|
Lahir dalam keluarga seni membolehkan Sara Ali Khan yang juga anak kepada aktor tersohor, Saif Ali Khan dengan mudahnya memasuki dunia hiburan. Namun katanya, seperti mana bakat baharu lain dia juga perlu bekerja keras mengukuhkan nama dalam tempoh lima tahun pertama bergelar pelakon.
Pada masa sama, aktres berusia 28 tahun itu turut menzahirkan rasa bimbang apabila adiknya, Ibrahim Ali Khan kini berjinak-jinak dalam arena lakonan. Bakal tampil dalam filem berjudul Sarzameen bergandingan dengan Kajol, Sara banyak menurunkan ilmu lakonan serta tip bersosial kepada adiknya itu. Menurut anak sulung hasil perkahwinan Saif dengan aktres Amrita Singh itu, sebagai kakak dia hanya mahu melindungi adiknya yang baru berusia 22 tahun. “Nasihat yang akan saya berikan kepadanya adalah apa yang disampaikan orang tua kepada saya iaitu ikut kata hati kami,” katanya.
Sumber: Kosmo! Online |

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.037631 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.