Penyanyi Khai Bahar tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya ada pihak menyalahgunakan fotonya untuk tujuan tidak senonoh di media sosial. Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 29, bagaimanapun berkata, setakat ini dia tidak mendapat sebarang laporan daripada peminat atau pengguna media sosial berhubung gambarnya bagi perkara tidak elok.
“Ada ke yang guna gambar saya untuk tujuan tidak senonoh? Saya tak tahu perkara itu. “Kalau ada yang keterlaluan, saya mungkin akan ambil tindakan. Tapi setakat ini saya tak tahu ada yang buat begitu,” katanya kepada mStar. Khai diminta mengulas perkara itu apabila terdapat akaun Twitter 'darkside' yang menghimpunkan gambar dan video lelaki dalam keadaan separuh bogel bagi menarik pengikut. Foto penyanyi itu yang berada di pusat kecergasan turut dijadikan modal sebagai content akaun berkenaan dipercayai dengan tujuan membangkitkan pemikiran kurang sopan.
Dalam pada itu, Khai berkata, dia mula melakukan aktiviti senaman sejak lapan bulan lalu demi kepuasan diri sendiri selain mahu meningkatkan berat badan dengan membina otot.
|
ADVERTISEMENT