CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Khadijah Urus Karier Sendiri, Susah Percaya Orang Lain

22-9-2023 10:08 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2062| Komen: 13

Sukar menaruh kepercayaan terhadap orang lain, Siti Khadijah Halim, 26, belum sedia mendapatkan khidmat pengurus atau pembantu peribadi untuk mengendalikan kegiatan seninya.

Biarpun tidak pernah menjadi mangsa khianat atau berdepan insiden buruk, Siti Khadijah mengaku perkara yang cukup dirisaukan adalah soal menjaga aib dan wang.



"Saya tidak ada pengurus dan seorang diri sahaja. Sebenarnya, saya pilih bergerak seorang diri disebabkan ada isu kepercayaan (terhadap orang lain) walaupun tidak ada kejadian seumpama itu.

"Saya ada isu kepercayaan kerana takut membabitkan soal duit dan aib. Saya jenis terbuka, tetapi apabila sudah besar, baru saya sedar ada macam-macam jenis orang. Jadi, saya perlu berhati-hati.

"Sebelum jadi pelakon, saya adalah pempengaruh media sosial dan pernah suatu pertandingan. Saya berjaya memenangi pertandingan itu dan ditawarkan menyertai sebuah syarikat produksi.


"Jadi, apabila kontrak tamat selepas dua tahun, saya bawa diri sendirian," katanya kepada BH Online.


Bagaimanapun, pelakon yang mula mendapat perhatian melalui drama Dia Yang Ku Cinta ini mengaku agak terbeban kerana perlu menguruskan pelbagai perkara sendirian.

Justeru, Siti Khadijah tidak menolak kemungkinan mendapatkan khidmat pengurus, suatu hari nanti.

"Sejujurnya, hendak cari pengurus sebab agak letih uruskan semua perkara. Pembantu peribadi pun saya. Saya buat semua perkara sendirian termasuk ketika menjalani penggambaran di luar negara.

"Jadi, saya mahu seorang yang tinggi, berkulit gelap dan kacak jadi pengurus," katanya berseloroh ketika ditemui pada sidang media siri terbaharu Viu Original, From Saga With Love di Bamboo Hills di sini, baru-baru ini.


Sumber: BH Online






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wtvmjls 22-9-2023 10:12 PM
Edited by wtvmjls at 22-9-2023 10:13 PM

lama lama tengok dia ni cam sempoi je. content pun relax je takde la paksa diri dia nak fit into aesthetic pebenda semua tu. harap kekal macam tu lah
Quote heythere123 22-9-2023 10:32 PM
wtvmjls replied at 22-9-2023 10:12 PM
lama lama tengok dia ni cam sempoi je. content pun relax je takde la paksa diri dia nak fit into aes ...

yes, suka kan tengok content sheols.

sheols pon sejenis jujur mengaku sheols takde set certain timeline pon untuk post kalau content suka2. Kalau content yang berbayar, kena la ikut timing client kan.
Quote heythere123 22-9-2023 10:33 PM
harap series baru sheols ni meletop sebab tengok the first 2 episodes memang nampak fun. Pelakon pon okay je semuanya walaupun si ikmal amry agak hopeless sikit
Quote Masukkeluar 22-9-2023 10:44 PM
wtvmjls replied at 22-9-2023 10:12 PM
lama lama tengok dia ni cam sempoi je. content pun relax je takde la paksa diri dia nak fit into aes ...

aku pn mcm tersuka dgn vibes dia smpai terfollow ig dia. hahaha. hrp dia maintain perangai mcm ni. wlaupun xsecantik retis mix lain tp dia ni cantik melayu..
Quote tomaz 22-9-2023 11:40 PM
Sepesen muka mcm siti hareesa
Quote nutcrack8 23-9-2023 12:18 AM
Die ni cantik. Kecantikam wanita melayu. Gitteww i memuji. Harap xde la renovate sane sini.
I x follow die ke ape. Penah nmpk die dlm tv je. Cite die berlakon tu pon i x follow
Quote aemon 23-9-2023 02:33 AM
Muka dia dgn siti hariesa lebih kurang je.confuse aku
Quote evlinne 23-9-2023 03:13 AM
Ni ke yg julporn angkat dukung melambung2 smpai ke siling tu?
Quote Lampuled 23-9-2023 03:28 AM
Cantiknya dia ni.. muka mcm ada keturunan Thai.
Quote markonahlah 23-9-2023 07:36 AM
evlinne replied at 23-9-2023 03:13 AM
Ni ke yg julporn angkat dukung melambung2 smpai ke siling tu?

Bukan..yg kena lambung tu siti hariessa
Quote LadyCarefree 23-9-2023 10:22 AM
Dia ni macam serba tak kena. Dressing, penampilan, statement2 yg dikeluarkan semua macam kampong.com
Quote maitang 23-9-2023 11:07 AM
cantik melayu ada sikit mcm thai..
Quote heythere123 23-9-2023 11:29 AM
nutcrack8 replied at 23-9-2023 12:18 AM
Die ni cantik. Kecantikam wanita melayu. Gitteww i memuji. Harap xde la renovate sane sini.
I x foll ...

cuba la tengok chuols kalau ada masa. Drama sheols dekat astro tu best. Tajuk Ash & Aish

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.063857 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top