2023 04:35 PM
Lahabau betul, program berjalan dengan lancau, ulau berlingkau di atas pagau, Hawau you? I am fine, thank you, nice tumit you
Quote KamikuP 26-9-2023 04:36 PM
Mak ni bergurau kasar ni kan ke org Melaka gurau2 kasar.. ekekeek huhuuh
Quote kakikuDibibirmu 26-9-2023 04:37 PM
Budu dengan cencalok tak habis-habis nak menyusahkan orang!
Quote pooh~key 26-9-2023 04:37 PM
Tak boleh ke tajuk tu tulis je berang data internet dihabiskan anak dekkkk?
Quote kepompong 26-9-2023 04:42 PM
kesian keluarga ni. Mak tak bersabar dgn anak.. anak pulak mencabar minda.. kalau ada problem lain mmg yg jadi mangsa anak2 ... ada 4 anak lain pulak. Rosak masa depan semua orang
Quote Antifake 26-9-2023 05:55 PM
Apa yang mangkak nya.  Beli la prepaid unlimited broadband. Umobile ada yoodoo ada.
Quote sambaldurian 26-9-2023 05:57 PM
Labuhnya tudung. Yg ni penjara bg ke, mmg dia pki gitu.x seiring tahap kesabaran dia dgn kelabuhan tudung. Ke proses penyucian, yela klu laki dan2 pki kopiah ( sabit kes merogol - refer kes2 dahulu)
Quote B40tastePosh 26-9-2023 06:02 PM
Edited by B40tastePosh at 26-9-2023 06:04 PM

Bodoh nye...pakai la unlimited data.

Pekerja Indon aku lagi mampu pakai unlimited data.

Pendapatan Melayu lagi teruk dari foreign workers sebab tu tak mampu pakai unlimited data kann.
Quote B40tastePosh 26-9-2023 06:05 PM
sambaldurian replied at 26-9-2023 05:57 PM
Labuhnya tudung. Yg ni penjara bg ke, mmg dia pki gitu.x seiring tahap kesabaran dia dgn kelabuhan t ...

Sepatutnya semua pesalah perlu dipakaikan pakaian khas.

Quote che-cikL 26-9-2023 06:10 PM
Mujur ada kawan & parent yg prihatin.
Quote gigahertz 26-9-2023 10:15 PM
kakikuDibibirmu replied at 26-9-2023 08:35 AM
Lahabau betul, program berjalan dengan lancau, ulau berlingkau di atas pagau, Hawau you? I am fine,  ...

cuba sebut perkataan ini
ular melingkar di pagar pak umar
ular melingkar di pagar pak umar
ular melingkar di pagar pak umar
ular melingkar di pacar mama
Quote darkness 26-9-2023 10:46 PM
Apasal kena ada jurubahasa? Atau mmg bahasa dalam mahkamah ada term yg kita tak faham?
Quote cmf_almondpecan 26-9-2023 11:02 PM
darkness replied at 26-9-2023 10:46 PM
Apasal kena ada jurubahasa? Atau mmg bahasa dalam mahkamah ada term yg kita tak faham?

Jurubahasa tu antara tugas dia yang lazim dalam mahkamah tu ialah membacakan pertuduhan selain menterjemah.
Quote Jitu 26-9-2023 11:04 PM
teruk mak dia
Quote darkness 26-9-2023 11:12 PM
cmf_almondpecan replied at 26-9-2023 11:02 PM
Jurubahasa tu antara tugas dia yang lazim dalam mahkamah tu ialah membacakan pertuduhan selain men ...

Ohhh ok baik. Pernah masuk mahkamah syariah je sb tu tak tahu sangat
Quote darkness 26-9-2023 11:13 PM
Pasal internwt pun main simbah2 air panas. Buduh betul juga mama budak ni
Quote gideoncross 27-9-2023 01:30 PM
darkness replied at 26-9-2023 11:13 PM
Pasal internwt pun main simbah2 air panas. Buduh betul juga mama budak ni

Klau andainya anak dia jenis nakal skli pun, ni dh smpai mnyimbah air pnas (mungkin stress psl hal lain ke apa, lgi2 ada 3 anak lain) mmg dh kritikal.
Quote gideoncross 27-9-2023 01:31 PM

Dh hilang sabar kot.
Quote darkness 27-9-2023 01:48 PM
gideoncross replied at 27-9-2023 01:30 PM
Klau andainya anak dia jenis nakal skli pun, ni dh smpai mnyimbah air pnas (mungkin stress psl hal ...

Mungkin jugaklah...stress benda lain dr awal kan

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.061351 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top