CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berumah Dalam Kereta Dek Hutang RM1 Juta

26-9-2023 11:20 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 310| Komen: 6

Setapak: Seorang lelaki yang juga bakat baharu industri seni muzik tanah air, Ariff Luqman Peter Lisut kini menjalani kehidupan dengan tinggal di dalam Proton Wira kerana tidak mahu terbeban memnyewa bilik.


Kehidupannya berubah selepas tersilap percaturan apabila terpedaya dengan pelaburan mata wang digital yang mengheretnya menanggung hutang lebih RM1 juta, dua tahun lalu.


Katanya, sebelum ini dia mempunyai perniagaan yang berjaya, kediaman selesa selain memandu kereta import namun sekelip mata hilang.

Dia terpaksa menjual perniagaan penternakan lembu, dua rumah, tiga kereta termasuk kereta import dan sebuah van untuk membayar semula wang mangsa.

Pemuda yang lebih mesra disapa sebagai Ariff Peter itu kini melakukan pelbagai kerja seperti khidmat pembersihan dan sanitasi premis dan rumah selain menulis lirik.

Niatnya mahu membantu orang ramai, namun dia tidak menyangka semua individu bersamanya dalam pelaburan itu menghilangkan diri dengan mangsa meminta semula wang masing-masing selepas berasa tertipu.


"Saya mahu teruskan kehidupan dengan selesa dan selamat, jadi saya ambil tanggungjawab bayar wang mangsa dengan jual semua aset saya, cuma yang tinggal hanya Proton Wira ini saja yang digunakan untuk bekerja dan tidur.

"Walaupun jual semua aset, ia tidak cukup bayar hutang, malah saya melakukan pelbagai kerja untuk lunaskan bakinya. Sebab itu saya tidak sewa rumah atau bilik kerana tanggungan saya terlalu berat," katanya.


Menurutnya, hutangnya berbaki RM100,000 dan dia masih meneruskan semua kerja sampingan untuk menyelesaikan baki dan tidur dalam kereta walaupun sudah sebulan mendapat pekerjaan tetap dengan gaji bulanan agak lumayan.

Dia yang memulakan perniagaan pada usia 20 tahun kini hidup sendirian namun masih berhubung dengan bapa manakala ibunya meninggal dunia lapan tahun lalu akibat barah payudara.

"Kehidupan dulu jauh lebih baik daripada sekarang. Saya ada perniagaan ternakan lembu dan pembersihan dengan beberapa pekerja, tetapi kini segalanya berubah malah saya tinggal dalam kereta selain mandi di tandas stesen minyak.

"Tiga bulan pertama sukar biasakan diri, tetapi sekarang, saya sudah biasa dan selesa, asalkan dapat tidur dan berlindung dari hujan dan panas, saya sudah bersyukur.

"Saya tidur di mana-mana dan sejak kerja tetap sebulan lalu, saya tidur dekat pejabat setiap Isnin hingga Jumaat dan waktu malam, saya sambung kerja sampingan, manakala hujung minggu buat kerja muzik di studio rakan.

"Apa saja kerja boleh dilakukan akan saya buat asalkan dapat wang halal. Kira-kira 90 peratus daripada gaji serta hasil kerja sampingan digunakan untuk membayar hutang," katanya yang menyanyikan lagu tema filem Coast Guard, Yes Sir bersama Zamani dan pernah menyertai uji bakat Mentor.

Dia yang masih bujang mengakui keadaan dilalui memenatkan, tetapi itu harga perlu dibayar atas kesilapan lalu namun sangat menghargainya sebagai pengajaran.

"Saya lalui fasa sukar hingga segelintir yang ada ketika senang sebelum ini tiba-tiba menghilangkan diri serta tidak menjawab panggilan telefon.

"Buat masa sekarang, saya pilih tinggal sementara di dalam kereta dan apabila sudah selesai semua hutang, baru saya akan fikir untuk cari rumah sewa," katanya.

Berhubung perkongsian kisahnya di TikTok, Ariff Peter menegaskan, ia bukan untuk meraih simpati bagi meminta sumbangan sebaliknya menggunakan manfaat akaun sosial itu bagi mendapatkan peluang kerja.

Katanya, dia tidak pernah berasa malu dengan kehidupannya ketika ini, sebaliknya dia malu jika meminta bantuan kerana masih mampu bekerja.

"Tujuan saya mahu iklankan perkhidmatan dan harap netizen beri peluang dengan mendapatkan khidmat yang saya tawarkan.

"Saya buat kerja bukan minta sumbangan dan sejak tular di TikTok, saya dapat banyak job dan yakin dapat selesaikan baki hutang dalam masa terdekat ini," katanya.


Sumber: BH Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote kotakominami 26-9-2023 05:09 PM
Respek......
Quote gigahertz 26-9-2023 01:54 PM
CiliPadiSedap: kat dunia mmg dia dihina di apa2 semua. kt akhirat moga dia masuk fast lane sebab dia ada effort selesai hutang. walaupun bukan dia scam dia mangsa ke ...
i tak tahu apa dia fikir masa sign up bitcoin tu.
sebab masa tu dia kata dah hidup selesa kan.
Quote gigahertz 26-9-2023 01:53 PM
KamikuP: Moga dipermudahkan urusan buat heollss.. tertanya2 juga dia masuk skim cepat kayap yg mana satu ek?
bitcoin la ni.kalau dia ada bitcoin tu atleast kalau market naik.
dia kaya balik tapi ni kes kena tipu. orang bawak lari duit.
penipu yang bawak lari duit tu pun tau bitcoin tak stabil
Quote KamikuP 26-9-2023 12:20 PM
Moga dipermudahkan urusan buat heollss.. tertanya2 juga dia masuk skim cepat kayap yg mana satu ek?
Quote CiliPadiSedap 26-9-2023 12:13 PM
kat dunia mmg dia dihina di apa2 semua. kt akhirat moga dia masuk fast lane sebab dia ada effort selesai hutang. walaupun bukan dia scam dia mangsa keadaan.

kaka percaya orang cmni kalau fly kalau success apa dia loss sekarang dia akan pulang modal dan untung  berkali ganda. man jadda wa jadda.
Quote beautifulorchid 26-9-2023 11:52 AM
ya allah bagusnya berusahah bayar hutang

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.022679 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top