Pelakon, Rita Nadira, mendedahkan pernah dicemuh seorang warga emas yang terkesan dengan lakonannya menerusi drama Jangan Menangis Cinta. Pelakon berusia 26 tahun itu bagaimanapun bersyukur kerana tiada perkara tidak diingini menimpanya sewaktu insiden tersebut berlaku.
“Insiden itu berlaku sewaktu bulan puasa ketika saya hadir ke salah sebuah gerai yang dibuka sempena festival jualan yang diadakan di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC). "Wanita yang berkerusi roda itu mendekati sebelum memarahi saya kerana terlalu geram dengan kejahatan watak yang saya bawakan dalam drama tersebut. “Namun saya sempat jelaskan bahawa yang ditontonnya hanyalah sekadar lakonan malah hubungan saya dengan pelakon yang sama-sama membintangi drama itu iaitu Amyra Rosli sangat baik. “Apa pun saya bersyukur tiada perkara tidak diingini berlaku dan sebenarnya saya juga amat gembira kerana kemarahan wanita itu menandakan lakonan saya dalam drama tersebut, menjadi,” kongsinya.
Jangan Menangis Cinta yang ditayangkan tahun lepas turun dibintangi Remy Ishak, Halim Radzi, Sharifah Fathimah Hawra dan ramai lagi. Dalam masa yang sama, Rita juga mendedahkan pernah menerima mesej dari netizen di Instagram yang meluahkan rasa marah dan geram mereka terhadap watak-watak antagonis yang pernah dilakonkannya sebelum ini.
|
ADVERTISEMENT