CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Jadi Mangsa Culik, Dera Angkara Hutang Suami RM540,000

22-9-2023 01:29 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7583| Komen: 6

George Town: Seorang wanita warga Indonesia berdepan pengalaman ngeri ketika bercuti di negeri ini apabila dia menjadi mangsa culik selama 10 hari angkara hutang suami berjumlah RM540,000, minggu lalu.


Selain dikurung, wanita berusia 36 tahun itu turut diikat dengan rantai besi, didera termasuk dicucuh dengan puntung rokok dan dicucuk jarum selain disebat menggunakan paip getah.

Penderitaan mangsa bagaimanapun berakhir selepas dia berjaya diselamatkan polis dalam satu operasi khas Op Scorpion Rantai Penang di sebuah rumah di Shah Alam, Selangor, 17 September lalu.

Kok Chin ( dua dari kiri) menunjukkan paip getah yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa bersama 14 suspek yang diberkas pada sidang akhbar di IPK Pulau Pinang, hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, mangsa diculik sekumpulan lelaki ketika berada di Relau dekat sini pada 7 September lalu dan dikurung di beberapa lokasi.


Menurut beliau, mangsa telah dikurung di sebuah rumah di Butterworth selama tiga hari, di sebuah rumah di Puchong, Selangor selama empat hari dan di Shah Alam selama tiga hari sebelum berjaya diselamatkan.

“Siasatan awal mendapati, mangsa diculik disebabkan masalah hutang perniagaan yang ditanggung suaminya yang juga warga Indonesia berusia 47 tahun bersama seorang lelaki tempatan berjumlah RM540,000.

“Suami mangsa dikatakan gagal membayar wang itu dan isterinya diculik dan dijadikan tebusan oleh suspek untuk menuntut wang tersebut.

“Suami mangsa sempat membayar sebanyak RM50,750 kepada suspek menerusi dua transaksi, namun suspek enggan melepaskan isterinya selagi keseluruhan hutang berjumlah lebih setengah juta itu dilangsaikan sepenuhnya,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, pihaknya menerima laporan daripada suami mangsa pada 15 September lalu iaitu selepas kira-kira seminggu isterinya diculik sekumpulan individu yang didalangi suspek terbabit.

“Bertindak daripada laporan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bersama Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang melancarkan operasi menyelamatkan mangsa dan mengesan kesemua suspek terlibat.

“Pada hari yang sama iaitu antara pukul 6 pagi hingga 10.30 malam, polis berjaya menahan 14 suspek termasuk dalang kes penculikan itu yang berumur 35 tahun di beberapa lokasi termasuk di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Perak.

“Mereka yang ditahan masing-masing 12 lelaki dan dua wanita termasuk dua lelaki warga asing yang kesemuanya berusia antara 23 hingga 70 tahun,” ujarnya kesemua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 22-9-2023 03:11 PM
apa jadi ngn hutang tu nt..akan 'lupus' begitu saja..selepas..ada 'unsur jenayah berlaku'???????
Quote lanacondor 22-9-2023 03:52 PM
Kes dadah ni.. hutang biasa2 xde ratus2 ribu.. ni kes seludup dadah brg xanta kt bos mmg la keluarga lain jd mangsa
Quote tri-max 22-9-2023 05:29 PM
friska ke?
ghisauuu
Quote Carcosa 22-9-2023 05:49 PM
Hanjinggggg laki dia, dah seminggu baru report police. Mesti ala2 holiday sbb takde bini seminggu nak berleter
Quote Page88 22-9-2023 06:19 PM
This is so sad.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.083139 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top