"Saya tak nak jawab. Tidak, tidak, tidak. Saya memang tidak mengenali hati budi sesiapa. Allahuakbar," kata pelakon, Hun Haqeem menafikan dakwaan dia sedang berkawan rapat dan mengenali hati budi pelakon baru, Erysha Emyra.
Hun ketika dihubungi Harian Metro juga enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. Sementara itu, tinjauan di ruangan komen media sosial mereka, ramai yang mula berteka-teki mengenai hubungan mereka. Malah, ada juga pengikut yang mendakwa pasangan ini sedang menyulam cinta. "Aku syak mereka ini bercintalah," tulis seorang pengikut mereka. "Bercinta pun ok, suka tengok," kongsi netizen. Sebelum ini, Hun dan Erysha kerap memuat naik foto bersama selepas membintangi drama bersiri, Chinta Wrong Direction. Terdahulu, Erysha tidak menafikan dia dan Hun Haqeem sedang saling mengenali hati budi. Bagaimanapun, mereka tiada hubungan istimewa sebaliknya selesa berkawan rapat.
Sumber: Harian Metro
|
ekselen replied at 24-9-2023 06:24 PM
Iols suka tgk hun haqeem ni compared to merqeen...hun ni muka sweet..
gerbera.memopad replied at 24-9-2023 04:04 PM
Drama depa tengah tayang kan, so aku nak percaya ni semua marketing saja (tak nak terima kenyataan H ...
kalchi replied at 24-9-2023 06:57 PM
Dia hensem lagi dr meerkat. Dlu tak nampak attrractive sbb berisi skrg da kurus hensem
ADVERTISEMENT