CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pernah Didekati Suami Orang, Linda Nanuwil Tak Kuasa Jadi Penyondol

22-9-2023 01:17 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9017| Komen: 15

Penyanyi dan pelakon, Linda Nanuwil mendedahkan pernah didekati lelaki berstatus suami orang termasuk golongan kenamaan yang mahu menjadikannya sebagai isteri.

Bagaimanapun, bintang jelita ini enggan melayan dan cuba mengelak daripada terpikat dengan lelaki spesis 'hidung belang' kerana tidak mahu menjadi perampas sekali gus melukakan hati wanita lain.



"Memang ada suami orang yang mahu mengajak saya berkahwin, tetapi saya tolak cara baik kerana tak mahu dia berasa hati.

"Saya tidak berminat dengan suami orang. Selalunya, saya akan letakkan diri saya sendiri dalam situasi isteri lelaki terbabit. Adakah saya rela bermadu?

"Saya memang tak suka berkongsi dan hanya mahu lelaki itu mencintai saya seorang sahaja," katanya.

Mengulas statusnya sekarang, penyanyi yang namanya mula meledak menerusi lagu Jika Kau Kekasih ini mengakui sudah ada teman istimewa, namun, enggan mendedahkan butirannya.



"Ya saya sudah ada (teman istimewa). Dia bukan orang industri dan bukan suami orang…Saya bukannya 'penyondol'.

"Cukup setakat itu sahaja. Kalau nak tahu lebih lanjut, kita sembang di kedai kopi," ujar Linda sambil ketawa.

Bekas naib juara Akademi Fantasia musim kedua ini ditemui pada majlis pelancaran Muzikal Lantai T Pinkie di di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, semalam.

Sebelum ini, Linda atau nama sebenar, Norlinda Nanuwil, 39, pernah digosip sudah berkahwin dengan seorang VIP, namun, tampil menafikannya.

Dakwaan itu timbul selepas artis kelahiran Ranau, Sabah ini tiba-tiba hilang dari radar industri hiburan.

Menerusi pementasan berdasarkan karya agung milik Saterawan Negara (SN), Datuk Seri A Samad Said ini, Lantai T Pinkie menyaksikan Linda memegang watak sebagai Siti Udaya.

Berkongsi perasaan menbawakan watak penyanyi kabaret dalam muzikal arahan Dr Rosminah Mohd Tahir itu, Linda mengaku karakter itu memberi cabaran tersendiri buatnya.

"Sebelum saya terima tawaran ini, sudah tentu saya kena tahu apakah wataknya. Kalau kena menari sepanjang masa, memang tak bolehlah kerana saya memang 'kayu'.

"Nasib baik watak yang ditawarkan adalah sebagai penyanyi. Cuma adalah kena menari walaupun tidak banyak. Selain kena menari dan berlakon, saya kena bermonolog. Jadi, itulah cabarannya.

"Jujurnya saya agak gusar juga nak berlakon teater. Kalau menyanyi, jika tak ingat lirik, kita boleh hulur mikrofon pada penonton untuk menyanyi bersama.

'Tapi kalau di pentas teater saya lupa dialog, memang habislah," katanya.

Muzikal Lantai T. Pinkie bakal menemui penonton selama tiga hari mulai 6 Oktober ini di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP.

Selain Linda, naskhah terbitan CTRA Production ini menampilkan bakat baharu iaitu Zera Hariz, Faysal Saad sebagai teraju utama.

Pelakon lain adalah Nabila Huda, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Carolyne Kamba, Zaifri Husin, Serra Kamal dan Ewan Fauzi.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Paiya 22-9-2023 01:19 PM
iya iyalah tu
semoga maju jaya la ya
Quote I.K.A888990 22-9-2023 01:26 PM
lawa betul dia ni
bwrlakon muzikal pulak eh...mcm best je ni
Quote Thunderclouds 22-9-2023 01:26 PM
Never say never.
Quote Hoola 22-9-2023 01:34 PM
achik likes her beauty
Quote Ayda89 22-9-2023 05:50 PM
Rilex je dia dah la cantik, lambat kahwin pun takpe asalkan bukan asal berlaki huhuhu
Quote shernazz 22-9-2023 08:36 PM
Berapa ticket masuk EK?
Lama sungguh iols tak gi tengok teater kat dbp Ni .
Quote miss_strangers 22-9-2023 08:44 PM
Cantik dia ni. Xde sibuk nk menggedik pon.
Quote sleepandream 22-9-2023 11:23 PM
39 dah sheols...
habis GV mcm tenggelam balik yach...
kene ikut marsha kot invest dlm product sendiri...
Quote SpyLeman 23-9-2023 12:24 AM
Ye ke tak pernah jadi penyondol?
Jahat betul wartawan dulu2 ekkk...
Pitenahhhhh jerrr...
Quote LadyCarefree 23-9-2023 10:26 AM
macam menarik je dia ni
Quote cikperiukkera 23-9-2023 10:54 AM
Cantik linda msh mcm dulu jugakkk…sama mcm dayang biar lambat kahwin bukan team #asalberlaki
Quote Rotipitadaging 23-9-2023 08:09 PM
Behtu masa tempoh hilangkn diri ko pegi mana??bertapa ke??mmbongak je
Quote Burong_Hantuk 24-9-2023 09:30 AM
brapa umur dia nih????
Quote Violacantik 24-9-2023 09:35 AM
Bukan no2 ke dulu ???
Quote supernaturalee 24-9-2023 10:29 AM
Sheols mampu nyanyi dgn baik lg
Syg post gv x naik pulak

This is why artis2 ni kena ada team mngmt yg power utk up kn dorg
Tgk tokti, aina, dyg, nuar jen
  

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.165625 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top