CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Haqiem Rusli 'Upload' Gambar Isteri Bertudung, Mohon Doa Buat Dia Dan Isteri

24-9-2023 12:14 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4319| Komen: 29

Kuala Lumpur: Tindakan komposer dan penyanyi, Haqiem Rusli, 25, memuat naik gambar isterinya, Anis Sofea, 21, yang bertudung di Instagram menarik perhatian ramai terutama kapsyen ditulisnya yang memohon doakan baik-baik buat mereka.


Selepas sekian lama tidak berkongsi gambar isteri yang ketika ini sudah tidak bertudung di Instagram, Haqiem dilihat lebih banyak membuat perkongsian berkaitan aktiviti karier seni berbanding kehidupan peribadi yang disimpan rapi.


Apa yang pasti, kapsyen ditulis Haqiem nyata menggambarkan perasaannya yang amat menyayangi Anis Sofea, walaupun sedar tindakan isterinya yang membuat keputusan tidak bertudung sejak April lalu dikecam ramai.

"Sayang Akem, no matter how much its hurt now (tidak kira betapa sakitnya sekarang).

"Still strong, things will get better" (tetaplah kuat, keadaan akan menjadi lebih baik).

"You were the through ups and down with me" (awak sudah melalui jatuh dan bangun dengan saya).


"We love you, i love you (Kami sayang awak, saya sayang awak).

Doakan untuk kami yang baik-baik saja," tulisnya berserta emoji hati warna putih.


Susulan hantaran dibuat Haqiem itu, rata-rata netizen menghormati tindakan penyanyi lagu Tergantung Sepi ini dan menitipkan komen-komen positif untuknya agar dia dan isteri terus tabah menghadapi ujian hidup.

"Haqiem suami yang hebat, jangan pernah putus asa dengan ujian yang Allah bagi," tulis seorang netizen.

"Semoga hubungan Akem dan Sofea dirahmati Allah dan berkekalan sampai ke syurga," tulis seorang lagi netizen.

Tidak ketinggalan, ibu Haqiem iaitu Nazrah Nordin turut meninggalkan komen berbaur kata-kata semangat buat anak dan menantunya.

"Mak sentiasa doakan yang baik-baik untuk kedua anak mak.. amin.. cantiknya macam ni," katanya.

Terdahulu, Haqiem pada temubual media sebelum ini pernah berkata, kita ambil mana yang baik dan buang mana yang buruk berhubung keputusan isterinya itu

"Hidayah milik Allah", katanya ringkas ketika menjawab mengenai tindakan Anis Sofea yang membuka tudung dalam satu program hiburan.

Haqiem dan Anis Sofea bernikah di Masjid Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pada 19 November 2021 dan mereka belum dikurniakan cahaya mata.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LautBiru52 24-9-2023 12:25 PM
Elok la bertudung semula. Pesan dkt bini ko dia lg lawa bertudung. Bila free hair ntah ape2 fesyen nya
Quote NazRysha 24-9-2023 01:40 PM
ni pun couple tang tak lama
aku bg masa setahun lagi ok
Quote noor2 24-9-2023 01:52 PM
Anak lelaki aku umur 22 rasanya lagi matang muka dari budak ni..

Mungkin kesan dia workout kut...tiap pagi, mlm duk workout angkat dumbbell..dah berketul aku tgk tgn, peha anak aku...
Quote she 24-9-2023 01:59 PM
Sampai berapa tahun nak kena sebut perihal bini retis dan tudung nih?

Quote Lentera 24-9-2023 02:47 PM
Tak kuasa eh nak doa utk ko. Hal laki bini pun nak minta tolong org doa. Apoooo
Quote Myeramie 24-9-2023 02:52 PM
Mende semua nak approval dari netizen.nasihat private sudah.Nanti netizen rasa lagi berkuasa hal bini artis pon nak diselak.
Quote fry 24-9-2023 02:53 PM
aminnn..doa je sendiri dak hakim, yela masih muda ni pancaroba...nasibla dia ni bertahan, kalu dulu..mulalaalahhh episod penyakit jiwa ntah hapa ntah..
Quote azimie 24-9-2023 03:35 PM
Edited by azimie at 24-9-2023 03:36 PM

choii sgt ayat ..
“ awk sudah melalui jatuh bgun dgn saya”
walhal kawinnya pon baru setahun jagung weh..
Quote cm_vungtau 24-9-2023 03:57 PM
Edited by cm_vungtau at 24-9-2023 04:00 PM

Menda la ko sibukkan tudung orang tu. Macam langsung takde nilai ke kalau tak bertudung? Kesian pulak si bininya. Dengan mertua sekali sibuk mencapub.
Quote alieyrina 24-9-2023 04:00 PM
Dia ni kalau muncul mesti pasai bini tudung on off. Takdak menda len
Quote slyfynx 24-9-2023 04:21 PM
Doa la sendiri
Quote Dolmat 24-9-2023 04:26 PM
Desperate benor nak Bini bertudung...

Takde KO cari ler perempuan Arqam yg berjubah berniqab.. tdo KO pun aman Haqiem..
Quote OshinDaSolja 24-9-2023 04:36 PM
kan lg manis dipandang klau pkai tudung cmni...semoga istiqomah...btw muda nya isteri beliau baru 21 iollz ingt sebaya...
Quote Hoola 24-9-2023 05:25 PM
doala sndiriii
dh jd laki kena la pandai bimbing
netijem pun dh penat siang mlm retis bt prngai, bini retis pum bt prangai,ank retis lagiiii

huh!!!
Quote anilanil 24-9-2023 05:31 PM
Sila doa sendiri. Sendiri jadi kapten kapal perkahwinan. Sendiri yg salam tangan tok kadi. Sendiri yg buat keputusan nikah muda. Sendiri yg sanggup tanggung risiko. Ko paste je stickers kat aurat bini ko tu. Blurkan muka terus pon takpa. Tak lawa pon.
Quote tuntasha 24-9-2023 05:48 PM
Beria-ia masa dating masing masing cakap dah matang fikiran dah sedia nak nikah kawin. Aku perhatikan je dulu
Quote faint_heart 24-9-2023 05:55 PM
Dont understand why is it such a big deal to everyone what she put on her head? Suka hati dia lah .. kecoh nya rambut org mcm xde masalah seniri nak pikir
Quote faint_heart 24-9-2023 05:57 PM
And to post in public mcnni .. so demeaning .. pompuan her worth cuma setakat tudung kt kepala ke ..
Quote tahanie 25-9-2023 08:41 AM
Kau doa sendiri lah

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.120058 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top