CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Krisis Bekalan Makanan, Penduduk Flores Diminta Tak Makan Nasi Tiap Jumaat

26-9-2023 02:27 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5870| Komen: 62

Flores Timur: Pihak berkuasa Flores Timur, Nusa Tenggara Timur meminta penduduk supaya tidak makan nasi setiap hari Jumaat.

Langkah itu diambil bagi mengatasi krisis bekalan makanan akibat ancaman kemarau yang berpanjangan.



Pemangku Ketua Daerah Flores Timur, Doris Alexander Rihi berkata, perkara itu dimaklumkan kepada umum menerusi satu surat edaran mengenai langkah tersebut yang dinamakan ‘Nona Sari Setia’.

Katanya, surat tersebut diedarkan kepada semua ketua daerah, ketua kampung dan pihak berkaitan di seluruh Flores Timur.

“Setiap hari Jumaat, penduduk di Flores Timur digalakkan untuk tidak makan nasi dan mencari makanan alternatif yang boleh mengenyangkan.

“Kita mempunyai pelbagai sumber lain yang boleh menggantikan nasi, yang juga berkhasiat dan enak.

“Pihak berkuasa tempatan juga akan berusaha memastikan langkah ini dapat diteruskan, sekali gus memastikan bekalan makanan kita sentiasa mencukupi, biarpun sewaktu diancam bencana alam,” katanya.


Doris memaklumkan, langkah tersebut secara tidak langsung boleh memberi peluang kepada masyarakat untuk menyediakan bekalan alternatif sumber karbohidrat yang lain.

Ujarnya, langkah itu boleh menggerakkan sektor ekonomi masyarakat setempat.


Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 26-9-2023 02:29 PM
Tazzangka kena ada hari puasa nasik!
Quote Skuau 26-9-2023 02:30 PM
Saiya ulang yer..tuan2,puan2..negara lain siap ada hari TAK MAKAN NASI..negara kita..siap BAGI Pendatang Haram makan sama2"-Saiya Ulang La
Quote dua_chzy 26-9-2023 03:01 PM
Jom terai! Posa nasi sunat chuols!
Quote salimrock 26-9-2023 03:18 PM
walopn nampak cam tak munasabah, tp at least ada juga buah fikiran dr menteri dia

ye aku pernah juga berborak dgn teman2 mcm mana ek dulu zaman hang tuah,zaman datuk maharajalela,  beras di tuai 1 kali setahun, pastu misal kata la dpt 150kg utk family, kira 150kg tu la bekalan diroang utk setahun

kalo ada lebih 300kg, mgkn 150kg tu boleh di jual atau di berter kan dgn ayam atau kambing

jd mgkn zaman dulu2 akhir2 tahun sebelum beras abis mesti kena catu makanan kan?

mgkn makan ubi kayu ke,kacang2 ke, spt dal, kacang tanah..

sebab tu orang2 tua dulu tak bagi membazir nasi, sebab zaman tu teknologi pertanian hanya dpt menghasil kan padi sekali setahun..


kemudian bila smpai zaman teknologi beras 10 kg rm25 -RM30 , orang anggap beras ni murah sgt...

biasa kita dgr kalo tak abis nasi, takpe, ratah ayam, udang, sotong tu.. ( ok la ada la logic juga)

oh ye, pernah juga dgr dlm sejarah, tempat simpan beras kadang2 jd sasarn pencuri , kadang 2 musnah terbakar, atau musnah akibat bencana spt banjir...

syukur la kita hidup zaman moden...


aku harap lepas ni kita semua bersyukur dan ber jimat lah, walopn beras murah bg kita, tp jgn la membazir..

bukan lah aku setuju beras naik harga, tp cuma fikir kan nikmat yg kita dpt pada zaman moden ni,

mudahan2-an Tuhan Murah kan rezeki kita dan anak2 kita dan generasi akan dtg..

semoga dunia kita akan jadi lebih baik..dan semoga negara kita dan seluruh dunia, selamat dr krisis makanan
Quote salimrock 26-9-2023 03:20 PM
zaman dulu sebelum kedatangan islam, aku rasa orang tanah melayu, orang borneo pn ada hasilkan tuak dr beras,


kita tak tahu, tp mungkin juga la waktu tu, kalo pengeluaran terlalu byk diorang kena la buat sesuatu utk mempelbagai kan produk beras,
Quote Jitu 26-9-2023 03:32 PM
aku tak kisah pun tak mkn nasi janji ada ganti sumber karbohidrat lain
ada org tak blh kena jugak mkn nasi
Quote shamsadis 26-9-2023 03:57 PM
sementara itu di tanah air...beras subsidi dijual kepada warga asing
Quote namr 26-9-2023 04:02 PM
shamsadis replied at 26-9-2023 03:57 PM
sementara itu di tanah air...beras subsidi dijual kepada warga asing

