Vienna: Seorang pelancong Britain maut ketika cuba memanjat tangga arial di Austria, yang lebih dikenali sebagai 'tangga ke syurga' di pergunungan Dachstein. India Today melaporkan lelaki berusia 42 tahun itu sedang menaiki tangga setinggi lebih 90 meter itu secara solo apabila dia tergelincir dan jatuh ke dalam lembah pergunungan.
Pegawai polis dan dua helikopter penyelamat dihantar ke lokasi untuk menyelamatkannya. Lelaki itu bagaimanapun tidak dapat diselamatkan dan mayatnya ditemui oleh pasukan penyelamat. Pihak berkuasa menolak sebarang kecuaian pihak ketiga dan berkata pendaki itu bersendirian ketika kemalangan itu.
Identiti lelaki itu bagaimanapun tidak didedahkan. Tangga itu yang berkedudukan menegak di kawasan curam di pergunungan Dachstein di luar Salzburg adalah tarikan utama baharu di Zwieselalm untuk peminat mendaki yang dipaparkan di laman web pelancongan wilayah Dachstein. Ia digambarkan sebagai pendakian empat peringkat, dengan tangga arial yang menawarkan cabaran adrenalin terhebat. "Tangga arial panorama adalah tarikan utama baharu untuk semua peminat via ferrata. Via ferrata di Donnerkogel yang terletak di Zwieselalm, Gosau di Dachstein menyajikan pemandangan glasier Dachstein yang menakjubkan serta gunung tertinggi Austria, Grobglockner," katanya. Dikenali dengan panggilan 'tangga ke syurga' ia dibina idea bersama antarabangsa dengan pendaki profesional Austria, Heli Putz. Namun bagi menikmati pemandangan indah itu, pihak berkuasa turut memberi amaran pendakian hanya untuk pendaki berpengalaman dan perlu dilakukan dalam keadaan cuaca sederhana dengan angin tenang. Ia dinilai sebagai pendakian sederhana atau sukar serta tidak disyorkan untuk pendaki baharu. Sumber: Harian Metro
|
Dwdrum replied at 22-9-2023 01:14 PM
akak rajin untuk explain .. Dari 2nd paragraph solo climbing itu bukan directly climb 1 orang diri.. ...
darkness replied at 21-9-2023 09:29 PM
Macam mana dia bole jatuh kalau ada tali di badan? Melainkan dia buka masa tgh panjat tu. Aneh2 pu ...
ADVERTISEMENT