CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Komen Sindir Hafidz Roshdi Ketika Di Tanah Suci, Netizen Mula Muak Dengan Nurul Shuhada

22-9-2023 08:57 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 109821| Komen: 3867

Description: Komen ditulis bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi di ruang komen video dimuat naik aktres Janna Nick di Instagram miliknya mengundang pelbagai reaksi kurang enak daripada netizen.Menerusi video berkena ...
Komen ditulis bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi di ruang komen video dimuat naik aktres Janna Nick di Instagram miliknya mengundang pelbagai reaksi kurang enak daripada netizen.

Menerusi video berkenaan memperlihatkan Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, dan Hafidz sedang menyanyi lagu berjudul Cinta Tiga Segi nyanyian asal Saleem dipercayai ketika mereka berdua sedang menjayakan penggambaran sebuah drama.



Video tersebut menarik perhatian bekas isteri Hafidz iaitu Nurul Shuhada yang meninggalkan komen memberitahu lagu tersebut mempunyai kaitan dengan aktor tersebut.

Apatah lagi lagu berkenaan mengisahkan tentang kisah cinta lama yang datang kembali.

"Weh kena siak lagu ini dengan dia (Hafidz) haha, menceritakan segalanya," katanya.

Bagaimanapun komen Shuhada itu membuatkan segelintir netizen meluahkan rasa muak dengan tindakannya yang seolah-olah masih belum move on dan memburuk-burukkan Hafidz.


Malah mereka turut menyelar Shuhada tergamak meninggalkan komen berbaur sindiran biarpun kini sedang berada di Tanah Suci Makkah bagi menunaikan umrah.


"Saya boleh bau aura negatif di sini. Janna post video untuk promo drama ini... yang konon dah move on tu tak perlu tinggalkan komen macam itu.

"Kan tengah buat umrah sekarang, hati tak bersih-bersih lagi ke?

"Di Makkah pun masih aktif komen fasal bekas suami. Tahniah Shuhada, mesti awak gembira ramai orang kutuk Hafidz... Semoga makin tenang dengan kejatuhan Hafidz," tulis netizan.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan bercerai pada 22 Februari lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia 2 tahun.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missHaidiD 22-9-2023 09:00 PM
Aku caya yg komen tu acik2 porum

Adan uke ko shuringai

Btw janna ada respon tak pada komen shuringai ni

Tahniah acik2 porum sb dgn komen tu dpt buka mata netizen
Quote pocongkiutss 22-9-2023 09:02 PM
Diam je la shu shelop oiiii...ko bukannya lawa. Stay low profile

Ko menggedik camni dpt apa??????? Si yahudi tu dah fefeeling classy terpaling dah skrg ni
Quote jihyomelly 22-9-2023 09:05 PM
dah serai kan..sudah la cari la kebahagian sendiri..kata ps idola tgk la ps happy2 je xde perli si sol sol ke apa..kan tenang hidup
Quote whimsicalmusic 22-9-2023 09:21 PM
missHaidiD: Aku caya yg komen tu acik2 por ...
Janna reply emoji gelak je. bahasa shu ni stail rempit btol oopsss
Quote Kentot_Wangi 22-9-2023 09:23 PM
Ko kan dah lawa meletop skrg, shu.[em:3:] Pergi lah tangkap jerung2 kehausan kasih syg belaian wanita tu.... Hahahahahahahahahah......
Quote slyfynx 22-9-2023 09:25 PM
Dah la x cantik.
Buat la perangai elok2 sikit.
Ni tmbh pulak dgn bitter, play victim.
Org dari kesian kat ko, terus meluat, termasuk aku.
Jangan sampai last2 org sokong lak laki ko ngn momo tu.
Quote Dolmat 22-9-2023 09:34 PM
Soyallll btol ehhh perangai SHURINGAI patutlah muka tu below par kena dgn perangai!
Quote MsKantoiLagi 22-9-2023 09:53 PM
Cak! Knock knock who's that? I am MKL. With seguni of cerita and menahan jari.
Quote bondeh 22-9-2023 10:02 PM
missHaidiD replied at 22-9-2023 09:00 PM
Aku caya yg komen tu acik2 porum

Adan uke ko shuringai

Meolls antara yang liked komen2 bayangan acik2 forum. Ada satu tuh siap ada sikirinshot lagi nak di revealkan nya hihi
Quote Aaaaaookkk 22-9-2023 10:07 PM
Tak habis2 lg ke dia ni.. Cuba la bawak2 bertenang sikit. Jd matang sikit x boleh ke? Hurmmm
Quote miss_strangers 22-9-2023 10:07 PM
Len Kali ikut jejak langkah sifu ko si PS. Nak dengar nama ex Duda pon menyampah. Ko siap drop komen kat nyanyian ex Duda. Mmg la nampak x move on.
Quote Kurex 22-9-2023 10:14 PM
dari dulu lagi aku tak pernah ada sekelumit simpati dekat kau pompuan hatta kau kena tumbuk tu pun buat hati aku terasa puas!
Quote 3chanceno 22-9-2023 10:15 PM
Kadang diam tu lebih baik dari berbunyi cam Shu nie

Banyak betul duit Shu nie ke sana sini, lepas gi holiday gi umrah..bila nak dapat kerja tetap & stop lah mencapub sana sini kat medsocs retis2
Quote snowater 22-9-2023 10:23 PM
Edited by snowater at 23-9-2023 12:25 AM

Ko menunggang nama ex je shuringai oii. Kalau harap muka dan perangai ko yg below par tu, xde sape heran..sbb tu smpi skng walau ko meratib la ex ko terpaling jahat sbb tumbuk ko, tp ko still tak move on..kata dh move on, tp snggupla komen dan tgk ex lagi..bushukla
Quote sukacactus 22-9-2023 10:31 PM
Byk tahun tahan mulut, sekali tercirit tak kebah2 sampai kita pun naik bosan la
Quote jambatannetizen 22-9-2023 10:36 PM
Tapi seriously. Dia ini tak lawa. Tak nampak comel pun tak. Takde manis pun takda. Kadang tertanya macam mana Hafiz boleh nak kahwin dengan dia? Mcm mana sampai boleh turn on. Sampai nak kahwin. Iols tengok pun mcm takda pape nak di sukai.
Quote Skyline_84 22-9-2023 10:38 PM
bondeh replied at 22-9-2023 10:02 PM
Meolls antara yang liked komen2 bayangan acik2 forum. Ada satu tuh siap ada sikirinshot lagi nak d ...

Dlm Ni iols tahu je siapa yg suka sikirinshot tu hahahah
Quote Hoola 22-9-2023 10:39 PM
syu wat....syuhhhhh syuhhhhhhh langauuuuuu

#bukanteamhafidz
#pembencipenyondolxtahumalu
#$hut-up syuuuyhhhhhhhhhhhhhhhh
Quote MisXoXo 22-9-2023 10:40 PM
Bahasa dia selekeh

Lihat semua komen(3867)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-12-2023 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.656892 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top