CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya Mahu Jumpa Dia Saja', Pekerja Restoran Dituduh Menghendap Pembaca Berita Wanita

22-9-2023 03:27 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7222| Komen: 9

Kuala Lumpur: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, memerintahkan pekerja restoran yang berdepan tuduhan menghendap dan melakukan gangguan berulang terhadap pembaca berita wanita mendapatkan status kesihatan mental terlebih dahulu.


Ia berikutan selepas pertuduhan dibacakan ke atas tertuduh, Muhammad Azhari @ Azari Abdul Rahman, 55, oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim, lelaki itu dilihat berulang kali menyatakan dia hanya mahu berjumpa mangsa saja.

MUHAMMAD Azhari @ Azari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. - FOTO NSTP

"Saya mahu jumpa dia saja," katanya.

Mendengar kata-kata tertuduh, Atiqah kemudian menegur perbuatan lelaki itu supaya peguam yang mewakilinya memohon rayuan bagi pihaknya.

"Kamu ada peguam, biar peguam kamu yang cakap," katanya.

Atiqah membuat keputusan itu selepas peguam, Mohamad Zaidi Othman yang mewakili tertuduh memohon lelaki itu dihantar ke hospital untuk mendapatkan status kesihatan mental terlebih dahulu.


Terdahulu, dalam prosiding hari ini, Muhammad Azhari mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Atiqah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan pengintaian terhadap Ainaa Kamalia Jamaludin, 31, dengan menghantar mesej di media sosial dan berulang kali pergi ke tempat kerja wanita itu di pejabat Awesome TV, Tingkat 18, Menara 2 Bank Rakyat, di sini pada jam 4 petang, 17 September lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Muhamad Sapri Yaakub menawarkan jaminan RM3,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, Mohamad Zaidi dalam rayuannya menyatakan ahli keluarga tidak berhasrat untuk menjamin dan memohon supaya tertuduh dihantar ke hospital bagi mendapatkan status kesihatan mentalnya.

"Saya ingin membuat permohonan mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah supaya anak guam di hantar ke hospital berkenaan bagi mendapatkan status kesihatan mentalnya.

"Sebelum ini dia pernah didaftarkan di Jabatan Psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) tetapi dia tidak pergi untuk mendapatkan rawatan. Mohon satu tarikh singkat untuk saya dapatkan rekod daripada HKL," kata peguam itu.

Muhamad Sapri tidak membantah permohonan itu.

Mendengar hujah kedua-dua pihak, Atiqah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 6 Oktober ini untuk mahkamah mendapatkan rekod mengenai kesihatan mental tertuduh.


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 22-9-2023 03:31 PM
Bahaya orang mental ni.. klo acu pisau ke x naya..

Quote salimrock 22-9-2023 03:40 PM
lawa juga aina kamaludin ni...pengacara wow shop wa google td...

kira pakcik  mcm stalker la ek?

palcik ni minta tgk wow shop kot..
Quote bored_atticus 22-9-2023 03:46 PM
stalker la dia ni kan
Quote mrseller 22-9-2023 04:27 PM
salimrock replied at 22-9-2023 03:40 PM
lawa juga aina kamaludin ni...pengacara wow shop wa google td...

kira pakcik  mcm stalker la ek?

Tempek gambar sobat buat tatapan
Quote _blackbird 22-9-2023 04:30 PM
Porumer bipolajourney pengintai hady bawang tersenyum sinis

Quote salimrock 22-9-2023 04:40 PM
Edited by salimrock at 22-9-2023 04:42 PM
mrseller replied at 22-9-2023 04:27 PM
Tempek gambar sobat buat tatapan

Capture.JPG


kalao search google lg byk, pakai baju diving pn ado... errm chinese look..

Quote babelina 22-9-2023 05:36 PM
salimrock:    Edited by salimrock at 22-9-2023 04:42 PM   2642307 kalao search google lg byk, pakai baju diving pn ado... errm chinese look..


dia nie mcm host awesome rajalawak klau x silap..

Quote Bipolajourney2 22-9-2023 06:41 PM
_blackbird replied at 22-9-2023 04:30 PM
Porumer bipolajourney pengintai hady bawang tersenyum sinis

Hadi Awang mengetap bibir tak sangka kantoi

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.079566 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top