View: 1977|Reply: 11
|
Demi Watak Ahli Kongsi Gelap, Syafie Naswip Buang Lemak 27kg Dalam Masa 2 Bulan
[Copy link]
|
|
Demi menjayakan watak ahli kongsi gelap dalam filem aksi romantis Fanna yang bakal ditayangkan pada 28 September ini, Syafie Naswip sanggup menurunkan berat badan hampir 27 kilogram (kg) dalam tempoh dua bulan.
Katanya, misi yang dibantu jurulatih senaman berpengalaman, selain mengikuti rejim pengambilan makanan sihat membolehkannya kembali ke angka 51kg berbanding berat asal iaitu 78kg.
Foto: IG
“Sebelum Fanna saya terbabit dalam sebuah produksi yang memerlukan saya berbadan besar, tetapi selepas itu saya macam seronok pula menikmati makanan sampai cecah 78kg.
“Apabila pengarah Andy Weng meminta saya buat badan untuk watak gangster bernama Shafik, tuntutan ini jadi ‘wakeup call’ untuk saya amalkan semula gaya hidup sihat.
“Tapi buang lebihan lemak melebihi 20 kg dalam tempoh dua bulan bukan senang, jadi saya dapatkan bantuan profesional untuk misi tersebut selain jaga makan dan tak ambil air manis.
“Alhamdulillah, berkat disiplin dan sokongan orang sekeliling saya dapat capai sasaran walaupun berdepan banyak dugaan,” katanya kepada Kosmo.
Naskhah berlatarkan dunia gangsterisme yang juga edaran MIG itu turut menggandingkannya dengan aktres Fify Azmi sebagai tunjang utama.
Filem yang berlatarkan percintaan antaranya dengan gadis pesakit kanser bernama Fanna itu sarat babak pergelutan serta aksi, sekali gus memerlukan stamina tinggi.
“Memang saya perlu bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum masuk set kerana banyak adegan pertarungan, menggunakan senjata api dan terjatuh dari tempat tinggi.
“Boleh dikatakan 40 peratus aksi lasak saya lakukan sendiri, namun kesannya tetap ada apabila badan saya lebam selain berdepan kecederaan ringan. Mujur kecil saja luka,” tambahnya.
Sementara itu, mengenai proses penyembuhan susulan pembedahan apendiks awal bulan ini, katanya kesan luka sudah semakin sembuh.
“Sebenarnya lima hari selepas pembedahan saya ‘terbang’ ke Sarawak bagi menjalani penggambaran sebuah filem.
“Pengarah faham situasi saya, malah cuma minta saya buat dulu babak mudah yang tidak memerlukan banyak pergerakan,” kongsi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-22 dan ke-25 itu lagi. – CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
Go Syafie!
Ringannya kau 51kg...Betul ka idok? |
|
|
|
|
|
|
|
ALAHAI....ngan muka softboy, suara kemek.... watak jahat ke dik....alahaiii~~~ rambut tu alahai dik... alahaiii~~ lemahhhh gemalaii |
|
|
|
|
|
|
|
lately banyak nau drama ke movie genre ala2 gangster gaduh2 bagai..si 3M pun gigih berlakon watak gangster lorong cm x brape nk sessswaii dgn heollss..nampak tua nau dia jadi watak tu..ahahahha |
|
|
|
|
|
|
|
mana ada org burn lemak 20kg dalam 2 bulan..
mostly berat air jah yg bekurang tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Senang eh orang laki ni nak turun berat badan. 20kg in 2 months. |
|
|
|
|
|
|
|
51kg. Pendek je rupanya dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tak menokoh dik ko jadi gengster..rupa ceni kalu mungkin ko diserang dari belakang... |
|
|
|
|
|
|
|
rambut tu alahai dik... alahaiii~~ lemahhhh gemalaii Gangster apo rambut camni hahaha. Si kelempuk diberi watak gangster, dah jadi filem lucu mengocok perutku.
|
|
|
|
|
|
|
|
Apsal korang pertikai kemampuan Syafie jadik gengste ya? Korang pernah tengok dia bawak watak dia dalam filem One Two Jaga? |
|
|
|
|
|
|
|
51kg tu macam ringan sangat je..berapa tinggi dia ni? 1.6m ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Ringannya..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|