CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1270|Reply: 17

Individu Kedua 'Pakai' Jantung Babi

[Copy link]
Post time 24-9-2023 12:02 PM | Show all posts |Read mode
Washington: Lelaki berusia 58 tahun menjadi pesakit kedua di dunia yang menerima jantung babi diubah suai secara genetik dalam satu prosedur pemindahan dijalankan pakar Amerika Syarikat (AS), minggu ini.


Prosedur terbaharu itu dijalankan pakar dari Sekolah Perubatan Universiti Maryland, Rabu lalu.


LAWRENCE Faucette. FOTO Sekolah Perubatan Universiti Maryland.



Pesakit, Lawrence Faucette tidak layak mendapat jantung manusia yang didermakan kerana penyakit vaskular yang sedia ada dan komplikasi pendarahan dalaman.


Tanpa pemindahan percubaan itu, bapa kepada dua anak dan veteran Tentera Laut itu menghadapi komplikasi kegagalan jantung.


Faucette, sebelum pembedahan itu berkata, satu-satunya peluang dan harapannya untuk hidup ialah dengan jantung babi itu.


"Sekurang-kurangnya sekarang saya ada harapan dan peluang (untuk hidup)," katanya.


Universiti itu berkata, Faucette bernafas sendiri dan jantung baharu itu berfungsi dengan baik tanpa sebarang bantuan daripada peranti sokongan.


Katanya, lelaki itu mengambil ubat antipenolakan konvensional serta menerima terapi antibodi baharu untuk mengelakkan tubuhnya daripada merosakkan atau menolak organ baharu itu.


Pasukan sama turut mengendalikan prosedur pesakit pertama yang meninggal dunia dua bulan selepas pemindahan jantung babi ke dalam tubuhnya pada tahun lalu.


Kematian itu disebabkan banyak faktor termasuk keadaan kesihatannya yang lemah sebelum pembedahan.


Pemindahan organ haiwan kepada manusia, dipanggil xenotransplantation yang boleh menawarkan penyelesaian kepada kekurangan kronik pendermaan organ manusia.


Xenotransplant adalah mencabar kerana sistem imun pesakit akan menyerang organ asing.


Saintis cuba memintas masalah itu dengan menggunakan organ daripada babi yang diubah suai secara genetik.


Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, doktor memindahkan buah pinggang daripada babi yang diubah suai secara genetik kepada pesakit mati otak.


Bulan ini, Institut Pemindahan Hospital NYU Langone di New York mengumumkan buah pinggang babi yang dipindahkan ke pesakit mati otak, berfungsi selama 61 hari, sekali gus memecahkan rekod prosedur seumpamanya.


Lebih 100,000 rakyat AS kini dalam senarai menunggu untuk pemindahan organ.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2023 12:17 PM | Show all posts
Edited by CiliPadiSedap at 24-9-2023 12:20 PM



jantung babi diperakui top speed yang stabil

p/s: kalau ternaik takpe jgn sengaja naik
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2023 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Inilah rahmat elohim yang telah menyumpah ummah suci yehudi menjadi kera dan babi, terus organ babi compatible dengan manusia dan senang nak ternak virus vaksin dalam darah babi

ayat holy koran 5:60

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2023 12:37 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 24-9-2023 12:30 PM
Inilah rahmat elohim yang telah menyumpah ummah suci yehudi menjadi kera dan babi, terus organ babi  ...

sis dah insaf ke? first time nampak sis komen yang meruntun hati kaka. tq sistur
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2023 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ankel ni nnt idup baper lama?

