CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Tidak Ke Festival Filem, Katrina Kaif Nafi Hamil

26-9-2023 11:25 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 917| Komen: 0

Description: Gara-gara tidak muncul dalam Festival Filem Jio Mumi Mumbai ke-17, ada pihak menyangka aktres Katrina Kaif kini sedang hamil anak sulung hasil perkahwinannya dengan aktor Vicky Kaushal.Katrina bagaima ...
Gara-gara tidak muncul dalam Festival Filem Jio Mumi Mumbai ke-17, ada pihak menyangka aktres Katrina Kaif kini sedang hamil anak sulung hasil perkahwinannya dengan aktor Vicky Kaushal.

Katrina bagaimanapun bertegas, ketiadaannya pada acara besar tersebut tiada kaitan denngan kehamilan sebaliknya, dia sebenarnya berada di luar kawasan.



Akui pelakon berusia 40 tahun itu, beberapa bulan kebelakangan ini dia kerap ke luar negara atas urusan kerja.

Terdahulu, spekulasi bintang filem Boom itu hamil hangat diperkatakan selepas dilihat kerap menggayakan pakaian longgar seakan-akan mahu menyembunyikan sesuatu.

Malah, dalam satu acara yang turut membabitkan penyertaan orang ramai, beberapa keluarga terdekat dilihat seperti melindunginya daripada dihimpit khalayak.

Katrina yang 20 tahun bergelar anak seni berkahwin dengan Vishal dua tahun lalu.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.040662 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top