CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabil Ahmad Dan Jihan Muse Dikecam Gurau Melampau "Abang Mamat Kita Tak Dapat Sebab Dia Berada Di Tempat Yang Lebih Tinggi.”

25-9-2023 01:21 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 9125| Komen: 61|Original author: Saiful

Baru sahaja konsert minggu pertama, gurauan melampau pengacara All Stars Gegar Vaganza (GV) menjadi bualan hangat.

Pada malam itu Nabil Ahmad berseloroh tentang ketiadaan vokalis Exists, Mamat sebagai antara peserta bertanding pada musim istimewa kali ini ketika seorang lagi vokalis kumpulan tersebut, Ezad Lazim berjaya menempatkan diri dalam kalangan 16 peserta GV musim ke-10.


Semuanya berpunca apabila Elly Mazlein mempersoalkan ketiadaan Mamat dalam pertandingan sedangkan Ezad diundi masuk mengisi kekosongan slot musim kali ini.

Foto: mStar

“Memanglah minat Exists. Ingatkan Mamat,” kata Elly sambil memalingkan wajahnya ke tempat lain dengan liuk manja.

Nabil kemudian mempertahankan Ezad dengan berkata: “Jangan cakap macam tu. Ezad ada kat sini tau. Abang Mamat kita tak dapat sebab dia berada di tempat yang lebih tinggi.”

Gurauan berlapik itu dengan pantas disambut Jihan Muse: “Ah ye, dia (Mamat) tengah hiking.”



Jihan juga memberi peringatan menunjuk ke arah Nabil dengan mimik wajah tanpa suara ‘kau ni kan’.

Mengimbau semula, Mamat atau nama sebenarnya, Mohd. Ali Kamarudin merupakan pemenang tempat ketiga musim pertama GV tahun 2014.

Malam tadi bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), 16 bekas peserta GV membuat persembahan konsert minggu pertama demi merebut hadiah lumayan iaitu RM200,000.

Selain bekas-bekas juara, peserta lain yang bertanding atas tiket ‘hot seat’ adalah Tomok (GV9), Suki Low (GV8), Nikki Palikat, Ezad Lazim (GV2), Zamani (GV5) dan Liza Hanim (GV4). – CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote one_aiman 25-9-2023 01:30 PM
yang cakap hiking tu jihan tapi yang dikecam kak lina..apoo
Quote keretapilaju 25-9-2023 01:38 PM
Kak lina pompom ni walaupun masuk air.. tapi dia jarang nak gurau melampau macam tu..
Quote fahima80 25-9-2023 01:41 PM
Dah kenapa si Lina yang kena kecam? Seingat aku yang merapu semalam si Jihan dan Nabil. Jihan siap cakap Mamat di tempat yang "high"
Quote Burong_Hantuk 25-9-2023 02:23 PM
x pernah minat kat sangkak2 tiga ekor nih
Quote haruno_sakura 25-9-2023 02:36 PM
keretapilaju replied at 25-9-2023 01:38 PM
Kak lina pompom ni walaupun masuk air.. tapi dia jarang nak gurau melampau macam tu..

setuju2. kak lina ni gila2 tp gila2 dia ada batas.sama mcm gurauan jgk

Quote myakayina 25-9-2023 02:55 PM
haruno_sakura replied at 25-9-2023 02:36 PM
setuju2. kak lina ni gila2 tp gila2 dia ada batas.sama mcm gurauan jgk

selalu tengok dia je kena kecam dgn rakan pengacara yg lain, mcm nabil, dato AC..tapi dia relaks je..
Quote md_nana 25-9-2023 02:58 PM
Hari tu 1 flight dgn mamat, Kdg2 tgk dia mcm pelik. Aura artis tu pun dah sayup2 je
Quote uda 25-9-2023 03:00 PM
Apa maksudnya di tempat yang tinggi? I tak faham
Quote prince_marhaen 25-9-2023 03:04 PM
what do you expect benda yang keluar dari mulut jibil juih ni ngan sparing partner dia? bijak? hahahahahahahahahahahaha... kak lina okey, tapi dah nampak crowded & over...macam rancangan fun fair dah...
Quote seri_mawr 25-9-2023 03:06 PM
tempat yang tinggi kenapa..?

aku ingat klu dah mati jek tempat tertinggi....
Quote I.K.A888990 25-9-2023 03:08 PM
bebil dgn gigi jihan mmg mcm ni kan dari dulu
bab pasal nganjing sampai terlampau batas mmg bagi kat depa..mcm jadi host tu kira bagus sgt la perangai...menyampah dua ekor ni..
Quote kakakko 25-9-2023 03:10 PM
ala uols ni buat2 tak faham ke apa 'high' tu..

usually that guy dikaitkan dengan apa? so dorang maksudkan itulah....
Quote cikatilia 25-9-2023 03:15 PM
seri_mawr: tempat yang tinggi kenapa..?aku ingat klu dah mati jek tempat tertinggi....

sbb kan asik mendadih.. HIGHH gitu le.. tinggi.


Quote cikatilia 25-9-2023 03:16 PM
kakakko replied at 25-9-2023 03:10 PM
ala uols ni buat2 tak faham ke apa 'high' tu..

usually that guy dikaitkan dengan apa? so dorang mak ...

kan??

high is tinggi

high is lalok mabok

Quote kakakko 25-9-2023 03:17 PM

yeszaaa.. itulah dia pun yg mereka maksudkan..
Quote Incanto 25-9-2023 03:19 PM
dah memang mamat mendadih

penonton nak hati tisu sgt tu kenapa

semua pun tahu tiap GV ada wakil PENGASIH
Quote Lampuled 25-9-2023 03:30 PM
Benda open secret kan.. cara paling berlapik la tu diaorg reply pertanyaan lina pompom.
Nasib baik diaorng tak ckp mendadih.
Quote tompie 25-9-2023 03:37 PM
Aku tengok Zamani pun mcm tak sihat lagi.. mcm masih guna lagi.. mungkin still guna benda tu untuk berfungsi..

Yang Cliff Umar tu pun mcm kurus kering semcm aje.. sebelum ni pun dia kurus kering mcm tu ke?? GV dia sebelum ni mmg aku tak tengok langsung.. 1st time tengok dia live kat TV actually. Semlm pun dapat tengok GV sekejap, lepas tengok Bola..


Quote wannoorazlina 25-9-2023 03:42 PM
dah benda betoi..
kalau tak cakap pun semua orang dah tau..
tapi paling tak boleh blah, kenapa kak lina nak sebut pasal mamat bila ezad lazim ada depan mata? kecik hati hamba Allah tu..penat2 menyanyi, nama si mamat jugak diingat..
punca semua ni kak lina kepom tu la..
over naw2 aihh..

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.071483 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top