Pasukan sama turut mengendalikan prosedur pesakit pertama yang meninggal dunia dua bulan selepas pemindahan jantung babi ke dalam tubuhnya pada tahun lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2023 04:53 PM | Show all posts
apa maksud menerima jantung babi?

jantung tu ditambah kepada jantung asal manusia ker atau jantung manusia dipotong dan cantumkan dengan jantubng babi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2023 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by snowflakes at 24-9-2023 05:03 PM

Kalau ambil jantung manusia how?
Kenapa babi? Haiwan lain takde ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2023 05:23 PM | Show all posts
snowflakes replied at 24-9-2023 05:02 PM
Kalau ambil jantung manusia how?
Kenapa babi? Haiwan lain takde ke?

sebab sizing jantung babi sama dengan manusia. sebab top speed babi pun sama dgn manusia


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2023 05:25 PM | Show all posts
plywood replied at 24-9-2023 04:53 PM
apa maksud menerima jantung babi?

jantung tu ditambah kepada jantung asal manusia ker atau jantung  ...

tukar jantung babi. transplant maksudnya ganti . kira keluarkan jantung manusia tukar jantung babi

kaka dulu biology tak tidur dalam kelas sbb tu dpt B minus. sebab kaka pg kantin
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2023 05:26 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 24-9-2023 02:37 PM
Ankel ni nnt idup baper lama?

Pasukan sama turut mengendalikan prosedur pesakit pertama yang mening ...

rasanya ankel ni xde harapan hidup guna mesin talian hayat nyawa yang macam ada sterika jantung tu.. jd risk low dia orang operate ganti jantung baru.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2023 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
snowflakes replied at 24-9-2023 05:02 PM
Kalau ambil jantung manusia how?
Kenapa babi? Haiwan lain takde ke?

Pesakit, Lawrence Faucette tidak layak mendapat jantung manusia yang didermakan kerana penyakit vaskular yang sedia ada dan komplikasi pendarahan dalaman.

Deme dah eksplen..

Hewan babi tu yg fisiologi anatomi paling dekat kott.. so deme cuci jantung babi, pastu bubuh sel2 dan persekitaran menyerupai manusia supaya kurang rejek nnt.. jantung lain mcm arnab ayam sumer tu kecik sgt.. jantung lembu besaq sgt.. cenggitu la pemahaman iols..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2023 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 24-9-2023 05:26 PM
rasanya ankel ni xde harapan hidup guna mesin talian hayat nyawa yang macam ada sterika jantung tu ...

Mmg dia kena dptkan jantung baru. Ataih sebut dah heart failure.. tak layak dpt jantung manusia, dpt jantung babi pun jadi la..

Iols nak tau dia idup baper lama jahh sbb hat pertama idup 2 bln jahh..

Ni bkn mcm drama korea, summer scent, dpt jantung onglain pastu jatuh chenta dgn balak dia.. haaa giteww..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2023 06:40 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 24-9-2023 06:35 PM
Mmg dia kena dptkan jantung baru. Ataih sebut dah heart failure.. tak layak dpt jantung manusia, d ...

mmm dont know sis sebab dia belum pg lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2023 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 24-9-2023 06:40 PM
mmm dont know sis sebab dia belum pg lagi.

Tunggu je la.. mana tau ada update drp TT..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2023 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 24-9-2023 01:34 PM
snowflakes replied at 24-9-2023 09:02 AM
Kalau ambil jantung manusia how?
Kenapa babi? Haiwan lain takde ke?


Mungkin kerana babi compatible dengan manusia. In fact kanibal kata rasa daging babi serupa 100% dengan daging manusia. Nak guna jantung cimpanzi yang share 99% persamaan DNA dengan manusia, kici sangat la pula kot.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 24-9-2023 01:23 AM
sebab sizing jantung babi sama dengan manusia. sebab top speed babi pun sama dgn manusia



Babi yang genetic modified bukan semua babi boleh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2023 08:03 AM | Show all posts
Dwdrum replied at 25-9-2023 08:02 AM
Babi yang genetic modified bukan semua babi boleh...

ok. patut harga babi masih murah lg
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 24-9-2023 04:03 PM
ok. patut harga babi masih murah lg

Haah babi itu mahal dari babi untuk makan sebab di ternak dari lab ke kandang pun lain... Ikut purpose bukan heart saja parts lain juga ada
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.206401 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list