CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Demi Watak Ahli Kongsi Gelap, Syafie Naswip Buang Lemak 27kg Dalam Masa 2 Bulan

25-9-2023 02:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2152| Komen: 11

Demi menjayakan watak ahli kongsi gelap dalam filem aksi romantis Fanna yang bakal ditayangkan pada 28 September ini, Syafie Naswip sanggup menurunkan berat badan hampir 27 kilogram (kg) dalam tempoh dua bulan.


Katanya, misi yang dibantu jurulatih senaman berpengalaman, selain mengikuti rejim pengambilan makanan sihat membolehkannya kembali ke angka 51kg berbanding berat asal iaitu 78kg.

Foto: IG

“Sebelum Fanna saya terbabit dalam sebuah produksi yang memerlukan saya berbadan besar, tetapi selepas itu saya macam seronok pula menikmati makanan sampai cecah 78kg.

“Apabila pengarah Andy Weng meminta saya buat badan untuk watak gangster bernama Shafik, tuntutan ini jadi ‘wakeup call’ untuk saya amalkan semula gaya hidup sihat.



“Tapi buang lebihan lemak melebihi 20 kg dalam tempoh dua bulan bukan senang, jadi saya dapatkan bantuan profesional untuk misi tersebut selain jaga makan dan tak ambil air manis.

“Alhamdulillah, berkat disiplin dan sokongan orang sekeliling saya dapat capai sasaran walaupun berdepan banyak dugaan,” katanya kepada Kosmo.

Naskhah berlatarkan dunia gangsterisme yang juga edaran MIG itu turut menggandingkannya dengan aktres Fify Azmi sebagai tunjang utama.



Filem yang berlatarkan percintaan antaranya dengan gadis pesakit kanser bernama Fanna itu sarat babak pergelutan serta aksi, sekali gus memerlukan stamina tinggi.

“Memang saya perlu bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum masuk set kerana banyak adegan pertarungan, menggunakan senjata api dan terjatuh dari tempat tinggi.

“Boleh dikatakan 40 peratus aksi lasak saya lakukan sendiri, namun kesannya tetap ada apabila badan saya lebam selain berdepan kecederaan ringan. Mujur kecil saja luka,” tambahnya.



Sementara itu, mengenai proses penyembuhan susulan pembedahan apendiks awal bulan ini, katanya kesan luka sudah semakin sembuh.

“Sebenarnya lima hari selepas pembedahan saya ‘terbang’ ke Sarawak bagi menjalani penggambaran sebuah filem.

“Pengarah faham situasi saya, malah cuma minta saya buat dulu babak mudah yang tidak memerlukan banyak pergerakan,” kongsi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-22 dan ke-25 itu lagi. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 25-9-2023 02:23 PM
Go Syafie!

Ringannya kau 51kg...Betul ka idok?
Quote prince_marhaen 25-9-2023 02:54 PM
ALAHAI....ngan muka softboy, suara kemek.... watak jahat ke dik....alahaiii~~~ rambut tu alahai dik... alahaiii~~ lemahhhh gemalaii
Quote mamajawie 25-9-2023 03:37 PM
lately banyak nau drama ke movie genre ala2 gangster gaduh2 bagai..si 3M pun gigih berlakon watak gangster lorong cm x brape nk sessswaii dgn heollss..nampak tua nau dia jadi watak tu..ahahahha
Quote sleepandream 25-9-2023 03:54 PM
mana ada org burn lemak 20kg dalam 2 bulan..
mostly berat air jah yg bekurang tu...
Quote watymuchaz 25-9-2023 03:56 PM
Senang eh orang laki ni nak turun berat badan. 20kg in 2 months.
Quote cheezel 25-9-2023 05:45 PM
51kg. Pendek je rupanya dia ni
Quote Sazreena 25-9-2023 06:06 PM
Tak menokoh dik ko jadi gengster..rupa ceni kalu mungkin ko diserang dari belakang...
Quote Kangkung1M 25-9-2023 08:11 PM
prince_marhaen replied at 25-9-2023 02:54 AM
ALAHAI....ngan muka softboy, suara kemek.... watak jahat ke dik....alahaiii~~~ rambut tu alahai dik. ...
rambut tu alahai dik... alahaiii~~ lemahhhh gemalaii
Gangster apo rambut camni hahaha. Si kelempuk diberi watak gangster, dah jadi filem lucu mengocok perutku.

[Ig]https://www.instagram.com/reel/CxLFCCpJR-k/?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ==[/ig]
Quote dua_chzy 25-9-2023 08:53 PM
Apsal korang pertikai kemampuan Syafie jadik gengste ya? Korang pernah tengok dia bawak watak dia dalam filem One Two Jaga?
Quote h0lysh1t 26-9-2023 08:22 AM
51kg tu macam ringan sangat je..berapa tinggi dia ni? 1.6m ke?
Quote ezacbee 26-9-2023 09:30 AM
Ringannya..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.117443 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top