Penyanyi, Dalia Farhana, 25, mengakui tidak kisah andai masih wujud cakap-cakap belakang yang mengaitkan dirinya dengan bekas kekasih yang kini merupakan suami penyanyi popular, Shila Amzah, Ubai.
Jelas Dalia atau nama sebenarnya Tengku Farhana Dalia Tengku Bahar Iskandar, ini kerana dia tidak mempunyai kuasa untuk menutup mulut orang yang seakan tidak pernah lelah menabur fitnah kepadanya. “Kalau ditanya penat ke tidak, ada satu masa itu penatlah juga bila asyik dikaitkan. Tetapi lepas fasa penat itu, saya jadi macam sudah tak rasa apa. Saya perasan, kalau kita cakap apa pun pada umum, jika orang lain nak terjemahkan dengan cara mereka, tetap jua mereka buat begitu. “Jujurnya, sekarang ini, saya okey. Maksudnya, okey jika orang nak cakap apa pun, saya tak rimas. Bukan tak penat, tetapi saya pun siapa nak paksa-paksa orang berhenti bercakap?”katanya. Dalia berkata demikian semasa ditemui pada sidang media Pelancaran Lagu Akhir Cerita Aziz Harun dan Dalia Farhana di ibu negara, baru-baru ini.
Jelas Dalia lagi, dia tidak menolak kemungkinan netizen yang sering mengaitkan dirinya dengan Ubai adalah golongan yang sebenarnya belum ‘move on’ dengan kisah lama mereka.
|
kakakgarang replied at 26-9-2023 03:32 PM
ayam penyek ke ni? hahahahahahaahaha senduk yaammmmattt
Joysparta replied at 26-9-2023 04:16 PM
Jujur yakmat kaka...hahahaha
kakakgarang replied at 26-9-2023 03:32 PM
ayam penyek ke ni? hahahahahahaahaha senduk yaammmmattt
laksmanabentan replied at 26-9-2023 04:31 PM
siapa yang tanya??? uweeekkk...
saja jer kan petik nama ubai bila relevan dalam industri kann...
kakakgarang replied at 26-9-2023 03:32 PM
ayam penyek ke ni? hahahahahahaahaha senduk yaammmmattt
ADVERTISEMENT