tu la, baru2 ni naik public transport ada nampak bangla ke nepal ntah bawak 2 plastik besar gabak penuh dgn minyak subsidi..plastik besar tu transparent so nampak lerr minyak2 tu..ceh!
Quote Skuau 26-9-2023 04:09 PM
shamsadis replied at 26-9-2023 03:57 PM
sementara itu di tanah air...beras subsidi dijual kepada warga asing

satgi ada la depa tu mai..naik tongkang cam indon semua tu...
Quote cmf_PariS 26-9-2023 04:11 PM
makan pasta sedap uols
Quote Buritan 26-9-2023 04:15 PM
salimrock replied at 26-9-2023 03:18 PM
walopn nampak cam tak munasabah, tp at least ada juga buah fikiran dr menteri dia

ye aku pernah jug ...

Setuju ckp hang.. bebudak zmn laa ni mcm tak bersyukor.. anak sku klaas dia buat jamuan.. cmpk cmpk kek.. aku ckp siang siang pd anak .tgk makanan adik . Depa cmpk mknan kita adik terus amik simpan... mama beli pakai duit..
Quote CiliPadiSedap 26-9-2023 04:29 PM
kakikuDibibirmu replied at 26-9-2023 02:29 PM
Tazzangka kena ada hari puasa nasik!

dah mula dah sis. dah mula dah. memang harga barang akan meroket. kaka nak tukar duit dalam gold usd japanese yen.. nak keluarkan sebahagian dari bank i know what you did last raya
Quote CiliPadiSedap 26-9-2023 04:31 PM
Jitu replied at 26-9-2023 03:32 PM
aku tak kisah pun tak mkn nasi janji ada ganti sumber karbohidrat lain
ada org tak blh kena jugak m ...

kaka kena kasi sebab bg kaka dia xsama dgn coklat. coklat makan gula spike cepat tenaga cepat habis. nasi ni bg kaka slow energy makan jam 12 jam 5 petang masih boleh fokus.

tak tahu nak ganti dengan apa. dalam akuarium rumah jiran kaka ada labi2. mungkin boleh jd sumber protien atau carbohydrate
Quote CiliPadiSedap 26-9-2023 04:32 PM
Buritan replied at 26-9-2023 04:15 PM
Setuju ckp hang.. bebudak zmn laa ni mcm tak bersyukor.. anak sku klaas dia buat jamuan.. cmpk cmp ...

nikmat hilang selera makan ni akan hilang bila jatuh sakit.. betullah hadis nabi punca penyakit bermula perut.


even pakar jantung kaka cakap nasi kurangkan ada gula, roti semua elakkan makan roti yang coklat tu apa kenama nya, diet intermitten atau puasa pun bagus
Quote CiliPadiSedap 26-9-2023 04:36 PM
salimrock replied at 26-9-2023 03:18 PM
walopn nampak cam tak munasabah, tp at least ada juga buah fikiran dr menteri dia

ye aku pernah jug ...

setuju masa bazar ramadhan pun banyak makanan membazir. anggaplah ni sebagai ujian n didikan nak ikat perut n jaga kesihatan kita
Quote CiliPadiSedap 26-9-2023 04:37 PM
dua_chzy replied at 26-9-2023 03:01 PM
Jom terai! Posa nasi sunat chuols!

kalau seminggu xmakan nasi xtumbang, gula xspike let me know sis. sebab kadang2 orang xmakan nasi dia craving benda manis.
Quote CiliPadiSedap 26-9-2023 04:38 PM
namr replied at 26-9-2023 04:02 PM
tu la, baru2 ni naik public transport ada nampak bangla ke nepal ntah bawak 2 plastik besar gabak  ...

bangla2 ni dia org dpt info dulu sbb kawan dia orang lepas transit kerja malaysia pg europe. bila dpt info dia org borong lah barang yang rugi bekalan harian. while in our country menteri nasihat jgn panik jangan risau. hahaha. pelawok pelawok



Quote CiliPadiSedap 26-9-2023 04:39 PM
Buritan replied at 26-9-2023 04:15 PM
Setuju ckp hang.. bebudak zmn laa ni mcm tak bersyukor.. anak sku klaas dia buat jamuan.. cmpk cmp ...

rasanya pengaruh utuber yang mengarut pergaulan bebas .. barang nak branded iphone, makan nak tempat gempak..budak sekarang senang di brainwash. fikir cari duit senang.
Quote kakikuDibibirmu 26-9-2023 04:41 PM
CiliPadiSedap replied at 26-9-2023 04:32 PM
nikmat hilang selera makan ni akan hilang bila jatuh sakit.. betullah hadis nabi punca penyakit be ...

Daripada puasa intermittent,  lebih baik akak puasa Nabi Daud A.S.

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.130525 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top