Washington: Lelaki berusia 58 tahun menjadi pesakit kedua di dunia yang menerima jantung babi diubah suai secara genetik dalam satu prosedur pemindahan dijalankan pakar Amerika Syarikat (AS), minggu ini.
Prosedur terbaharu itu dijalankan pakar dari Sekolah Perubatan Universiti Maryland, Rabu lalu. Pesakit, Lawrence Faucette tidak layak mendapat jantung manusia yang didermakan kerana penyakit vaskular yang sedia ada dan komplikasi pendarahan dalaman. Tanpa pemindahan percubaan itu, bapa kepada dua anak dan veteran Tentera Laut itu menghadapi komplikasi kegagalan jantung. Faucette, sebelum pembedahan itu berkata, satu-satunya peluang dan harapannya untuk hidup ialah dengan jantung babi itu. "Sekurang-kurangnya sekarang saya ada harapan dan peluang (untuk hidup)," katanya.
Universiti itu berkata, Faucette bernafas sendiri dan jantung baharu itu berfungsi dengan baik tanpa sebarang bantuan daripada peranti sokongan. Katanya, lelaki itu mengambil ubat antipenolakan konvensional serta menerima terapi antibodi baharu untuk mengelakkan tubuhnya daripada merosakkan atau menolak organ baharu itu. Pasukan sama turut mengendalikan prosedur pesakit pertama yang meninggal dunia dua bulan selepas pemindahan jantung babi ke dalam tubuhnya pada tahun lalu. Kematian itu disebabkan banyak faktor termasuk keadaan kesihatannya yang lemah sebelum pembedahan. Pemindahan organ haiwan kepada manusia, dipanggil xenotransplantation yang boleh menawarkan penyelesaian kepada kekurangan kronik pendermaan organ manusia. Xenotransplant adalah mencabar kerana sistem imun pesakit akan menyerang organ asing. Saintis cuba memintas masalah itu dengan menggunakan organ daripada babi yang diubah suai secara genetik. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, doktor memindahkan buah pinggang daripada babi yang diubah suai secara genetik kepada pesakit mati otak. Bulan ini, Institut Pemindahan Hospital NYU Langone di New York mengumumkan buah pinggang babi yang dipindahkan ke pesakit mati otak, berfungsi selama 61 hari, sekali gus memecahkan rekod prosedur seumpamanya. Lebih 100,000 rakyat AS kini dalam senarai menunggu untuk pemindahan organ. Sumber: Harian Metro |
kakikuDibibirmu replied at 24-9-2023 12:30 PM
Inilah rahmat elohim yang telah menyumpah ummah suci yehudi menjadi kera dan babi, terus organ babi ...
snowflakes replied at 24-9-2023 05:02 PM
Kalau ambil jantung manusia how?
Kenapa babi? Haiwan lain takde ke?
plywood replied at 24-9-2023 04:53 PM
apa maksud menerima jantung babi?
jantung tu ditambah kepada jantung asal manusia ker atau jantung ...
Tinot7 replied at 24-9-2023 02:37 PM
Ankel ni nnt idup baper lama?
Pasukan sama turut mengendalikan prosedur pesakit pertama yang mening ...
snowflakes replied at 24-9-2023 05:02 PM
Kalau ambil jantung manusia how?
Kenapa babi? Haiwan lain takde ke?
CiliPadiSedap replied at 24-9-2023 05:26 PM
rasanya ankel ni xde harapan hidup guna mesin talian hayat nyawa yang macam ada sterika jantung tu ...
Tinot7 replied at 24-9-2023 06:35 PM
Mmg dia kena dptkan jantung baru. Ataih sebut dah heart failure.. tak layak dpt jantung manusia, d ...
CiliPadiSedap replied at 24-9-2023 06:40 PM
mmm dont know sis sebab dia belum pg lagi.
snowflakes replied at 24-9-2023 09:02 AM
Kalau ambil jantung manusia how?
Kenapa babi? Haiwan lain takde ke?
CiliPadiSedap replied at 24-9-2023 01:23 AM
sebab sizing jantung babi sama dengan manusia. sebab top speed babi pun sama dgn manusia
Dwdrum replied at 25-9-2023 08:02 AM
Babi yang genetic modified bukan semua babi boleh...
ADVERTISEMENT