Kisah peribadi dan status perkahwinan penyanyi Ruhil Amani dan suami iaitu Jamil Wilson menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat apabila ada mendakwa pasangan itu sudah bercerai. Ruhil atau Ruhil Amani Hussin, 48, ketika diminta mengulas mengenai perkara itu bagaimanapun belum bersedia bercakap tentang soal berkenaan atas alasan peribadi.
"Saya faham orang ingin ambil tahu tetapi kalau boleh saya tak mahu bercakap tentangnya... Kalau sudah bersedia nanti saya akan beri kenyataan. "Ada sebab saya tak mahu berbicara soal peribadi," katanya ketika dihubungi mStar. Ruhil berkahwin dengan Jamil yang merupakan seorang pemuzik pada 2003 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ruhil Ariana Wilson, 19 dan Raayan Alexander Wildon, 12 tahun. Selepas melahirkan Ariana, penyanyi yang popular menerusi lagu Kawan ini memilih fokus kepada keluarga dan memperlahkan karier seni.
Ruhil berkata, dia memilih memberi fokus kepada keluarga kerana tidak mahu terlepas peluang melihat dua anaknya membesar. "Saya sudah mula menyanyi sejak usia 13 tahun dan zaman remaja saya tidak sama seperti orang lain... Apabila sudah dikurniakan anak, keutamaan saya berubah. "Kalau saya terlepas melihat anak-anak membesar saya akan menyesal. Mendidik anak-anak biarlah sejak mereka kecil dan sebab itu saya perlahankan karier seni," ujarnya. Sementara itu, bercakap mengenai kemunculan semula dalam industri seni, Ruhil memberitahu masih menanti masa sesuai untuk melancarkan lagu baharu yang sudah siap dirakam. Ruhil berkata, dia juga sedar penerimaan peminat kini mungkin tidak sama seperti mana kemuncak popularitinya pada era 1990-an namun berjanji akan memberi yang terbaik. "Saya aktif semula sekitar tahun 2018, tetapi selepas Covid-19 melanda perjalanan kerjaya agak perlahan dan show juga tidak banyak. "Ada banyak lagu yang sudah siap dan hanya tunggu masa yang sesuai untuk dilancarkan. Buat masa sekarang biarlah saya simpan dahulu. "Orang terima saya atau tidak itu terpulang kepada mereka. Saya hanya berikan terbaik seperti sebelum ini... Paling penting saya ikhlas untuk menyanyi dan tidak buat separuh jalan," jelasnya. Sumber: mStar |
gerbera.memopad replied at 24-9-2023 03:56 PM
Kalau tak betul mesti dah nafi siap-siap kan?
Dolmat replied at 24-9-2023 05:21 PM
Biasallllaaaahhh statement retis2.. macam tak tahu pulak..
Bila buat comeback selepas menguaaaa ada ...
dua_chzy replied at 24-9-2023 06:50 PM
Ruhil Amani ni nama yang cukup ikonik masa aiol budak2 dulu.
kiahbosan replied at 24-9-2023 06:48 PM
Baru nampai Laki dia main kat konsert lee hom di Taiwan , Casey seribu impian dgn abrey suwito pun a ...
lazim replied at 24-9-2023 12:44 PM
Iols suka betul lagu " kita diii bangku sekolah lagii~~~"
ADVERTISEMENT