CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Minta Bayaran Urus Mayat Bukan Islam

26-9-2023 12:10 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1468| Komen: 6

Seremban: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan empat kakitangan perubatan hospital awam petang semalam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM11,000.


Mereka disyaki menerima rasuah antara RM100 hingga RM600 sebagai balasan menawarkan kerja pengurusan mayat bukan Islam di sebuah hospital di negeri ini.


Sumber memberitahu, tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 30-an hingga 50-an dipercayai ditahan antara jam 4 petang hingga 7 malam semalam di pejabat SPRM Negeri Sembilan ketika hadir memberi keterangan.

Mereka yang bertugas di hospital sama dipercayai menerima rasuah membabitkan 42 transaksi bank daripada dua syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengurusan mayat antara 2022 hingga tahun ini.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.



Sumber: BH Online






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tungkai 26-9-2023 12:22 PM
Sorry...aku ting tong sikit baca transaction dia. Uruskan mayat free ke selama ni? Ada rate tertentu utk uruskan sampai kena mark up gila2?
Quote otai_g 26-9-2023 12:41 PM
Ini Kes bilis. Mcm ni la. Ko nak beli insurans, aku rekmen member aku as agent. Ko setuju nak ambik insurans dgn member aku tu. So member aku tu bg la aku skit upah as komisyen.
Quote lanacondor 26-9-2023 07:44 PM
Ambilah insuran semasa hidup
Quote Skuau 26-9-2023 08:37 PM
'urus mayat' acaner ni(mandikan dll)??? Memang spital ada perkhidmatan urus mayat secara percuma atau berbayar ke???
Quote gigahertz 26-9-2023 10:10 PM
tungkai replied at 26-9-2023 04:22 AM
Sorry...aku ting tong sikit baca transaction dia. Uruskan mayat free ke selama ni? Ada rate tertentu ...

ini kes agent dah tunggu depan pintu la ni.i dengar dengar muslim pun dah join sama .
asal mati je ramai agent berdiri depan pintu mayat
berebut nak uruskan mayat

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.038301 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top