CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saintis Jumpa Kolam 'Dara' Dipenuhi 'Susu' Dalam Gua

26-9-2023 11:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2530| Komen: 15

SANTA FE, NEW MEXICO – Saintis-saintis menemui sebuah kolam ‘dara’ berwarna putih di dalam gua pada kedalaman 213 meter di negeri New Mexico, Amerika Syarikat.

Daily Star melaporkan, kolam masih belum diteroka itu ditemui oleh kakitangan Taman Negara Carlsbad Caverns dan mereka menyifatkannya sebagai kolam yang amat suci.


Kolam tersebut dikelilingi oleh batu beku berwarna putih, manakala airnya kelihatan seperti air susu.

Foto: Daily Star

Namun, pemandangan itu hanya ilusi optik kerana air tersebut sebenarnya amat jernih, lapor laman berita Earthly Mission.

Ketua ekspedisi tersebut, Max Wisshak berkata, air itu dipercayai berasal daripada air hujan purba yang meresap melalui bumbung batu kapur.

“Kolam yang tidak disentuh sedemikian adalah penting secara saintifik kerana sampel air secara relatifnya bebas daripada pencemaran.  Organisma mikrob yang mungkin hidup di dalam kolam tersebut pula sememangnya sudah ada di sana,” katanya.


Sementara itu, pasukan tersebut menerusi hantaran di Facebook ketika mengumumkan penemuan itu berkata, penjelajahan di dalam gua kadang kala menawarkan pemandangan kecil, namun menakjubkan. 

“Kolam gua yang ditemui di Gua Lechuguilla ini nampaknya benar-benar bersih,” kata kenyataan itu.

Menurut seorang ahli pasukan itu, Rodney Horrocks, kolam tersebut terasing sejak beratus-ratus hingga ribuan tahun lalu dan tidak pernah terdedah kepada cahaya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 26-9-2023 11:04 AM
Waww agaknya dpt minum dan mandi air kolam ni terus jadi muder remajer balik herherher
Quote sayurmayur88 26-9-2023 11:09 AM
pasni dicemarkan oleh pelancong2 western yg hanat lh tu
Quote Dwdrum 26-9-2023 11:19 AM
Amerika next singapore jah ..
Quote airfilterkotor 26-9-2023 11:27 AM
Kalau kat Indon, dah lama kena timba sampai kering.
Dipercayai boleh menyembuhkan segala jenis penyakit.
Satu kelurahan turun berbondong menziarah untuk melihat keajaiban air kolam tersebut.
Quote tripleid 26-9-2023 12:14 PM
semoga takde yg bebal claim kolam ni fountain of youth pulak
Quote B40tastePosh 26-9-2023 04:18 PM
Ingatkan telaga permata kursani yang berdenyut denyut
Quote dani-rox 26-9-2023 04:20 PM
ai pulak bayangkan kalau berendam dlm tu, yg timbul tulang rangka jah
Quote AbukRokok 26-9-2023 04:25 PM
kene letak bidadari persisi kokesen ukrainiah bertelanjang bulat terdampar di tebing
bidadari kulit cekelat gelap nope
bidadara pun jenis kokusen berbadan sado juga bertelanjang bulat
Quote I.K.A888990 26-9-2023 04:54 PM
ingatkan mermaid ke apa ada dlm tu
Quote nolya 26-9-2023 07:22 PM
Air di dlm gua itu benar2 mutlak, tidak pernah tercemar oleh manusia.  Itu baru air dlm gua atas dunia.  Bagaimanakah segar dan bersihnya air spt itu ada di dlm syurga?  Tidaklah terbayangkan.
Quote shernazz 26-9-2023 08:51 PM
Kedalaman 213.meter Wei
Mesti dipelihara.tu..
Kalau ada hanat2 yang ceroboh..elok lah simenkan aje pintu gua tu..bior depa dok hadap kolam Susu tu sampai Habis.hayat
Quote boo03 17-11-2024 05:24 PM
Do you want me to?

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.042029 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top