Masih mengekalkan populariti hampir tiga dekad dalam industri seni, kumpulan Hijjaz menasihatkan pendatang baharu khususnya dalam genre nasyid untuk mencari identiti serta jenama sendiri.
Jelas mereka, ramai artis baharu dalam dunia nasyid ‘tewas separuh jalan’ kerana sukar menambat peminat yang mungkin masih terbayang-bayang cara, lagu dan aura penyanyi nasyid lama. “Cabaran pertama adalah single. Perlu sedap tetapi susahnya adalah nak bagi peminat suka. Mereka sudah ada sokongan terhadap penyanyi nasyid terdahulu. Pendatang baharu sekarang juga suka buat lagu sendiri. “Bila dalam studio, sedap sahaja bunyinya. Bila nyanyi secara langsung, lain pula. Sebab itu perlu dapatkan nasihat orang lama. Banyak lagu baru sekarang tak ada jiwa, susah peminat nak suka.
“Komen bukan untuk menjatuhkan sebaliknya kita sama-sama naikkan genre nasyid. Menmabah baik kekurangan nak ada. Ada yang sudah keluar lagu, baru minta nasihat. Nak buat macam mana lagi kan?” ujar Isman.
Dalam pada itu, kongsi Isman lagi, sebagai natara kumpulan nasyid yang masih relevan kala ini, mereka sangat mengalu-alukan penyanyi bukan dari genre sama untuk menghasilkan karya-karya kerohanian dan memuji Tuhan.
“Bila ramai artis pop atau bukan dari genre nasyid bukan lagu berbentuk kerohanian, kami suka. Alhamdulillah, itu jihad kecil dalam kita mengerjakan kerjaya. Kita perlu terbuka. “Ada lagu yang sangat sedap liriknya, kena dengan era muzik zaman sekarang. Itu yang penting. Kita mahu sama-sama memberi motivasi dan mendekatkan peminat kepada Islam,” katanya. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT