Petaling Jaya: Isu anak kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang memperolehi biasiswa pendidikan melalui Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) nampaknya masih belum reda.
Menerusi ciapan terbaharu Dr. Zulkifli hari ini, beliau telah menjawab salah faham salah seorang pemilik media sosial apabila mempertikaikan perolehan biasiswa terbabit terhadap anak lelaki beliau, Abdul Syakur Zulkifli ke luar negara. Pertikaian tersebut berlaku apabila ada pemilik media sosial yang mempersoalkan biasiswa penuh yang diperolehi itu adalah daripada pembayar zakat dan menyatakan bekas anak Mufti Wilayah Persekutuan itu tidak layak untuk memperolehinya kerana kedudukannya. Ramai juga yang menyatakan tindakan Dr. Zulkifli yang menayangkan beberapa gambar dia bersama anaknya ketika di lapangan terbang ketika menghantar anaknya ke Jordan untuk belajar adalah tidak patut dan sengaja dibuat-buat.
“Kalau dia tidak lantik jurugambar dan meletakkan gambar di media sosialnya tiada orang pun tahu anak dia dapat biasiswa penuh daripada pembayar zakat,” jelas seorang wanita di Twitternya. Namun, Dr. Zulkifli tampil menjawab dakwaan tersebut dengan ciapan menjelaskan, beliau tidak melantik mana-mana jurugambar untuk tujuan tersebut kerana telah mempunyai pasukan medianya sendiri. “Saya tidak lantik jurufoto semata-mata untuk tujuan berkenaan. Saya memang ada jurufoto, ada team media yang sentiasa ikut saya ke mana-mana. Saya telah jelaskan baik-baik di thread sebelum ini, tapi nampaknya saudari masih tidak dapat terima beberapa salah faham saudari. “Wajar untuk saya uar-uarkan di media sosial sebagai kempen kepada pembayar zakat, pusat zakat, disamping menolak sangkaan yang mungkin keluar bila saya “diam-diam” dan diketahui kemudian hari,” ciapnya. Terdahulu, Abdul Syakur yang merupakan pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh 7A+ dan 1A di Pondok Moden Al-‘Abaqirah MAIWP telah memperolehi biasiswa penuh untuk melanjutkan pelajarannya di Universiti Jordan dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh. Sebagai pengasas Pondok Moden al-Abaqirah, Dr. Zulkifli turut berbangga dengan perkembangan para pelajar dan juga alumninya yang bertebaran di universiti awam dan luar negara. Sumber: Kosmo! Online |
Buritan replied at 23-9-2023 05:22 AM
Jgn le futnah diaa.. nak ngutuk bung ke zahid aku terima tp big big no dr zul..
stingerbumpy replied at 23-9-2023 06:21 AM
On merit he is as deservedly as anyone else....but because of who his father is and that they are ...
Buritan replied at 23-9-2023 06:31 AM
Anak dia hensemlee stinger.. tiber plk aku ni hahaha
batmana replied at 23-9-2023 06:34 AM
Mmg tk salah..tkde dlm syarat biasiswa..Tapi nmpk tk manisla..psl bapak bekas menteri..biasiswa patu ...
sambaldurian replied at 23-9-2023 07:07 AM
Dia cmni klu anak yg kaya tu mmg pandai - straight A ke ( mmg dari segi pencapaian akademik tu bagus ...
stingerbumpy replied at 23-9-2023 07:13 AM
For every say 100pelajar yg diberikhen scholarship atas dasar merit, with 10 straight A's, dari k ...
stingerbumpy replied at 23-9-2023 06:39 AM
Heavy piyed flow keww ko pagi ini? Ngernyam luar tabii lain machiam je?
Buritan replied at 23-9-2023 07:26 AM
Dah anak dia hensem aku kata lee hensemm.. mcm ko plk.. kacakk.. aku kata lee kacakk cuma ko ni mu ...
sambaldurian replied at 23-9-2023 07:24 AM
Ayo ayat ko ni campur2 cam ex bini hafiz. Derh dalam nk beri biasiswa tu msti la pegawai2 ofis tu ...
stingerbumpy replied at 23-9-2023 08:08 AM
Iteww yg aku kata sampai nak kena say out loud...lazimnyer yg datang piyed heavy flow ni ngernyam ...
Lily_Elizabeth_ replied at 23-9-2023 07:01 AM
Comel comel anak dia. Paras lawa.
ADVERTISEMENT